27 June, 2020

COVID-19: Sifar kes pada Julai, Kedah dapat satu kes import

Malaysia hari ini (26 Jun) telah menambah lagi enam (6) kes baharu dengan 23 kes yang berjaya dirawatpulih dan discaj dari wad hospital. Apa yang mengejutkan, negeri Kedah semenjak sekian hari pelaksanaan tempoh PKPP, hari ini telah menerima 1 kes baharu dari kluster import seperti juga Kelantan.  Bezanya dari segi tarikh dan asal negara yang import.
 
Di Kelantan berlaku pada hari semalam (25 Jun) iaitu pelajar yang balik dari Mesir, sementara di Kedah berlaku pada hari ini iaitu individu lelaki berumur 12 tahun warganegara yang balik dari Thailand telah dikesan positif RTK-Ag di PMA Bukit Kayu Hitam, tidak bergejala dan kini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
 
Dari segi pembahagian kes import adalah melibatkan 4 warganegara dan satu (1) bukan warganegara Bukan Warganegara. Satu (1) kes adalah akibat penularan tempatan daripada kalangan Warganegara. Maka keseluruhan kes positif berjumlah 8,606 kes.

Informasi lain yang dilaporkan oleh KKM ialah jumlah pesakit yang dirawatpulih seramai 23 orang dan mereka telah discaj menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 96.37% atau kumulatifnya 8,294 kes.

Sementara laporan mengikut negerinya dalam masa dua hari lepas, seperti mana jadual di bawah.
 Alhamdulillah, hari ini tiada kematian direkodkan menjadi kes kematian kekal sebanyak 121 kes. Dua (2) daripadanya adalah kes yang dirawat di ICU. 
Secara mamnya, meninjau kepada pola kes yang berjaya dirawatpulih adalah konsisten pada angka 30 hingga 40 kes, maka pada awal Julai nanti negara kita akan menyaksikan kosong/sifar kes positif Wabak COVID-19.
Bersama-samalah kita fikirkan dan masanya sudah tiba untuk kita lebih-berhati-hati agar norma baharu terus diamalkan, khususnya penjarakan sosial dan amalan kendiri bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19.  Ins sya Allah.

Wassalam.

26 June, 2020

COVID-19: Global 9.58j Malaysia 8.6k Kelantan 3 digit

Rekod Worldometer hari ini 25 Jun) menunjukkan Wabak COVID-19 peringkat Global  mencecah 9,578,704 kes. Daripada jumlah ini, 5,215,392 kes (54.44%) telah sembuh dan seramai 486,123 0rang (5.08%) telah meninggal dunia.  

24 June, 2020

COVID-19: Asia Paling Terkesan - Arab Saudi Tangguh Haji

Pada petang ini (24 Jun) sukacitanya kita melihat data Wabak COVID-19 di enam negara tertinggi rantau Asia. Negara tersebut ialah (1) India, (2) Iran, (3) Turkey, (4) Pakistan, (5) Arab Saudi dan (6) Bangladesh.
Data petang ini bagi setiap negara tersebut menunjukkan India yang tertinggi di Asia sudah mencecah 456,115 kes atau mewakili 15.36% daripada keseluruhan kes di Asia (1,982,539 kes), diikuti Iran 209,970 kes, Turkey 290,165 kes, Pakistan 185,014 kes, Arab Saudi 164,144 kes dan Bangladesh 119,198 kes.
Perhatian diberikan kepada negara Arab Saudi yang telah mengumumkan tidak membenarkan ibadat Haji tahun 1441 Hijriah ini dilaksanakan, melainkan hanya untuk warganegaranya yang berada dalam negara. 
Langkah tersebut seperti mana yang telah dijangka lebih awal adalah rasional berikutan penularan Wabak COVID-19 yang melanda negara yang terletak dua kota suci itu itu mencecah 3,139 kes baharu seharian dan jumlah kes yang sedang dirawat seramai 52,911 orang. Jika dihitung baki lagi kira-kira 40 hari lagi menjelang musim Haji, maka nilai kebolehjangkitan sekarang lebih hampir 53 ribu kes dijangka tidak akan pulih sepenuhnya. Maka demi maslahah mengawal jangkitan semula ke seluruh dunia, sewajarnya ditiadakan ibadat yang menghimpunkan lebih dua juta umat Islam itu. Tambahan pula, status pesakit yang dirawatpulih sekitar 109,885 kes (66.94%) adalah tidak memungkinkan wujud suasana kondusif untuk mengekang jangkitan COVID-19.  Hal ini mungkin turut menambahkan lagi suasana tidak kondusif berikutan negara jiran terdekat Arab Saudi turut mengalami penularan Wabak COVID-19 yang agak dahsyat. Di antaranya Iran (209,790 kes), Turkey (190,165 kes) dan Negara Telok yang lain seperti Qatar (89,579 kes) dan UAE (45,683 kes) serta Kuwait (41,033 kes). 

