14 July, 2009

Manek Urai: PAS menang tipis.

Kemenangan akhirnya berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO yang mewaikili BN terpaksa mengiktiraf kuasa rakyat Manek Urai. Dalam posting awal, blog ini telah menegaskan seperti mana berikut:

"Walau apapun, keputusan awal pada 6.30 petang akan memberi jawapan penuh kebenaran bagi rakyat Manek Urai sama ada jelas menerima atau menolak janji-janji BN atau menerima hakikat tindakan kerajaan BN yang menggelapkan wang royalti minyak untuk Kelantan. Semuanya bakal menjadi nyata pada malam ini.

Maknanya, rakyat Manek Urai masih menaruh harapan kepada PAS untuk menunaikan hak dan kepentingan mereka. Isu royalti minyak adalah terlalu singkat ia dibangkitkan. Banyak rakyat yang masih tidak memahaminya. Ada yang menganggapkan sebagai mainan PAS kerana kononnya terdesak.

Walaupun begitu, kemenangan tipis 65 undi adalah suatu realiti yang membuktikan PAS diasak kuat oleh BN dan agensi kerajaan Pusat serta kapasiti Timbalan Perdana Menteri yang hadir mengetuai jentera kempen bukan atas sifat Timbalan Presiden UMNO. Kesungguhan pemimpin BN untuk menang sanggup menyalahgunakan kuasa dan ruang demokrasi sehingga tawaran jambatan dan pembangunan Manek Urai sebagai pusat agropolitan adalah isu bernilai tinggi dapat memukau perggantungan pengundi atas pagar kepada BN. Ia suatu cetusan masa depan yang bunyinya retorik tetapi itulah impian pengundi yang berstatus atas pagar. Cetusan itu tidak dapat diimbangi oleh PAS, meskipun PAS adalah mewakili kerajaan Pakatan Rakyat di sebuah negeri yang terpinggir sejak sekian lama.

Begitu juga sedikit sebanyak permasalahan semasa rakyat Manek Urai nampaknya belum selesai dan agak rumit diselesaikan. Permasalahan hidup itu ada kaitannya dengan kepayahan hidup mereka sekian lama. Ia berkaitan dengan isu tanah, air, jalan, input pertanian dan jaminan mengatasi beban kemiskinan. Kesemuanya hanya dilihat secara spesifik setelah berlaku pilihan raya kecil. Mana mungkin ia dapat diselesaikan kesemuanya. Apa yang ketara, kesemua permasalahan kepayahan rakyat Manek Urai telah dijadikan modal bagi kempen BN untuk merendah-rendah jasa dan bakti PAS yang telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun. Jelingan isu-isu tersebut telah memukau pemikiran logik mereka yang sedia berdepan dengan permasalahan tersebut.

Selain itu, ia turut menyentuh jiwa dan pengharapan masa depan golongan pengundi muda. Justeru itu, sebahagian pengundi muda telah beralih sikap kepada BN. Ia mungkin disokong dengan keyakinan terhadap calon PAS berbanding calon BN yang mewakili kumpulan muda atas faktor jawatannya sebagai ketua pemuda bahagian. Meskipun, asas nilai 'kepemudaan' boleh dianggap jurang antara dua calon, jentera PAS dilihat lebih memahami. Oleh kerana itu, didapati banyak aktiviti kempen PAS banyak terkhusus kepada golongan muda. Tetapi ia belum memadai untuk menampilkan imej calon PAS sebagai tokoh sebenar mewakili golongan muda. Sedangkan pengundi muda di Manek Urai agak besar iaitu melebih 47 peratus. Atas kekuatan itu, pengundi muda agak rapat dengan kempen BN.

Walau apapun, kemenangan tipis PAS turut disempurnakan oleh kesediaan pengundi PAS yang berada di luar Manek Urai sanggup balik mengundi, meskipun berdepan dengan masalah cuti dan beban kewangan ketika ekonomi mendesak sekarang. Sumbangan pengundi dari luar cukup besar, jika tidak PAS pastinya kalah besar.

Menyedari hakikat inilah, taktik PAS pada saat akhir adalah bermain taktik psikologi dengan meyebar luas peluang kemenangan bear berpihak kepada PAS. Menyebabkan jentera BN kalut dan kucar-kacir. Tambahan pula tersebar cepat berita kepulangan awal (pada jam 3.30 petang) Muhyidin Yasin ke Kuala Lumpur. Turut menyakinkan sebahagian pengundi betapa BN sudah kalah besar, kerana pemimpin besar telah mundur lebih awal. Inilah nilai kemenangan tipis PAS yang nostalgik kepada PAS dan kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku peneraju rakyat Kelantan sekarang.

