13 January, 2011

Menteri Rais - BENAR@BOHONG?

Ini tanya-jawab saya antara Alex Ong, seorang aktivis mesra MigrantCare. Untuk makluman, NGO MigrantCare berpusat di Jakarta yang pertama (kemudian WikiLeaks) mendedahkan cerita berkenaan menteri a/l Yatim, dari Malaysia yang pernah menggaji Robingah, dari Indoensia.

Saya tanya: Ape cerita trkini MigrantCare. Ape punca Robi mngaku lain pulak?

Berikut saya perturunkan jawapannya:

Alex Ong (gambar) pada 12hb Januari pukul 9.26 pagi Lapor
"Jawapan dari penampilan Rais waktu di soal Wartawan kemarin, Kepala nya tunduk atau memandang direct ke kamera?

Saya tanya sidang pembaca sekalian... KALAU TUNDUK APA MAKNANYA?


Alex Ong pada 12hb Januari pukul 9.28 pagi Lapor
"Kemarin juga ada pengistiharan Pemutihan PATI; Bayaran RM 600, RM 400 kpd Immigresen, RM 200 kpd Pangkal Razeki Sdn. Bhd... Kenapa Monopoli? Kenapa pada detik kes rais lagi panas? Paham Sendiri lah

Alex Ong pada 12hb Januari pukul 9.34 pagi Lapor
"Yang turun membawa Rb untuk membuat penyataan ialah Badan Nasional Perlindungan dan Penempatan Tenaga kerja Indonesia. Se tahu sy, Rais pernah minta tlg dari Kedutaan Besar utk hantar rombongan ke Banjarnegara. Tim NU dan Muhamadiah kawal, tapi bila rombongan BNP2TKI datang kita buka pintu.. Yg penting check akaun Rb dan Jumhur Hidayat ( Kepala BNP2TKI). ICW dan PPATK akan check... Migrant Care di Dukung Media dan Masyarakat sivil utk meneruskan perjuanagn ini. Hari ini lancar program Rp1,000 rupiah utk bantu TKI yg tergendala di Saudi dan Malaysia. Target USD 200,000 dlm satu hari. Di dukung TV, Kompas, Lintas Agama dan NGo.

RUMUSAN:

Saya tidak berminat untuk merumuskan. Pihak sidang pembaca sekalian boleh membuat rumusan sendiri. Natijahnya, agama kita mengajar supaya “bercakap benar dirahmati Tuhan” sebaliknya bila “bercakap bohong, tunggulah kifarat Tuhan Yang Maha Esa.”

11 January, 2011

Media - still spin the UG issue!

Memang sesuatu isu yang hangat akan suka diperhangatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Lebih-lebih lagi pihak media cetak yang kini bersaingan untuk melariskan jualan kalangan pembaca. Jika tidak melakukan putaran laju atas sesuatu isu hangat, maka tidak berstrategiklah pihak media berkenaan. Tambahan pula, persaingan dunia maklumat kini berdepan dengan pola media baru yang pantas. Justeru media cetak pasti ketinggalan untuk mendepani isu. Maka bila muncul isu hangat, tuahlah bagi media cetak untuk melakukan "still spin the issue."
Terkini isu hangat yang nampaknya masih panas bahangnya di sisi media cetak ialah isu kehadiran Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS ke majlis santapan malam pihak Yang Dipertuan Agong. Lapor media tertentu, majlis santapan itu turut dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dari mana punca berita, menyebabkan media melopornya begitu tidaklah dinyatakan. Dalam kenyataan media Mursyidul Am PAS, tidakpun dibuat sebarang pengesahan tentang pemimpin negara yang hadir, melainkan Presiden PAS dan Yang Dipertuan Agong. Maka tidak disebut hadir sama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Namun, apabila isu sama diajukan oleh pihak media kepada Perdana Menteri, ia semacam benar bahwa beliau turut bersama dalam majlis santapan itu. Mungkin pihak media (wartawan) bolehlah bertanyakan pula Timbalan Perdana Menteri untuk pengesahan.

Apapun tidaklah penting sangat tentang siapa yang hadir itu. Agak menarik untuk dipersoalkan, apakah isu yang 'dibualkan' oleh pimpinan atau nagarawan bersama Yang Dipertuan Agong? Paling teringin untuk menyoalnya lagi, tatkala Mursyidul Am PAS secara tegas menyatakan tidak bersedia menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap. Begitu juga turut ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS ialah agar mana-mana pihak tidak membuat andaian-andaian yang tidak menentu dan dapat menghentikan sebarang andaian yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana. Ini seruan jujur. Namun apa yang berlaku, nampaknya media cetak hari ini (Sinar Harian, 11.1.2011) sudah tidak hormat kepada seruan Mursyidul Am PAS! Buktinya muka depannya (gambar atas), disusuli dengan muka surat N6 (gambar bawah), sudah menyiarkan laporan berita yang tidak dipetik sumbernya. Malah ia dijadikan sensasi manipulasi yang bersifat sinisme.

Agak tidak sedap dibaca dalam laporan tersebut, bila dituliskan ayat-ayat berikut: Antara yang ditimbulkan secara ringkas dalam pertemuan itu adalah berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah menjadi hangat awal tahun lalu serta isu cadangan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas, yang menemui jalan buntu kerana kedua-dua UMNO dan Pas belum menemui ‘titik persamaan’. Maka, saya yakin ini bukan bersumberkan sumber sahih. Ia adalah cuitan nakal yang cuba mengundang polemik dan terjahan mereka yang tak senang dengan ayat-ayat ini.

Justeru itu, Tuan Guru Mursyidul Am PAS sudah dengan tegas menjelaskan hari ini (11.1.2011) di Pejabatnya, bahawa cara laporan Sinar Harian tersebut sebagai pendekatan melaris jualan akhbar, isinya tidak tepat. Baginya kenyataan media sebelum ini masih kekal tak berubah. Demikian pula, Setiausaha Agung PAS ketika diminta mengesahkan tajuk muka depan itu, dengan tegas dinyatakan itu tidak benar. Ia turut disahkan oleh Pimpinan Umum KeADILan (sebagaimana disiarkan oleh akhbar sama di muka surat N2 - gambar sebelah) telah menganggap isu pertemuan itu telah selesai berikutan masing-masing pimpinan Pakatan Rakyat sudah menerima penjelasan. Justeru tidak berbangkit lagi nada dan maksud seperti mana cuitan Sinar Harian hari ini.

Semoga apa yang dipaparkan media cetak tersebut tidak mengenepikan fakta sebenar. Berfikirlah dengan tenang dan dengan hati nurani yang suci berbekalkan cahaya kebenaran Ilahi. Agar apa yang tersirat sedia menghasilkan kebaikan demi ummah.

10 January, 2011

PrK Tenang: Calon Wanita

Isu calon pasti hangat diperkatakan setiap kali pilihan raya kecil (PrK). Hari ini iklim kepanasan mula terasa, meskipun kelihatan tenang di DUN Tenang. Ini berikutan pihak PAS sudah bermesyuarat semalam (9 Januari) dan pihak pula Umno melalui Ketua Wanita, Sharizat Abdul Jalil turut menamakan seorang pimpinan wanitanya dicadang bertanding.

Calon penentu kemenangan

Ura-ura hangat diperkatakan tentang parti/pihak akan bertanding ialah setakat ini ada tiga pihak yang bersedia mengemukakan calon bertanding. Dua pihak yang mewakili tradisi parti ialah Pakatan Rakyat yang diwakili PAS dan Barisan Nasional diwakili Umno. Sementara pihak ketiga ialah pihak bebas yang tidak berparti.

PAS telah rasmi bertanding berikutan keputusan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat pada 19 Disember lalu. Begitu pula, Umno sebagai penyandang tradisi di DUN Tenang sudah pasti telah menyenarai pendek nama calonnya. Sementara pihak bebas yang tidak parti turut mengumumkan akan bertanding, iaitu seorang yang mewakili pekerja ladang, G. Sivanandan, 50, merupakan pemimpin tempatan menganggotai Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW).

Pihak PAS pula setakat ini sudah hangat diperkatakan akan menamakan seorang pimpinan Muslimat Labis, Normala bte Sudirman seorang guru dan berstatus ‘isteri’. Begitu juga di pihak Umno nampaknya berminat kepada pemimpin wanita selaku calon, ekoran awal-awal lagi Ketua Wanita, Sharizat Abdul Jalil telah mencadangkan Ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh (gambar-berbaju kurung) seorang guru berstatus ‘anak dara’ sebagai calon mewakili Barisan Nasional.

Apa pun MCA yang diketuai Chua Soi Lek tidak memprotes meskipun di situ kubu kuatnya, kerana beliau pernah menjadi ahli parlimen Labis yang sekarang diserahkan kepada anaknya, Chua Tee Yong (nepotisnya).

Jika benar, PAS dan Umno menamakan pimpinan dari kaum Hawa untuk berentap, pastinya berlaku persaingan kali ini berlaku dalam seimbang. Ini kerana kedua-dua pihak tidak mengemukakan tokoh yang sudah popular. Justeru jentera kempen kenalah berhempas pulas mempromosi calon.

Paling penting, faktor calon dalam pilihan raya kecil sering menjadi fokus dan bakal menjadi penentu kemenangan. Ini disebabkan calon dinilai secara telus dari pelbagai sisi (dalaman dan luaran). Namun, keberkesanan media kempen bakal membantu melariskan calon kalangan pengundi. Memandangkan di Tenang pengundi wanitanya agak seimbang dengan lelaki, sekitar 50.9% sudah tentu komitmen persetujuan pengundi lelaki kepada calon wanita bakal mengundang kemenangan kepada mana-mana pihak. Kesedaran terbaru Pakatan Rakyat untuk meramaikan penglibatan wanita dalam politik dan pembuatan keputusan sudah tentu membantu untuk menggerakan jentera PAS, KeADILan dan DAP ke arah kempen berkesan.

Namun, seharusnya media kempen calon dapat bertindak tuntas dan berupaya melakukan kempen balas. Berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil Galas calon PAS diserang oleh media Barisan Nasional dengan fitnah 'khalwat' sehingga ke hari mengundi. Maka, mengambil langkah awal membenteng serangan fitnah jentera Barisan Nasional menjadi kemestian jentera kempen Pakatan Rakyat. Justeru kepada Allah kita berserah, semoga segala tipu daya lawan pasti dapat dipalitkan jua.