Malaysia kekal dua digit
Data hari ini (24 Jun) menyaksikan pola kes baharu (6 kes) berlaku dua digit dan jumlah yang dirawatpulih dalam situasi yang amat positif (45 sembuh). Ia bermakna kadar sembuh lebih tinggi enam kali ganda berbanding pertambahan kes baharu.

Sementara itu, apabila melihat kepada pola kes baharu di Malaysia daripada awal PKPP (10 Jun) dan setakat 24 Jun adalah menunjukkan peurunan yang semakin melandai. Namun berlaku peningkat sedikit (6 kes) pada hari, menyebabkan keloknya mendongak semula, 

Daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.
Sementara itu, sebanyak 45 kes yang telah dirawatpulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Maka jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,231 kes (95.8% daripada jumlah keseluruhan kes). Peratus pesakit sembuh kini menjadi tumpuan apabila besar saiz yang dirawatpulih, maka akan mengecil jumlah pesakit yang berada di dalam wad. Kesannya, nilai kebolehjangkitan akan semakin mengecil dan akhirnya kita menyandarkan segala ikhtiar yang telah dibuat selama tempoh PKPP (10 Jun -31 Ogos) sebagai amal jariah yang akan Allah balas - Allah memberi kesembuhan dan permudahkan segala urusan pemulihan. Ins sya Allah. 
Wassalam.



23 June, 2020

COVID-19: Dunia 9.23 juta, Asia 1.96 juta - India teruk

Rekod Wabak COVID-19 di Dunia hari ini (23 Jun) mencatatkan kes positif keseluruhannya berjumlah 9,233,897 kes. Sementara penularan kes baharu harian mulai menurun daripada 123,118 kes pada 14 Jun dan semalam 139,607 kes serta hari ini 51,322 kes baharu (rekod hari ini adalah kemaskini setakat jam 12.30 tengah hari) Perkembangan kes baharu ini mulai menurun, berbanding awal Jun jumlah kes hariannya melei 100 ribu. Hal ini menampakkan kemungkinan penularan mulai menurun.
Rekod tertinggi di Dunia masih lagi USA (2,388,153 kes) dan Brazil (1,111,348 kes). Sementara negara lain yang berada tangga di bawahnya ialah Rusia (592,280 kes), India (440,450 kes) dan UK (305,289 kes). Menariknya di sini ialah USA dan Brazil masih tidak mahu mengalah, dan terus mendahului negara-negara lain. Menarik juga ialah kedudukan India dari rantau Asia telah berjaya menduduki tangga keempat tertinggi di dunia. Ini membuktikan India dominator berhadapan dengan Wabak COVID-19.
Rekod di Asia pula menunjukkan perkembangan Wabak COVID-19 dari 10-23 Jun 2020 mengesahkan daripada jumlah keseluruhan kes 1.56 juta (10 Jun) kepada 1.96 juta pada 23 Jun, Ia bermakna dalam tempoh 11 hari kebelakangan ini di Asia mencecah 400 ribu kes baharu dengan purata hariannya sekitar 36,000 kes sehari. Sementara negara yang paling tinggi rekod kes Wabak COVID-19 adalah India (rekod kes positif 440,450). Kenapa India? Di antara sebabnya, berkait rapatnya dengan jumlah penduduknya yang padat, pendisiplinan sosial yang tidak menjarak diri, budaya kendiri jaga diri agak lemah dan sistem perubatannya yang bermasalah berikutan penularan harian melebihi belasan ribu. Untuk rekod, COVID-19 di India hari ini berlaku tambahan kes baharu sebanyak 13,540, jumlah dirawatpulih 248,137 kes atau 56.34% daripada keseluruhan kes positif. diikuti dengan 14,015 kematian dan seramai 178,298 kes pesakit sedang dirawat di hospital.