Semuga Tuhan Yang Esa, memberi kemenangan tipis ini bakal membuahkan nilai-nilai koreksi ikhlas semua peringkat parti dan kerajaan negeri di dalam mengolah tanggungjawab dan amanah kepada rakyat Kelantan, khususnya di Manek Urai. Amin.

Manek Urai: Pengundian berakhir, pengiraan rancak


Jam 5.00 petang, pengundian ditutup dan kira-kira lima belas minit masa berehat. Kini pengiraan sedang rancak. Pihak petugas PAS dan BN masing-masing mengambil tempat menunggu keputusan pengiraan. Dijangkakan keputusan pertama akan diperolehi jam 6.30 petang.

Pada malam nanti, pihak SPR akan membuat pengumuman keputusan rasmi di Dewan Petra Sek. Men. Keb. Sultan Yahya Petra 1, bandar Kuala Krai tempat pusat penamaan calon sebelum ini. Keputusan dijangka diterima melalui Borang 14 bagi setiap saluran. Terdapat 27 saluran mengundi bagi 9 pusat pengundian.

Sumber daripada Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil PAS, YB Hj Abdul Fatah, PAS yakin menang bagi persaingan di Manek Urai kali ini. Ia dijangka mengulangi kejayaan PAS di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Berdasarkan laporan di lokasi, pihak kepimpinan BN telah bertolak balik sejak jam 3.oo petang lagi. Sumber dari MRSM di Kuala Krai, pihak helikopter pengangkut Timbalan Presiden UMNO sudah bersedia membawa Muhyidin Yasin keluar dari bumi Manek Urai. Khabar daripada perisik-rakyat.com, markaz besar BN sudah lengang sejak jam 3.30 petang. Semua ketandaan tidak menyebelahi BN.

Walau apapun, keputusan awal pada 6.30 petang akan memberi jawapan penuh kebenaran bagi rakyat Manek Urai sama ada jelas menerima atau menolak janji-janji BN atau menerima hakikat tindakan kerajaan BN yang menggelapkan wang royalti minyak untuk Kelantan. Semuanya bakal menjadi nyata pada malam ini.

InsyaAllah, Tuhan Yang Esa akan memberi ganjaran setimpal kepada semua pemimpin dan petugas yang bekerja di jalan-Nya.

Manek Urai - Kempen berakhir dengan tanda tanya

Tepat jam 12 malam, memasuki tarikh 14 Julai 2009, tamat sudah tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil N.41 Manek Urai. Detik masa sudah bergerak menuju persiapan hari mengundi. Masing-masing parti pastinya nervous dengan asakan kempen yang sudah berjalan sejak 6 Julai lagi. Para pemimpin dan penganalisis parti sudah mula mengira-gira peluang masing-masing parti - menang tipis, kalah tipis, menang besar atau kalah besar.

Walaupun begitu, seperti kebiasaan bacaan politik kempen di sebelah BN biasanya mengambil peluang malam-malam terakhir sebagai strategi 'serang-buli' pengundi sasaran yang berstatus atas pagar dan pengundi-pengundi PAS yang bermasalah! Dalam strategi BN, jika mahu menang mereka perlu menguasai 8 peratus pengundi berstatus atas pagar! Soalnya, sehingga ke malam terakhir BN masih merancang untuk dapatkan sejumlah angka tersebut.

Namun, jentera PAS tetap berwaspada, kerana strategi akhir BN sudah pasti akan menggunakan wang ringgit untuk menerjah fikiran pengundi sasaran. Mungkin jika BN gagal pada malam akhir, siang hari pada hari mengundi pasti akan berlaku sabotaj untuk menghalang pengundi PAS keluar mengundi. Ini sekadar tohmahan dalam mentafsir kekalutan strategi akhir BN.

Walaupun begitu, seperti yang dinyatakan Dato' Husam Musa dalam kenyataan media pada pagi kelmarin (13 Julai), pihak BN sudah membawa satu beg hitam besar kononnya berisi duit' untuk dibelanjakan pada malam akhir! Jika benar demikian, pasukan keselamatan PAS pasti berkawal sehingga subuh, mungkin perlu sepanjang hari mengundi, berkawal di setiap tangga rumah penyokong sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya pembelian oleh agen BN. Jika benteng PAS kebal pada malam akhir, pastinya BN akan tertekan dan bakal menghadapi kekalahan.

