Selepas Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan pada 20 September 2011 dirasmikan oleh YAB TG Menteri Besar Kelantan (BACA di sini) amat galak sekali media berputar untuk 'pekenakan' MB Kelantan itu. Sehingga ada yg sanggup pergi korek lagi otak berkarat Dr Mahathir ekoran suratnya yang menghalang Kelantan laksanakan hudud.
Lantaran itu, mantan PM, Dr Mahathir (dlm Sinar Harian) atas tajuk “Laksanakan hudud sekarang…” ada berkata: “HIV tinggi d Kelantan… ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik.” Lalu TG MB Kelantan jawab: “Kita (Kelantan) ajar kedua-dua (agama dan politik), tapi Umno tu betul ke ajar agama kepada rakyat?”
Di sisi saya, kalaulah betul Umno ajar agama masakan bini PM sekarang ini (Rosmah) pakai sanggul sebesar itu! Buka aurat. Sedanhgkan isteri Muhyidin lebih beragama. Mungkin kerana ayah Muhyidin itu guru agama kepada Mat Indera yang serang Balai Polis British tahun 1950 dulu.
Ia diikuti pula kenyataan amaran Muhyidin, mengarahkan puak-puak BN yang tak pernah reti agama itu (walaupun ada JAKIM) agar "jangan banyak mengulas mengenai hudud. Ia mungkin ekoran daripada kenyataan pedih presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang akan keluar BN jika Umno terima hudud.
Persoalannya, nampak sangat puak Umno sendiri sudah takut nak terima hudud. Jauh sama sekali nak bincang atau buat seminar seperti di Kelantan. Mereka hanya berani kutuk Kelantan, kononnya HIV atau Aids tinggi di Kelantan kerana nak kepada hudud. Ini ulasan tolol yang jelas tidak beragama!
Sedangkan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sudah berkata, "hudud akan berjalan baik sekiranya wujud suasana kondusif."
Tugas mewujudkan suasana kondusif mengikut Dr Asri itu, "ada yang di bawah tanggung jawab Kerajaan Pusat dan ada di bawah Kerajaan Negeri." Bagus sekali pandangan ini, tetapi ini tidak cuba difahami oleh puak-puak Umno.
Antara yang tidak kondusif berada di bawah tanggungjawab Kerjaaan Pusat ialah tidak beri kuasa 'perlembagaan' untuk Kerajaan Negeri dalam bidang penguatkuasaan Mahkamah, polis, penjara, imigresen, kastam dan seumpamanya. Termasuk juga doktor dan hospital yang menjaga kesihatan rakyat seluruh negara (termasuk di Kelantan) adalah di bawah perdana menteri bukannya menteri besar.
Maka dalam kes HIV-Aids (seperti didakwa Dr Mahathir) atau apa-apa kes yang tidak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, pihak berkuasa di bawah Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab secara langsung. Tidak adil jika kes berkaitan kesihatan rakyat dipersalahkan kepada Kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hudud! Atau menyandarkan kerana Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya mengajar politik, tidak mengajar agama.
Logiknya, hujah Dr Mahathir itu terlalu tumpul dan tidak realistik. Asasnya, tugas Tuan Guru Nik Abdul Aziz, meskipun menjawat menteri besar Kelantan sudah 21 tahun, tetap setia mengajar agama kepada rakyat berpusat di dada Bandar Kota Bharu adalah rutin beliau. Maka jawapan Tuan Guru kepada Mahathir, "kita di Kelantan bertanggungjawab mengajar agama dan politik untuk rakyat" adalah benar.
Sebenarnya dakwaan Mahathir itu yang tidak berasas, lantaran kes HIV atau Aids bukan ukurannya bagi mengatakan hudud itu ajaran politik. Hudud adalah hukum Allah.
Wahai puak-puak Umno kembalilah kepada hukum Allah, jangan terikut-ikut dengan otak sekular pemimpin di kalangan puak kamu itu!