Satu Digit Malaysia, Alhamdulillah.


Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia membuktikan Pasukan Perubatan dan saf hadapan yang kental dan berkesan. Kini Negara kita menerima tiga (3) kes baharu adalah mengulangi rekod pada 10 Jun (2  kes). Apa yang utama ialah baki pesakit yang sedang dirawat berjumlah 283 kes. Ia bermakna nilai kebolehjangkitan sedia diuruskan dengan teliti agar tiada lagi penularan kes baharu. Kelok garisan di atas menunjukkan pola melandai bermula semula selepas 19 Jun dan hari ini polanya menjunam. AlhamdulilLah. 
Bersama-samalah kita bersyukur dan beristighfar banyak-banyak agar Wabak COVID-19 terus reda dan mencapai kosong digit.
 Tiada penerangan foto disediakan.
WalLahu'alam.

22 June, 2020

COVID-19: Asia menular, Malaysia melandai

Perkembangan Wabak COVID-19 di rantau Asia dan enam negara tertinggi melepasi jumlah 100 ribu kumulatif kes positif adalah status menular. Rekod tiga hari terakhir (19-21 Jun) menunjukkan keseluruahn kes bagi Asia daripada 1.816 juta kepada 1.9 juta dengan kes baharu melebihi 110 ribu dalam tiga hari ini. Penyumbang terbesar bagi kes Wabak COVID di Asia adalah enam negara - India, Iran, Turkey, Pakistan, Arab Saudi dan Bangladesh - kesemua negara ini mengalami pertambahan kes baharu melebihi seribu kes sehari, iaitu yang tertinggi India dengan kes baharu sebanyak 15,181 kes (21 Jun).  
Justeru perkembangan di India begitu menular di sebabkan jumlah penduduknya yang melebihi 1,379,604,102 orang dan penduduk yang terjangkit COVID-19 berjumlah melebih 426 ribu. Rekod ini adalah jauh lebih besar mengatasi negara-negara lain. 
 

Malaysia melandai
Perkembangan Wabak COVID-19 selama 13 hari tempoh PKPP, Malaysia berlaku dalam situasi mendongak pada awalnya. Sehinggalah mulai 16 Jun, kes baharu COVID-19 mulai melandai. Walaupun begitu di antara 16-22 Jun, berlaku situasi naik-turun sehinggalah 21-22 Jun ia kembali melandai.


Suatu perkembangan menarik dalam tempoh 13 hari PKPP ini ialah terdapat pertambahan kes baharu hanya satu digit, iaitu pada 10, 14 dan 18 Jun. Kemudian perkembangan harian lainya berlaku dalam dua digit. Kesan daripadanya, jumlah kumulatif kes yang berjaya dirawatpulih bertambah kepada 8,177 dan jumlah pesakit positif/sedang dirawat menurun kepada 289 orang. AlhamduliLah realtinya penularan Wabak COVID-19 di Negara kita sedang menuju titik penamat dalam situasi melandai.  

Perkembangan pada 22 Jun
Laporan KKM pada hari ini (22 Jun 2020) , terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,587 kes
Sementara itu, berlaku 21 kes pesakit yang berjaya dirawatpulih menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 289 kes
Rekod 15 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes daripada nya adalah kes import melibatkan Warganegara Malaysia yang belaik daripada luar negara. Bagi 13 kes lagi adalah penularan di dalam negara dalam kalangan Bukan Warganegara.
Perincian kes jangkitan dalam negara (13 kes) di kalangan Bukan Warganegara adalah seperti berikut:
  • Selangor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Selayang;
  • Negeri Sembilan: 12 kes daripada Kluster Pedas. 
Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Demikian pula, kita bersyukur kerana tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah kekal sebanyak 121 kes. Teruskan komitmen kita dalam mematuhi SOP sepanjang PKPP ini dan bersama-samalah kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pasukan perubatan dan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada lagi penularan Wabak COVID-19 ini. 
Wassalam.