13 September, 2008

Jika TG Nik Aziz berkaromah...BN akan mati

Akhbar SIASAH (Bil.0115, ms: 5) melaporkan catitan wartawan Salma Husin (sebenarnya Salmah?) bawah tajuk Hayat kerajaan BN bakal berakhir - Nik Aziz.
Jikalah Tuhan yang Esa beri lidah TG Nik Aziz tu karomah bila kata JADI maka JADILAH, maka pendeklah umur BN tu.

Menurut catitan tersebut:

"TG Nik Aziz selaku Mursyidul Am yakin kerajaan BN yang meneruajui negara sejak lebih 50 tahun semakin hampir masanya diganti dengan kerajaan baru. Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September (seperti diuar-uarkan - P) semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbrian berasaskan Islam.

Sebenarnya, sesiapa sahaja yang berjuang Islam mesti yakin bahawa kejayaan dasar hidup Islam pasti berlaku, cuma tunggu masa dan keadaan yang mengizinkan... mungkin masanya padan setakat 16 September 2008, atau tunggu rakyat beragama Islam berjumlah majoriti? Doa kita semua (mana yang setuju) sama-sama panjatkan ke hadrat Tuhan yang Esa semuga termakbul keyakinan TG Nik Aziz itu...insyaAllah keikhlasan TG Nik Aziz akan menjadikannya seorang benar-benar berkaromah!! Amin.

POLITIK NEGARA MAKIN KALUT?

Semalam berlaku setidak-tidaknya berlaku dua isu besar yang menurunkan rating integriti politik nasional Malaysia. Pertamanya, berlaku tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada tiga individu yang berlainan latar belakang, dan keduanya isu pemergian pemimpin KeADILan ke Taiwan yang dikaitkan dengan usaha menjayakan misi 'pertukaran kerajaan pada 16 September'.


Bagi isu pertama, ternyata adalah paling tinggi rating dari segi integriti kerajaan BN kerana sudah tentu ia membawa kesan besan kepada imej negara dan perundangan negara. Sebelum ini semua pihak telah ramai menjadi mangsa ISA dan banyak pihak sedia mengutuknya sebagai amalan undang-undang rima yang tersasr jauh daripada nilai-nilai keadilan yang dikehendaki oleh Tuhan yang Esa. Isu penahanan ISA yang melibatkan 'penahan tanpa bicara' memungkin mangsanya dilanjutkan penahanan secara zalim dari 60 hari kepada dua tahun ke dua tahun dan ke seterusnya atas pertimbangan Menteri berkenaan.


Dalam kes terbaru (semalam/12 Sept.) telah memangsakan tiga individu iaitu Raja Petra Kamarudin (blooger Malaysia Today) atas tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW.; Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh/ADUN Kinrara dan Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar Cina, Sin Chew Daily. Kesemua mereka (seperti gambar) telah ditahan polis dengan tohmahan (tanpa dibuktikan di makamah) atas isu-isu keselamatan negara yang kononya aktiviti mereka bakal menjejaskan keselamatan negara (mungkin mencetus perbalahan kaum?). Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Mungkinkah peristiwa operasi penahanan tersebut "mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987" di mana berpuluh-puluh tokoh, artis, ahli akademik dan ahli politik pembangkang, khususnya dari PAS dan DAP telah ditahan?

Apa yang jelas, kegerunan kerajaan BN makin terserlah, terutama dengan tekanan isu 'pertukaran kerajaan pada 16 September' yang mengundang berlaku isu kedua, iaitu pemergian lima pemimpin KeADILan ke Taiwan (seperti dilapor Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/89553 ). Mereka terdiri daripada Ketua Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution; Timbalan Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Fuziah Salleh; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Publisiti Wanita KeADILan, Elizabeth Wong dan Penolong Setiausaha Agung KeADILan, Low Chee Cheong. Menurut sumber itu, pemergian mereka ada kaitan dengan usaha untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN yang sedang mengikuti rombongan BBC-BN di Taiwan. Jika usah itu menjadi realiti, tamatlah usia sebuah kerajaan yang berperisaikan undang-undang zalim ISA itu.

Namun kesemua itu adalah dalam kententuan Tuhan yang Esa - sudah menjadi kes di mana kerajaan BN sedia melaksanakan apa cara demi menyelamatkan kuasa. Tidak semudah itu kuasa yang ada dicabut atau diheret oleh pihak pembangkang. Maka ramai pemimpin BN berkata, impian pihak pembangkang pada 16 September tidak akan menjadi kenyataan!! Namun sesetengah pemimpin pembangkang, seperti mana Dato' Mustapha Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS menganggap itu tidak akan menjadi kenyataan (seperti heboh di laman TKO: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15819&mode=thread&order=0&thold=0).
Terserahlah kepada Tuhan yang Esa. Manusia hanya merancang, tidak semestinya setiap perancangan yang 'dilihat tidak baik' itu Tuhan yang Esa tidak merestuinya!!

11 September, 2008

PERKAUMAN - POLIS MULA BERI AMARAN

Akhbar New Straits Times (Sept. 11) melaporkan berita yang tidak bijaksana Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar sebelah) berhubung isu perkauman. Ia dikatakan berpunca daripada isu tindakan tidak nasionalis seorang ketua bahagian UMNO yang ‘desperate’. Kenyataan pegawai polis itu boleh diikuti melalui laman berikut (harap klik): http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/2346703/Article/index_html Apa yang tidak wajar di sebalik kenyataan itu ialah bersifat amaran dan perkauman seperti mana berikut:
"We are warning everyone, irrespective of who you are, that all statements on racial sentiments must cease immediately or police will take action.
"This includes the press, whether it is the print, broadcast or electronic media. There have been too many statements on racial issues by various parties, which have been nothing but lies and deceit.
"These statements are in turn exploited by other irresponsible parties through text messages, multimedia messaging and various blogs on the Internet,"

Tidak semena-mena orang awam yang ternganga dengan permaianan isu prkauaman pimpinan UMNO telah diseret oleh polis. Kebebasan orang awam termasuk pihak akhbar menggunakan SMS, MMS, blog dan internet telah diamarankan oleh polis. Di manakah keadilan di sebalik amaran Timbalan Ketua Polis Negara itu?
Persoalannya kenapa polis tidak bertindak terhadap pencetus isu-isu perkauman, iaitu Datuk Ahmad Ismail (gambar sebelah)dan pemimpin UMNO Pulau Pinang. Sedangkan pihak DAP dikatakan telah membuat laporan polis dan pihak pimpinan Gerakan pun telah mencadangkan agar Datuk Ahmad dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan. Di manakah profesionalnya polis kita? Sampai bila rakyat Malaysia terus terkilan dengan pihak polis? Tuhan yang Maha Esa amatlah adil di dalam mencipta manusia, lalu semua kaum dilayan dengan seadil-adilnya menikmati kehidupan yang sejahtera. Hanya manusia yang sombong dengan identiti kaum masing-masing.

10 September, 2008

PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN PENSIANGAN?

Ekoran daripada keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu (seperti dilapor Bernama ( http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=357850&cat=sbm ) satu pilihan raya kecil bakal diadakan. Mungkin ia berlaku selepas proses rayuan dibuat oleh Joseph Kurup, bekas ahli parlimennya yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.
Sehubungan itu, ketua Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub meletak harapan berikut (seperti mana kenyataan medianya disiarkan Harakahdaily - http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16869&Itemid=1 ) :

Pensiangan - Masa untuk rakyat Sabah tolak BN
Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Tue Sep 09, 08

“Rakyat perlu menunjukkan sikap mereka dalam soal ini sebagai satu mesej terhadap penindasan yang dilakukan oleh BN ke atas negeri mereka selama ini. Rungutan rakyat Sabah dalam soal ini sudah lama kedengaran dan mesej ini hendaklah dihantar dengan jelas kepada BN supaya penindasan ini dapat ditamatkan segera.

“Sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk pengundi Pensiangan mewakili hasrat rakyat Sabah bagi melakukan pembaharuan politik. Semenjak merdeka, pembangunan di Sabah amat ketinggalan sehingga meletakkan Sabah sebagai negeri yang paling tinggi kadar kemiskinannya.


Apa yang penting dinilai daripada keputusan mahkmah berhubung dengan kes petisyen Pensiangan itu ialah:
· Berlaku perlanggaran undang-undang pilihan raya oleh SPR sendiri apabila tidak menerima pencalonan parti KeADILan dan Bebas
· Wujud semacam pakatan jahat antara calon BN dengan SPR apabila dilaporkan berlaku pergaduhan di antara pihak KeADILan dengan BN pada hari penamaan calon di situ.
· Pada pilihan raya lalu, rakyat dinafikan memilih wakil rakyat, maka kali ini adalah lebih adil mahkamah membuka peluang kepada rakyat memilihnya dengan lancar.
· Rakyat dijangka melakukan perubahan ekoran kekecewaan mereka dengan senario politik negara sekarang – mungkin akan mengulangi sikap politik rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.

Namun, sudah menjadi ketentuan Tuhan yang Maha Esa, setiap kebenaran akan ditunjuki-Nya bila sampai masanya. Kini Tuhan telah membuktikan kes-kes penyelewengan SPR sendiri dan konspirasi calon BN dalam pilihan raya lalu. Maka kini, sampai pula masanya bagi rakyat meyakini sifat keadilan Tuhan dengan menggunakan peluang untuk melaksanakan hak dengan seadil-adilnya...memilih wakil rakyat yang mewaikili suara rakyat, bukan suara pemimpin.

Analisis pengundi parlimen P.182 Pensiangan (BN menang tanpa bertanding)

Jumlah pengundi : 19,712

Bumiputera bukan Islam : 16,927 (85.88%)
Bumiputera Islam : 2,398 (12.16%)
Cina : 371 (1.88%)
Lain-lain kaum : 16 (0.08%)

Kedudukan DUN-DUN dalam parlimen Pensiangan:
N.37 Sook (dimenangi BN)
N.38 Nabawan (dimenangi BN)

Kedudukan undi-undi yang diperolehi oleh parti-parti di dua DUN bagi pilihan raya umum 8 Mac 2008:

N.37 Sook
BN, 5,496
KeADILan, 3,365
BEBAS, 202
BERSEKUTU, 124

N.38 Nabawan
BN, 3,414
KeADILan, 1,327
BERSEKUTU, 96

Ringkasan fakta pengundian:
BN, 8,910 (63.53%)
PKR, 4,692 (33.46%)
BEBAS, 202 (1.44%)
BERSEKUTU, 220 (1.57%)
Undi sah, 14,024 (71.14%)
Undi rosak, 117 (0.59%)
Jumlah undi, 14,141 (71.74%)
Tidak keluar, 5,571 (28.26%)
Jumlah besar, 19,712 (100.00%)