Berdegar-degar perwakilan UMNO tampil seorang demi seorang mengutuk Pakatan Rakyat dan kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga ada yang membantai, membuli dan memfitnah PAS termasuk mengutuk pemimpin ulung PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Al-Mursyidul Am.
Justeru hari ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meluah tiga respons atas cara perbahasan perwakilan dari parti asabiah Melayu terbesar di dunia itu. Menurut Tuan Guru:
"1) Perwakilan Umno berucap penuh dgn maki-hamun yang 'sikit
habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan,
kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.
2) Presiden Umno (bagi pihak Umno dan kerajaan) mohon maaf
atas kesalahan dilakukan sebelum ni. Tuan Guru nyatakan, kita boleh maafkan
dengan syarat: Pertama, Umno kena tukar dasar dulu (dari berjuang atas nama
kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul). Ia selari dengan tuntutan biro
ulama Umno tahun 1951 dulu; keduanya khusus untuk Kelantan kesemua peruntukan
pembangunan hendaklah disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukannya JPP; dan
ketiga hak rakyat Kelantan, hendaklah membayar royalti minyak kepada Kerajaan
Negeri. Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka "tiada maaf
bagimu."
3) Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga
mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru, apakah
Umno sahaja yang berjasa?--semacam Umno sahaja yang berjasa! PAS di Kelantan
pun banyak jasa: Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali
mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah
rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan; keduanya menerusi pendekatan
pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan
agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina
an'am ta'alaihim). Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama
termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat),
berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup
aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak
lain.