Poll by TKO Tranungkite.net (July 24, 2013) |
Berdasarkan rajah hasil poll (di atas) oleh TKO
Tranungkite.net pada jam 9.30 pagi tadi (24 Julai 2013) mendapati 2,861 orang
membuat undian. Penemuannya adalah berpihak kepada PAS sebanyak (768+1,341) =
2,109 orang atau jumlah peratusannya 73.71%.
Berdasarkan mereka yang memilih PAS yang menang, didapati :
- PAS Menang Majoriti > 1000 = mendapat undian 768 orang (26.84%)
- PAS Menang Majoriti < 500 = mendapat undian 1,341 orang (46.87%)
Sementara mreka yang memilih PAS akan kalah ialah seramai (212+250+290)
= 752 atau 26.29%. Pecahan undian yang menjangkakan PAS kalah adalah seperti
berikut:
- PAS Kalah Majoriti < 500 = mendapat undian 212 (7.41%)
- PAS Kalah Majoriti 500 – 2434 = mendapat undian 250 (8.74%)
- PAS Kalah Majoriti > 2434 = mendapat undian 250 (10.14%)
Penilaian
Poll TKO Tranungkite.net ini sebenarnya tidak boleh dijadikan
sandaran untuk mengatakan bahawa mewakili sikap pengundi Kuala Besut. Ini
disebabkan pertama portal berita TKO ini adalah majoriti pengunjung adalah
kalangan penggemar Pakatan Rakyat (PAS) dan TKO sendiri dikategorikan sebagai
portal pro-PR.
Apapun, di sebalik undian mereka di dalam poll ini ada seni
politik yang tersirat, kerana setiap mereka yang membuat undian adalah individu
yang sedar dan tahu sedikit sebanyak “nilai politik” PrK Kuala Besut. Paling
tidak mereka sedia mengetahui maklumat Dun
Kuala Besut seperti Dun dimenangi BN pada pilihan raya ke-13 lalu, Adun yang
meninggal adalah seorang ahli Exco bagi kepimpinan menteri besar, DS Mohd Said,
terletak dalam parlimen Besut yang ketua bahagiannya adalah DS Idris Jusoh seorang
menteri pusat bagi kabinet DS Mohd Najib, latar hidup pengundi yang masih
bergelumang dengan kemiskinan dan imej pembangunan yang tidak seimbang berbanding
sejarah petempatan yang awal sedangkan sebelum ini Kuala Besut adalah berada di
bawah Idris Jusoh selaku menteri besar (2004-2008) dan ahkli parlimen Besut
sebelum ini (Datuk Dr Abdullah Mohd Zain) juga adalah menteri pusat.
Justeru poll TKO adalah sebagai refleksi daripada impian
penyokong PR yang mengharapkan kemenangan menyebelahi PAS bagi PrK Kuala Besut
kali ini. Ia sesuai dengan cetusan kempen PAS yang bertemakan 16:16 terengganu
Baru, Kuala Besut Mencipta Sejarah. Ia suatu nilai pengharapan sebahagian
pengundi yang mahukan pengundi Kuala Besut sedia menciptaa sejarah bagi
menyeimbangi kedudukan kerusi Dewan Negeri sekarang (17:15) kepada kedudukan
berimbang (BN 16 dan PR 16). Logiknya pengharapan ini adalah berasaskan
kerajaan yang mentadbir selepas ini akan sentiasa berada dalam tawar-menawar
dan paling penting pihak PR (khsususnya pihak PAS) menerusi kemenangaan Che
Long pada PrK kali ini adalah memiliki kuasa pendesak untuk mendorong Kerajaan
Negeri pimpinan DS Mohd Said tetap melayani tuntutan rakyat (khususnya dari
Kuala Besut) tatkala ia dibangkitkan oleh pihak PR.
Inilah teras isu bagi mencipta sejarah. Sekiranya kemenangan
menjadi relaiti 16:16 sudah pasti banyak agenda pembangunan akan dinikmati oleh
seluruh rakyat Terengganu, termasuklah isu pemberian royalti minyak harus
dikembalikan. Jika tidak, mana mungkin persidangan Dewan Negeri boleh
meluluskan rang undang-undang tanpa sokongan pihak PR. Ini kerana undian 16:16
hanya sekadar seri, maka ia memerlukan suara dan sokongan pemutus dari pihak
PAS untuk sebaranag kelulusan undian (keputusan) atas setiap rang
undang-undang.
Persoalan
Maka hari ini, 24 Julai adalah pengundian sedang berjalan, maka SPR difahamkan akan membuat pengumuman keputusan selepas jam 10 malam - keputusan yang sebenar, adakah mencapai impian 16:16 atau 17:15?
Sama-sama kita berdoa, semoga undian hari ini bakal mencipta sejarah politik ulung rakyat Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti.