11 April, 2020

COVID-19- Semua kes bertambah

Perkembangan Wabak COVID-19 dalam Negara hari ini (11 April 2020 - hari ke-25) didapati bertambah di dalam semua kes utama.


Data di atas menunjukkan dalam tempoh dua hari ini (10-11 April), Wabak COVID-19 di Negara kita boleh disifatkan masih menular: Kes baharu bertambah 66 kes, Keseluruhan kes bertambah 184, Kes yang sedang dirawat bertambah 16, Kes yang telah discaj bertambah 166, dan kematian bertambah 3 orang lagi. 

Berdasarkan pertambahan ini, kes telah pulih/discaj mengatasi pertambahan kes baharu. Ini suatu petanda kejayaan perawatan dan pengawalan (dalam merawat dan mengekang) jangkitan COVID-19. Apa pun pertambahan keseluruhan kes yang positif ini adalah disumbangkan oleh kes-kes yang dirujuk hasil daripada keputusan pemeriksaan perubatan sebelum ini. Kemungkinan pertambahan akan terus belaku dalam tempoh seminggu lagi ekoran daripada saringan dan penempatan di beberapa pusat kuarantin. Ditambah lagi ratusan warga negara yang balik dari luar negara yang sebelum ini terkandas di beberapa buah negara luar.

Walau bagaimanpun, perkembangan di negara-negara luar di peringkat global (https://www.worldometers.info/coronavirus/ Last updated:April 11, 2020, 09:48 GMT), ternyata Amerika Syarikat masih menduduki tangga teratas paling banyak kes. Enam negara utama yang tertinggi masing kekal untuk tempoh minggu ini, Sselepas Amerika Syarikat (503,177), Sepanyol (161,852), Italy (147,577), Peranchis (124,869) dan China (81,953). 

Rekod dunia mencatatkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 1,709,593 dengan rekod kematian seramai 103,506 dan 382,012 orang telah pulih. Peratusan mengikut negara-negara utama ini: Amerika Syarikat mewakili 29.43%; Sepanyol 9.47%; Italy 8.63%, Peranchis 7.30% dan China 4.79%. Dalam hal ini, jumlah kes positif di Malaysia ialah 0.26% sahaja. Walaupun begitu, Wabak COVID-19 hendaklah dianggap serius kerana ia berkembang seantero dunia sebagai pandemik menular di 212 negara. Negara terbaharu yang dijangkiti COVID-19 ialah Yaman dan Saint Pierre Miquelon, masing-masing satu kes.

Dalam konteks negara-negara Islam pula, ia masih kekal dengan 12 negara yang terkesan pada jumlah melebihi 1,000 kes. Negera Iran masih pada tangga teratas dalam kalangan negara Islam diikuti Turkey. Iran pula merupakan negara yang menduduki tangga ke-8 dan Turkey ke-9 di peringkat global. Pakistan pula masih kekal di tangga ke-3 dalam kalangan negara Islam, diikuti Malaysia dan Indonesia. Ini digambarkan menerusi data-data berikut:
Berdasarkan matrik di atas, Turkey mengalami pertambahan kes yang tertinggi sebanyak 4,747 kes, sementara di Iran tiada pertambahan kes direkodkan. Agak menarik pla, Malaysia mencatatkan jumlah yang pulih yang tertinggi dalam kalangan negara Islam, iaitu sebanyak 165 kes. Ia bermakna Malaysia mencapai pemulihan pesakit COVID-19 sebanyak 44.04% daripada 4,530 keseluruhan kes positif.  Maka prestasi ini meletakkan Malaysia seiring dengan Iran (52.01%), Iraq 43.00% dari segi peratusannya.  Negara yang agak rendah peratusan pulih ialah Turkey 5.15% dan Indonesia 7.44%.

Justeru kerjasama semua lapisan masyarakat perlu dipertingkatkan lagi dalam mematuhi amalan kesihatan. Di samping usaha mematuhi kuat kuasa PKP di peringkat masyarakat dan usaha yang berterusan pihak berkuasa melakukan sanitasi dan kebersihan di tempat-tempat awam serta kegigihan frontliners merupakan pendekatan terbaik dalam mengekang mata rantai Wabak COVID-19. 

Doa dan harapan hendaklah sentiasa kita panjatkan ke hadrat ALlah SWT agar Negara kita  segera bebas daripada Wabak COVID-19 ini.

#PatuhPKP
#DudukDiRumah
#InsSyaAllahSelamat

Wallahu'alam.
  

No comments: