18 April, 2009

Bukit Gantang: Data-data penting

Tuhan Yang Esa memberi petunjuk yang jelas untuk manusia renung dan mengambil pengajaran daripada ciptaan-Nya. Setiap data keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, di sebaliknya ada maklumat yang sepatutnya diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadual dan graf berikut ada menerangkan pelbagai maklumat, khusunya kepada dua kumpulan politik utama: Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

16 April, 2009

Bukit Gantang: Ke manakah Pengundi Muda?

Tuhan Yang Esa mencipta manusia melalui tahap kematangan yang berterusan. Pengundi muda adalah aset yang bakal mematangkan masa depan politik negara!
Justeru itu, pengalaman daripada pilihan raya Bukit Gantang adalah menguji sejauh mana sokongan masa depan masing-masing parti: Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.
Realiti yang ada, membuktikan dukungan pengundi muda di sana lebih kecil berbanding pilihan kecil Kuala Terengganu Januari lalu. Ini kerana di Bukit Gantang penyertaan pengundi muda (dengan mengambil kira kohort umur 21-40 tahun) hanyalah 33.59% daripada 55,562 pengundi yang layak. Keadaan ini mungkin disebabkan komitmen mendaftar sebagai pemilih amat rendah di kalangan orang muda. Ia boleh jadi ada hubungannya dengan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mahupun pihak parti di dalam menggerakkan orang muda mendaftar.
Jadual berikut adalah menerangkan senario sokongan pengundi muda kepada PAS dan BN (berdasarkan analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu) .

Sehubungan itu, adalah wajar bagi mana-mana pihak terutamanya pihak SPR dapat berusaha menyedarkan golongan muda untuk turut terlibat dalam arus pendemokrasian demi survival politik dan hak golongan muda. Begitu pula bagi Pakatan Rakyat, jangan mudah berpuas hati dengan tingginya sokongan orang muda berbanding BN. Ini kerana, berdasarkan sokongan di Bukit Gantang yang tak sampai 60% adalah amat membimbangkan; takut nanti pilihan raya umum akan datang peratus itu makin mengecil ekoran daripada perkembangan baru dalam kepimpinan muda BN!!

14 April, 2009

Bukit Gantang: Sokongan terbaik orang Cina untuk PAS












Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa kerana tidak berlaku lagi sentimen agama di kalangan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang!
Benarlah kata-kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, "manusia itu semuanya dari keturunan Adam". Maknanya, perbezaan warna kulit, identiti kaum dan bahasa serta budaya adalah kerana faktor persekitaran. Maka trend sokongan orang Cina dan India kepada PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang yang lalu ada jawapannya. Sepertimana sokongan orang India dan Cina kepada PAS di parlimen Kota Raja dalam pilihan raya umum 2008 lalu juga ada persamaannya.
Berdasarkan analisis keputusan pilihan raya kecil di parlimen Bukit Gantang (pengiraan secara purata di daerah mengundi teras Melayu, Cina dan India) mendapati paling ketara peratus sokongan orang Cina adalah lebih baik (65.24%) dengan lonjakan sebanyak 8.39%, berbanding pilihan raya umum lalu. Sementara India 55.78% (lonjakan 2.71%) dan Melayu 45.61% (merosot 3.91%).
Bila dilihat kepada sokongan mengikut pecahan DUN, ternyata kedudukan DUN Trong adalah didapati sokongan pengundi India yang terbaik dengan lonjakan 1.67%. Sementara di DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering pula menunjukkan sokongan pengundi Cina adalah berlaku lonjakan tertinggi masing-masingnya 13.89% dan 15.62%. Ia berbeza dengan DUN Trong, pengundi Cina yang menyokong PAS adalah merosot sebanyak 4.34% sama dengan Melayu (4.31%). Mungkin dan boleh jadi berlakunya trend sokongan pengundi sedemikian adalah kerana latar belakang celik isu-isu sosio-politik yang rendah kepada PAS berlaku di DUN Trong. Sebaliknya, pengundi Cina dan India adalah lebih terang suluhannya terhadap isu-isu sosio-politik semasa.
Justeru itu, Ir. Mohd Nizar yang menang itu mempunyai tugas berat bagi mencorakkan aliran sikap pengundi di DUN Trong yang masih tegar menyokong BN.
Walau apapun, komen pengunjung blog ini (yang mengaku sebagai seorang Cina) terhadap p0sting 11 April ada kebenaran dan alasannya boleh diterima: realitinya orang Cina melihat dari sudut pandangannya bahawa PAS adalah lebih baik berbanding BN!!