Berdasarkan bisik-bisik dan sumber risikan pihak tertentu bahawa BN ada harapan besar untuk menang, jika agen BN dapat memasuki rumah-rumah penyokong PAS bagi mendapatkan undi baru sekitar 8 peratus atau kira-kira 983 undi. Dengan sejumlah angka ini, pihak BN boleh mencapai kemenangan sekiranya keluar mengundi sekitar 80 peratus atau 9,834 dan BN boleh menang sekitar 1,300. Namun, cabaran bagi BN adalah sejumlah pengundi dari luar Manek Urai dijangka balik melebihi 1,000 orang. Ia akan menjadi ancaman kepada BN, kerana rekod yang lepas menunjukkan sikap politik pengundi di luar itu adalah majoriti menyokong PAS. Jika trend pengundi itu masih status-quo keputusan pilihan raya akan menyebelahi PAS. Mungkin PAS berupaya menang tipis dengan majoriti sekitar 700 undi.

Kesemuanya adalah sekadar ulasan berpandukan jangkaan. Hanya Tuhan Yang Esa maha mengetahui dan semua jangkaan di dalam pemikiran manusia, tetapi segala-galanya tercetus di atas harapan untuk melihat kemenangan pastinya menyebelahi kebenaran dan keadilan.

13 July, 2009

Manek Urai: BN pasti kalah?

Manik Urai – Umno will surely lose

“contesting in a state that is a stronghold of PAS already puts UMNO at a disadvantage.”

Tajuk laporan di atas adalah inisiatif Aziz Hassan dari MalaysiaDigest.com pada 30 Jun 2009. Antara lain hujah beliau adalah:

“Which actually means that one Kelantanese is no different from the other because they are all "orghe kito" (our people).

“But really, I often ask myself if Umno's determined effort in wanting to win back control of Penang and Kelantan is worth all the time and money spent. If may be good for the political ego if it succeeds but I don't think it will change anything else.

”In addition, Umno's poor showing in all of the by-elections held so far this year must be some sort of indication that they had better work on themselves before they work on other people.


Semangat kekitaan dan kebersamaan yang tinggi kalangan orang Kelantan adalah terjelma di Manek Urai. Disokong lagi dengan kuasa wang ringgit yang ada bukan menjamin boleh mengubah hati dan keyakinan rakyat Kelantan untuk menerima BN lagi. Tambahan pula, prestasi UMNO dalam pilihan raya umum dan semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 2008 adalah ukuran pencapaian buruk. Masakan dengan prestasi sedemikian memungkin UMNO boleh diterima rakyat Manek Urai.


Namun, dalam pilihan raya kecil sering terdengar cakap-cakap tentang pendekatan kempen BN yang menggunakan wang ringgit untuk memancing undi, terutama di kalangan pengundi atas pagar. Jika benar, di Manek Urai terdapat kira-kira 1,300 orang pengundi bersikap atas pagar, maka tidak banyak bagi BN berbelanja untuk pengundi itu. Sumber daripada laporan Hazlan Zakaria dalam MalaysiaDigest.com pada 13 Julai (hari ini) mendakwa ada jentera BN yang membayar sampai RM3,000 bagi menyewa rumah kecil di Manek Urai – mendedahkan betapa cara terbaik memberi wang kepada pengundi dan membujuk mereka untuk bersetuju dengan BN.


Tetapi tindakan itu tidak menjamin bagi BN mendapat tambahan undi. Kerana sikap politik penduduk Manek Urai sendiri yang memang mengambil kesempatan di musim pilihan raya. Natijahnya mereka tahu, pilihan raya kecil adalah peluang mereka menadah bekas untuk wang yang ‘ditabur.’ Atas realiti itu, apa sahaja janji pemimpin BN, bukan mudah untuk diterima oleh para pengundi. Sudah pasti, gambaran itu adalah kesulitan bagi BN untuk membaca keputusan pilihan raya yang bakal berlaku pada 14 Julai (esok).


Ketetapan Tuhan Yang Esa sudah tentu telah ada. Manusia sekadar merancang, tetapi harus diingat bahawa perancangan-Nya adalah pasti berlaku. Natijah perancangan-Nya pasti membahagiakan rakyat Manek Urai.


Manek Urai: BN terus mengasak PAS

Ekoran daripada kenyataan ketua kempen BN, Muhyidin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan projek 'sogokan' pengundi dengan mengumumkan untuk menjadikan Manek Urai sebagai pusat agropolitan dan membina jambatan baru.

Perkataan 'agropolitan' konfirm tidak ngam dengan penduduk Manek Urai, tetapi janji jambatan di Manek Urai Lama yang tersohor sempit itu adalah keperluan. Namun, penduduk Manek Urai menganggap jambatan sebagai keperluan yang tidak mendesak. Kerana jambatan selorong hari ini masih relevan.

