28 October, 2008

Seminar Politik Malaysia di UiTM Sabah

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sabah bersama Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Seminar Politik Malaysia mulai 28 - 30 Oktober 2008 bertemoat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan Jalan UMS.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Prosiding seminar itu adalah melibatkan 89 kertas kerja yang terdiri daripada pelbagai topik atau hasil penyelidikan politik berkaitan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Turut dimuatkan dalam prosiding ialah mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Agak menarik juga, para pembentang kertas kerjanya sebahagian besarnya diisi oleh para pensyarah UiTM di serata negara, termasuk dari kampus Sarawak, Melaka, Kelantan termasuk Sabah sendiri. Sementara turut terlibat ialah beberapa pensyarah dari universiti tempatan yang lain, seperti Dr. Redzuan Othman (Universiti Malaya), Dr Ahmad Nizamudin Sulaiman (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Ghazali Mayudin (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Satu perkara yang sempat dipetik dari ucapan Hj Masidi Manjun, ialah suatu sindiran beliau terhadap pemimpin UMNO di Semenanjung sebagai pemimpin yang tidak rapat dengan rakyat. Oleh sebab itu, tsunami politik berlaku sehingga rakyat menolak mereka di dalam pilihan raya umum yang lalu. Sedangkan di Sabah, UMNO tidak pun terkesan dengan perkembangan tsunami tersebut. Maka, UMNO di Sabah tetap mengekalkan kekuasaan memerintah Sabah.
Walau apapun, persoalan kuasa politik atau apa-apa kuasa sekalipun kesemuanya adalah di bawah ketentuan Tuhan yang Esa. Manusia berkuasa merancang, Tuhan jua yang metakdirkan akan jadi maka jadilah ia.












27 October, 2008

"Happy Deepavali" for all Hindu

Selamat menyambut Deepavali " Happy Deepavali" bagi penganut agama Hindu.

Cahaya yang terang akan terus bersinar, sebagaimana dengan takdir Tuhan Yang Esa menciptakan nur untuk menerangi sekalian alam.

Kekalkan perpaduan eratkan hubungan sesama warganegara Malaysia.