04 August, 2012

Politik baharu Sabah – sejauh mana faktor Lajim mempengrauhi PRU-13?

Kini semacam terasminya kemunculan satu lagi pakatan politik di Sabah pada 29 Julai lalu. Ia merupakan natijah daripada perkembangan yang berlaku selama enam bulan pertama 2012, dan kemuncaknya ialah apa yang berlaku dalam masa semingga ini (23-30 Julai 2012). Tatkala Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Sabah dan berjaya melancarkan pakatan baru itu. Justeru Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan tahniah atas komitmen timbalan menteri merangkap ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima, Haji Lajim Haji Ukin berikutan penubuhan pakatan itu setelah berkunjung ke Kota Bharu pada 23 Julai lalu.

Kesemuanya dipaparkan sebagai berita yang mengaitkan satu perkembangan baharu politik di Sabah. Paling utama yang dipaparkan ialah melibatkan soal masa depan dua tokoh politik, iaitu ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima, Haji Lajim Haji Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Dua tokoh ini adalah mewakili kepentingan politik kaum di Sabah, iatu Lajim dari Umno mewakili orang Melayu dan Wilfred dari United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) mewakili kaum Kadazandusun dan Murut. Justeru kedua-duanya dikatakan bakal mencorakkan politik permuafakatan yang baharu di Sabah dan sudah tentu bakal mengubah keputusan PRU-13 nanti.

Paparan hangat

Di antara paparan hangat berita mengenai kemunculan pakatan baharu itu ialah seperti tersiar atas talian mstar.com (25Julai) yang melaporkan tajuk  "Satu Lagi Parti Politik Akan Muncul." Diikuti dengan paparan oleh shahbudindotcom (26 Julai) yang mengulas tajuk “Mungkinkah Pergolakan Di Sabah Pemangkin Kejatuhan BN?” Kedua-duanya telah menggambarkan kemunculan Pakatan Pembaharuan Sabah atau Sabah Reform Front serta peranan Lajim dan Wilfred yang bakal menjadi pemangkin kejatuhan BN di Sabah.

Sebelumnya lagi, The Borneo Post (18 Jun) telah mengulas akan kemungkinan "Pembentukan barisan pembangkang masih satu ilusi di Sabah." Ulasan ini sebenarnya telah disiarkan lebih awal oleh Bernama. Menurut ulasan itu, cerita-cerita hangat mengenai politik Sabah yang berlegar selain BN ialah Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR). Kedudukan parti-parti ini telah dikaitkan pula dengan peranan tokoh masing-masing dalam konteks politik Sabah menjelang PRU-13.

Terkini pula ialah paparan portal Sabahkini.net (30 Julai) yang mempersoal sikap Lajim semacam tunggu untuk dipecat oleh BN dan kerajaan. Diikuti berita mengenai alasan Lajim yang telah bertindak meletak jawatan dalam Umno dan BN atas semata-mata ingin memperjuangkan hak rakyat Sabah yang telah dianggap gagal disebabkan pemimpinnya dikatakan mengamalkan kroni dan rasuah. Ia turut dikongsi dengan kenyataan menarik dari Wilfred yang tersiar dalam The Malaysian Insider (30 Julai) iaitu tindakannya meletak jawatan selaku pengerusi BN Tuaran disebabkan tidak berpuas hati dengan isu pendatang tanpa izin yang melimpah di Sabah.

Kuasa pakatan baharu


Realiti politik Sabah adalah kepelbagaian parti politik. Sartu pihak telah ada BN dan satu pihak lagi adalah oposisi yang mengandungi Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Datuk Yong Teck Lee dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Di samping KeADILan, DAP dan PAS.

Sehubungan perkembangan baru membabitkan Pakatan Pembaharuan Sabah diasaskan oleh Lajim sudah tentu akan menjadi satu pakatan baharu dan kuasa pengimbang kalangan parti-parti yang oposisi kepada BN. Justeru ada baiknya Pakatan Pembaharuan Sabah dapat berperanan ke arah menyimpulkan permuafakatan nyata parti oposisi untuk berdepan satu lawan satu denhgan BN pada PRU-13 nanti. Ia pasti akan melengkapkan gerakan politik KeADILan, DAP dan PAS yang telahpun bersama-sama dalam Pakataan Rakyat. Oleh itu, amat logik dua pakatan ini akan bekerjasama bagi menghadapi BN dalam PRU-13 nanti.

Realiti permuafakatan boleh diamalkan berlandaskan kekuatan teori politik kerjasama yang membayangkan kemunculan kuasa dua parti utama untuk pilihan rakyat. Natijahnya hak rakyat Sabah perlu diurus secara matang dan nilai perpaduan baharu perlu disokong kerana sejak 1963 hak itu belum dibukti dikongsi secara nyata oleh rakyat Sabah menerusi pentadbiran BN atau pihak penguasa sebelum ini.

Menurut Arend Lijphart yang menganjur politik permuafakatan yang mengutamakan perkongsian seimbang antara pelbagai kaum (masyarakat majmuk). Namun apa yang digambarkan Lijphart tidak berlaku di Sabah.  Sepatutnya rakyat Sabah dapat berkongsi secara adil nikmat sumber hasil dan kesan pembangunannya di kalangan  semua kaum. Namun apa yang berlaku ialah masih munculnya golongan terpinggir dari arus kemerdekaan negara. Malah ada pihak lain pula sedang meratah hak rakyat Sabah. Ia menjelaskan bahawa selama ini pihak BN telah gagal menguruskan secara adil. Ia belum lagi diperincikan atas hak-hak menikmati harga barangan yang kompetatif, kenaan cukai dan bayaran ses serta levi atas hasil pembalakan dan perladangan –– masih  berlaku secara diskriminatif. Paling utama rakyat Sabah amat terasa dengan hak-hak kewarganegaraan yang semacam dirampas apabila melimpahnya pihak pendatang asing sehingga kini tanpa penyelesaian bergelut dengan isu kad penganalan palsu dan seumpamanya.

Kesemuanya sudah tentu menarik dan mencabar politik Sabah kali ini, terutama dalam merebut 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen dalam PRU-13.  Atas jumlah kerusi ini amat signifiken bagi Pakatan Pembaharuan Sabah untuk bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menjayakan misi menawan Sabah dan menyumbang kepada penguasaan Putrajaya di peringkat Persekutuan.

Pakatan yang relevan

Hal ini amat relevan lagi dalam meneliti kajian Majlis Profesor Negara (MPN) yang meramalkan kemenangan tipis BN di Sabah dalam PRU13 nanti. Ini kerana kajian MPN itu sebenarnya belum mengambil kira faktor Lajim dan Wilfred yang dikatakan telah berjaya menubuhkan Pakatan Pembaharuan Sabah. Justeru Lajim dan Wilfred adalah mewakili golongan yang inginkan Sabah bebeas daripada kepimpinan BN yang dikatakan bergelumang dengan kroni dan rasuah.

Meskipun di sebaliknya ada pandangan sinis daripada Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal yang meramalkan kemungkinan tindakan Lajim dan Wilfred itu tidak akan ke mana. Bagi Shafie Lajim dan Wilfred hanya boleh menang atas kapasiti BN. Maka baginya, Lajim dan Wilfred pasti kalah bila tidak lagi dalam BN berasaskan pengalaman Yong Teck Lee yang kalah dalam pilihan raya kecil Sandakan. Persoalannya, apakah pada PRU-13 nanti serupa pilihan raya kecil Sandakan?

Sudah tentu faktor Lajim dan Wilfred akan berupaya mengurus segala-gala perkembangan baharu politik Sabah. Apa pun pihak kepimpinan Pakatan Rakyat, sama ada daripada KeADILan, DAP mahupun PAS seharusnya bertindak secara optimis dalam melayani kemunculan faktor Lajim dan Wilfred untuk permuafakatan Pakatan yang lebih utuh. Sinar harapan kemenangan pasti menjadi nyata dan semua parti oposisi di Sabah seharusnya berpakat bagi mewujudkan Pakatan yang relevan menjelang PRU-13.



30 July, 2012

Politik baharu Sabah - sejauh mana faktor Lajim Ukin


Dalam tempoh semingga ini (23-30 Julai 2012) sedia dilaporkan tajuk-tajuk berita yang mengaitkan perkembangan politik baharu di Sabah. Ia menyentuh langsung soal masa depan dua tokoh politik merangkap ahli parlimen, pertama ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima, Haji Lajim Haji Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang dikatakan bakal mencorakkan politik baharu Sabah dan akan mengubah keputusan PRU-13 nanti. Berikut adalah paparannya.
   
"Parti politik baharu di Sabah?

26th July, 2012
 
KOTA KINABALU: Sekumpulan Kadazandusun dikatakan akan menubuhkan satu pergerakan politik yang mungkin bekerjasama dengan pakatan pembangkang, sumber berkata di sini, kelmarin
Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front), penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini.
Sumber itu juga berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad.
Anwar juga dijangka menghadiri satu lagi majlis di Beaufort.
Orang dalaman parti pembangkang menyebut Tuaran dan Beaufort merupakan kawasan di mana mereka mungkin mendapat sokongan.

Parti politik baharu di Sabah

25 Julai 2012
KOTA KINABALU - Sekumpulan Kadazandusun dikatakan akan menubuhkan satu pergerakan politik yang mungkin bekerjasama dengan pakatan pembangkang, sumber berkata di sini, hari ini.

Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front) , penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini.

Sumber itu juga berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad.

Anwar juga dijangka menghadiri satu lagi majlis di Beaufort.

Orang dalaman parti pembangkang menyebut Tuaran dan Beaufort merupakan kawasan di mana mereka mungkin mendapat sokongan. - Bernama

Parti politik baru di Sabah? 
Bernama, jam  9:04AM Jul 26 2012

Sekumpulan Kadazandusun dikatakan akan menubuhkan satu pergerakan politik yang mungkin bekerjasama dengan pakatan pembangkang, kata sumber di Kota Kinabalu.
  
Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front), penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini.
  
Sumber itu juga berkata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad.
  
Anwar juga dijangka menghadiri satu lagi majlis di Beaufort.
  
Orang dalaman parti pembangkang menyebut Tuaran dan Beaufort merupakan kawasan di mana mereka mungkin mendapat sokongan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat Sabah pada Sabtu ini.
  
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sabah, beliau dijadual melakukan tinjauan mesra di Bazar Indah Permai di Sepanggar, sejurus tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan Anjung Ilmu masjid berkenaan serta menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal dan saudara baru.

Turut diadakan di majlis itu, penyampaian kunci rumah kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PBR) dan penyampaian sumbangan kepada Masjid Jamek oleh beberapa tokoh korporat yang keseluruhannya bernilai RM70,000.
  
Dalam siri lawatan Muhyiddin ke negeri-negeri sempena Ramadan ini, beliau turut mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan air zam-zam dan buah kurma kepada anggota jawatankuasa masjid berkenaan sebelum berlepas pulang ke ibu negara.
 
mstar.com pula melaporkan pada Rabu Julai 25, 2012 atas tajuk  "Satu Lagi Parti Politik Akan Muncul.."

KHABARNYA, akan muncul sebuah lagi parti politik baru di Negeri Sabah tidak lama lagi yang akan diterajui oleh sekumpulan pemimpin etnik Kadazandusun. Mereka juga khabarnya mahu bekerjasama dengan pakatan pembangkang. Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah atau SRF iaitu Sabah Reform Front, penubuhannya dikatakan bakal diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini.

