05 April, 2020

Positif COVID-19 Bertambah Lagi

Perkembangan hari ini merekodkan jumlah status kes COVID-19 semakin bertambah, melainkan kes kematian pada jumlah sifar bagi tempoh semalam hingga hari ini (4-5 April 2020). Analisis melalui matrik di bawah menunjukkan perkembangan selama tempoh enam hari bermula 31 Mac  sehingga hari ini, 5 April 2020.

Pertambahan berlaku daripada kes Positif sebanyak 179, lebih ramai daripada hari sebelum yang hanya 150 kes. Ia menjadikan jumlah kumulatif Positif daripada 4 April sebanyak 3,483 kepada hari ini 3,662 kes.

Namun pertambahan yang agak baik dalam kes pesakit yang telah Pulih/discaj sebanyak 90 orang berbanding hari sebelumnya 4 April sebanyak 88 orang. Ini menjadikan jumlah kumulatif yang Pulih daripada 915 kes (4 April) kepada 1,005 orang pada hari ini.

Sementara pola Kematian pesakit yang dirawat berlaku pada jumlah yang setara, iaitu sama-sama empat kematian pada 4 April dan hari ini (5 April). Ia menjadikan jumlah kumulatif Kematian pada 4 April sebanyak 57 kepada hari ini 61 kematian.

Sehubungan itu, pola perkembangan penularan Wabak COVID-19 boleh diteliti menerusi graf bar mengikut kes-kes khusus - Jumlah kumulatif yang diterimalapor (Positif, Negatif, Pending); kes yang Pulih; dan jumlah kes Kematian - dalam tempoh sembilan hari dalam tempoh PKP Tahap 1 (sebelum 1 April) dan Tahap 2 (1-5 April).





Berdasarkan pola yang ditunjukkan secara graf bar di atas, kesemua kes (Jumlah kumulatif diterimalapor, Positif, Pulih dan Kematian) adalah menaik. Paling menaik secara mendongak ialah jumlah kes Positif. Jika dilihat dalam tempoh sembilan hari (28 Mac - 5 April) ia bertambah sebanyak 1,342 kes Positif, iaitu daripada 2,320 (28 Mac) kepada 3,662 (5 April). 

Berbanding dengan jumlah kes Pulih yang juga mendongak, tetapi pada darjah yang kecil, iaitu berjumlah 685 dalam tempoh sembilan hari - daripada 320 orang (28 Mac) kepada 1,005 (5 April). 

Perkembangan data-data tersebut, membuktikan Wabak COVID-19 dalam Negara kita dalam keadaan sedang menular.  Hal ini memerlukan perhatian serius dan kerjasama semua pihak untuk mematuhi PKP bagi menyekat rantaian Wabak COVID-19.

Apabila meneliti perkembangan serata dunia, data menunjukkan penularan sedang mendongak, terutama di Amerika Syarikat dan Eropah, kecuali di China berlaku perkembangan yang mendatar.


Data di atas (5 April) menunjukkan pertambahan berbanding data semalam, iairtu  daripada 1,154,169 kepada hari ini 1,225,360 yang disahkan mengidak COVID-19 (bertambah 71,191). Sementara jumlah kematian pula daripada 61,681 semalam kepada 66,541 orang hari ini (bertambah 4,870)

Angka ini amat membimbangkan kita semua, bukan sahaja di Negara kita, malahan ia menular agak luar biasa di negara yang menempa kemajuan teknologi tinggi dunia perubatan seperti Amrika Syarikat. 

Carta aliran di bawah menunjukkan perkembangan mendongak dan membimbangkan (selain Amerika Syarikat, Sepanyol, Italy dan Germany menunjukkan penularan melepasi ratusan ribu mengidap Wabak COVID-19).  

Sehingga hari ini, kesan daripada kuat kuasa PKP, ia mencetuskan banyak isu untuk diteliti dan ditangani dengan cemat agar ia tidak meresahkan masyarakat. Di antaranya jumlah tangkapan dan dihadap ke mahkamah serta ada yang dipenjara kerana tidak mampu membayar saman; kesemuanya ini harus diredakan. Misalnya, sehingga kini hampir 400 mereka yang ingkar PKP telah dihantar ke penjara yang memungkin kesesakan. Justeru pihak Kerajaan melalui Mesyuarat Jawatankuas Khas Menteri-Menteri mengenai PKP, hari ini (5 April) bersetuju supaya pihak Peguam Negara, PDRM dan Jabatan Penjara dapat memberi perhatian bagi mengatasi kemungkinan kesesakan penjara. 

Walaupun begitu, kesedaran orang awam mematuhi PKP dilaporkan sudah mencapai 95 peratus. Harapnya, kesedaran tersebut dapat meredakan penularan dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19, sekaligus bakal memberi impak penurunan jumlah kes Positif.

Kepada Allah kita meletakkan harapan, semoga ikhtiar kita diperkenankan-Nya bagi mengangkat Wabak COVID-19 daripada terus menular di Negara kita ini.

  Wassalam.


No comments: