Seingatan saya, dewan KTC yang baru berusia setahun itu telah acap kali menjadi tempat mencipta sejarah. Antaranya pelancaran kutipan Tabung Serambi Mekah pada Ramadhan 1430 lalu. Sebelum itu, diadakan Seminar Politik dan Pentadbiran anjuran Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan bersama Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. Sementara esok (12 Disember) pula satu lagi sejarah akan berlaku di situ, Wacana Isu-isu Semasa yang bakal mempertemukan agamawan dan politisian popular, YB Mohd Amar (Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darunaim),

Jelas, Dewan Konvensyen KTC yang tersergam gah (seperti gambar) adalah salah satu imej pembangunan bertaraf lima bintang milik Kerajaan Negeri (melalui anak syarikat SEDC Kelantan - Kelkon) juga adalah simbol idea korporat Kepimpinan Ulamak Tok Guru Nik Aziz.
Semuga Tuhan Yang Esa merahmati segala usaha baik Kepimpinan Ulamak Negeri Kelantan atas jasanya mengukuhkan keyakinan rakyat Kelantan kepada ulamak penjana dan pelaksana warisan anbiya' di era pembaharuan (tajdid) kebangkitan Islam.