Pada masa yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan akan hadir dalam satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad.
Anwar khabarnya mempunyai jadual yang ketat di Sabah hujung minggu ini.

Dan khabarnya juga Tuaran dan Beaufort adalah dua kawasan di mana SRF akan beroperasi dan mendapat sokongan.


Sebelum itu, shahbudindotcom.blogspot.com telah mengulas pada Khamis, 26 July 2012 atas tajuk

"Mungkinkah Pergolakan Di Sabah Pemangkin Kejatuhan BN?"

Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya. Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini.

Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini.

Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini.

Berlakunya tiga peristiwa Ahad ini di Tuaran iaitu Wilfred akan mengumumkan masa depan politiknya, desas-desus penubuhan parti baru dan kehadiran Anwar dalam satu perhimpunan khas, tentunya bukan suatu kebetulan atau suratan takdir semata-mata.

Ia adalah perancangan untuk mencetuskan tsunami politik di Sabah dan seterusnya membawa perubahan kepada kedudukan UMNO, BN serta Najib.

Dalam pada itu, di hari yang sama Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Tuaran minggu lalu, seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Lajim Ukim, seorang timbalan menteri kerajaan pusat dan ahli MT UMNO pula mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

SEBELUM ITU PULA, turut dilapor oleh The Borneo Post pada 18 Jun 2012 akan kemungkinan atas tajuk "Pembentukan barisan pembangkang masih satu ilusi di Sabah."

Tulisan ini disiarkan lebih awal oleh Bernama. Kandungannya adalah sebagaimana berikut:

KOTA KINABALU:  Sejak beberapa bulan lepas, parti pembangkang di Sabah sibuk berbincang untuk merungkai ketidaksefahaman dalam isu pembahagian kerusi pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di negeri itu.

Setelah selesai beberapa pusingan rundingan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu, nampaknya Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) tidak mencapai banyak kemajuan tentang perkara itu.
Sabah mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen.

SAPP, yang dipimpin bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee, dikatakan tidak membantah sekiranya parti pembangkang kebangsaan meletakkan calon di dua pertiga daripada jumlah kerusi parlimen tetapi mahu dua pertiga daripada jumlah kerusi negeri diperuntukkan kepada parti politik tempatan.

Bagaimanapun, pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu parti pembangkang kebangsaan meletakkan sebarang calon di negeri itu.

Dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini, Jeffrey berkata memang berlaku pertindihan (mengenai calon) kerana setiap parti menyediakan senarai calon sendiri tetapi beliau yakin perkara itu dapat dikurangkan melalui semangat tolak ansur dalam kalangan parti pembangkang tempatan.
“Ini mungkin berlaku bagi sesetengah kawasan, tapi bukan di semua kawasan. Kalau kami boleh capai satu pertiga atau malah, 50 peratus, sudah cukup baik,” katanya sambil menjelaskan bahawa pertandingan satu lawan satu hanya sesuatu yang ideal tetapi sukar menjadi kenyataan di sesetengah kawasan atas alasan strategik.

Oleh itu, kata beliau, pengundi perlu mendapat maklumat secukupnya dan memahami bahawa pertandingan satu lawan satu hanya suatu strategi, bukan untuk melemahkan semangat pengundi untuk keluar mengundi bagi calon pilihan mereka.

Namun demikian, beberapa pemerhati politik percaya STAR Sabah sedang bekerjasama dengan BN untuk menyukarkan parti pembangkang di negeri itu berkempen secara satu barisan.
Jeffrey bagaimanapun menafikan pandangan itu. Beliau berkata parti berkenaan sedang berbincang dengan parti pembangkang lain untuk memastikan wujudnya sebanyak mungkin pertandingan satu lawan satu dan idea untuk membentuk satu barisan pembangkang yang padu di Sabah, masih boleh dicapai.