Walau bagaimanapun, janji Muhyidin menaik taraf perkampungan Manek Urai kepada 'agropilitan' tidaklah dipandang hebat. Kerana pada pilihan raya umum lalu, Annuar Musa turut menjanjikan projek yang sama kepada rakyat Kelantan, khususnya petani KADA. Apa yang jelas, rakyat Kelantan dan petani KADA tidak termakan dengannya. Maka, ramai berpendapat janji Muhyidin kepada penduduk Manek Urai tidaklah sesuatu yang hebat untuk mengubah sikap politik pengundi.

Mungkin, kepada jentera BN yang dipengarahkan oleh Mustapha Mohamed menganggapkan cara budaya politik Melayu luar bandar seperti di Manek Urai adalah dapat memaut sokongan dan kepercayaan rakyat melalui pendekatan 'berjanji'. Namun, bagi PAS yang sudah pandai membaca strategi akhir BN itu telah awal-awal menerbitkan buku panduan isu yang turut memuatkan 'pembohongan' BN dalam pilihan raya lalu yang tidak ditunaikan. Antaranya, termasuk janji bekas ADUN BN di Manek Urai yang menang sesi 2004/2008 lalu; sebagaimana petikan dari buku kecil itu seperti berikut:

40. Janji kepada rakyat Manek Urai - Zulkifli Omar semasa jadi wakil rakyat janji untuk tolong rakyat Manek Urai, buat jalan, buat gertak, perbesar jambatan sempit, bantuan rumah, selesai tanah...macam-macam janji. Apa yang terjadi, rumah pemimpin UMNO juga yang semakin besar, dibina dengan peruntukan kerajaan atas tanah sendiri. Di manakah hak rakyat Manek Urai?

Justeru itu, dari aspek pendekatan isu jentera BN mengambil tindakan mengasak rakyat Manek Urai dianggap sekadar berusaha memenuhi ruang. Sedangkan isu-isu janji BN sebelum ini dianggap tidak menyentuh kepercayaan rakyat Manek Uraii. Realitinya, rakyat sudah tahu ke mana tujuan sebenar setiap janji itu - sekadar berjanji.

Dari perspektif kempen PAS, tidak banyak isu mengasak yang dibawa, kecuali isu wang royalti minyak yang dianggap isu baru untuk direnung oleh rakyat Kelantan, termasuk di Manek Urai. Apabila pemimpin BN banyak mengelak daripada menjawab isu ini, ternyata BN sudah terasa isu wang royalti minyak yang tidak diberi kepada kerajaan negeri Kelantan dianggap relevan. Ia lebih memihak kepada PAS.

Semuga Tuhan Yang Esa mengangkat maruah rakyat Manek Urai, agar tidak menjadi insan yang kelabu dengan janji-janji kosong pihak hipokrasi.

Manek Urai: rakaman suasana kempen

Sebagai respon kepada penghinaan terhadap Abe Uji calon PAS dikatakan 'peniaga ikan, ' maka pihak pemborong ikan negeri Kelantan berdemosntrasi (gambar di bawah) pada 10 Julai 2009 memprotes cara kempen BN.

Berikut adalah rakaman beberapa senario yang berlaku di pilihan raya kecil Manek Urai:

Pihak pimpinan PAS bersama-sama calon PAS mendoakan keberkatan Tuhan Yang Esa sebelum bergerak bagi perarakan calon pada 6 Julai 2009.

Kelihatan Markaz Induk PAS bagi pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.

Bendera besar di depan markaz Jemaah Penyokong Tok Guru PAS di Sungai Perial turut tampil memberi sokngan kepada kempen Abe Uji calon PAS.

Tok Guru Nik Aziz dirakam sedang berucap di majlis taklimat penerangan 13 Jun 2009.

Ustaz Ahmad Baihaki sedang menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis taklimat penerangan yang diadakan di sekolah Arab Sungai Sok.

Semuga Tuhan Yang Esa menunjukki kebenaran dan memberi ilham kepada semua pengundi Manek Urai untuk mengundi calon yang bertekad memperjuangkan Islam dan penerusan keberkatan untuk rakyat Manek Urai.

12 July, 2009

Tinjauan pembaca MyStar - PAS menang

Soalan tinjauan: Siapakah yang dijangka memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?

  • Calon BN: Tuan Aziz Tuan Mat - 12.8%
  • Calon PAS: Mohd. Fauzi Abdullah - 87.2%

Setakat 12 Julai 2009, jam 3.45 petang mendapati ramai pelayar online MyStar adalah bersetuju calon PAS, Abe Uji sebagai pemenang.


Jika benar demikian, bermakna kempen BN yang diketuai Muhyidin Yassin dan dipengarahkan oleh Mustapha Mohamed adalah ditolak rakyat Manek Urai.


Semuga Tuhan Yang Esa memberkati semua penyumbang tinjauan di atas sifat memberi pandangan dan sikap politik semasa terhadap perjalanan kempen pilihan raya kecil Manek Urai.