“Memang tidak betul langsung (bahawa STAR bekerjasama dengan BN). Kenapa kami perlu membuang masa?. Memang tidak adil langsung untuk berkata begitu. Ini demokrasi…kami ada hak untuk bertanding,” katanya.

Malah, kata beliau, bagi pilihan raya umum akan datang, STAR Sabah sedia berkompromi kerana parti itu lebih berminat untuk bertanding di kawasan majoriti masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) dan kawasan bercampur, bukan di semua 60 kawasan eperti yang ditegaskan sebelum ini. Bagi kerusi parlimen, mereka berhasrat bertanding di 10 hingga 12 kerusi di Sabah.

SAPP dan pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sabah nampaknya telah mencapai persetujuan pembahagian kerusi walaupun perbincangan masih diteruskan antara mereka dan STAR Sabah.
Presiden SAPP, Yong memberitahu Bernama bahawa walaupun parti itu ingin bertanding di kebanyakan kerusi negeri tetapi ia bersedia mengurangkan jumlah itu supaya keadaan menjadi lebih fleksibel atau seperti yang dinyatakannya, untuk bekerjasama “dengan semangat sedia berkongsi bebanan”.

“Ini merupakan formula menang-menang (perkongsian bebanan). Rundingan masih berterusan. Memang bukan sesuatu yang mudah, tapi kami berharap akan mencapai banyak kemajuan. Usaha membentuk sebuah barisan pembangkang yang padu boleh berjaya sekiranya ada banyak masa,” kata Yong.

Beliau berkata secara dalaman, parti itu mengamalkan prinsip satu calon, satu kerusi — sama ada kerusi negeri atau kerusi parlimen, tetapi bukan dua kerusi sekali gus.

Namun demikian, Yong enggan menjelaskan sama ada beliau akan bertanding kerusi negeri atau parlimen walaupun terdapat desas-desus bahawa beliau telah membuka pejabat gerakan pilihan raya parti di Likas.

Penganalisis politik dan pensyarah di UiTM Sabah, Dr Arnold Puyok, ragu-ragu sama ada parti politik di negeri itu mampu mengelak daripada berlaku pertandingan banyak penjuru pada PRU13.
Beliau berkata sukar bagi parti pembangkang di negeri itu untuk bersatu, walaupun mereka cuba mewujudkan pertandingan satu lawan satu dan sesetengah mereka kelihatan sedia untuk berkompromi.

“Setiap orang ada agenda sendiri. Masalah di Sabah ialah kita tidak tahu siapa yang mengetuai barisan pembangkang, sekiranya ada. Tiada siapa yang ingin membentuk pakatan yang padu, setiap orang mempunyai matlamat sendiri.

“Memanglah mereka kata mereka sedia berkompromi, tapi ini sesuatu yang masih sukar dicapai. Sekiranya mereka tidak bersatu, BN akan mempunyai kelebihan apabila berlaku pertandingan banyak penjuru,” katanya.

Bagaimanapun, BN Sabah tidak mengambil kisah tentang perkara itu kerana ia lebih memberi perhatian terhadap usaha memantapkan lagi persiapan untuk terus berkuasa di negeri itu melalui undi majoriti yang lebih besar.

“Memanglah isu tetap ada seperti Sabah untuk rakyat Sabah, Suruhajaya Siasatan Diraja Mengenai pendatang asing tanpa izin dan hasil minyak dan gas yang begitu dekat di hati rakyat. Namun, ia lebih kepada politik pembangunan.

“Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada isu nasional, tapi kerusi majoriti kaum Cina hanya terdapat di Kota Kinabalu dan Sandakan.

“BN berusaha gigih untuk memenangi hati mereka. Secara keseluruhan, BN Sabah masih mampu menang dengan majoriti selesa. Ini tidak boleh diragukan,” kata Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Sesungguhnya, PRU13 akan mendedahkan sama ada hasrat parti pembangkang di Sabah untuk membentuk satu pakatan kukuh, menjadi kenyataan. — Bernama