06 April, 2020

COVID-19: Sedunia Menular


Kemas kini data penularan Wabak COVID-19 yang berlaku seantero dunia merekodkan 1,288,080 kes (6 April), berbanding dua hari lepas (4 April) berjumlah 1,154,164 kes, iaitu bertambah sebanyak 133,911 kes. Pertambahan juga dalam kes kematian daripada 61,681 (4 April) kepada 70,567 (6 April), bertambah sebanyak 8,886 kematian. Apapun jumlah yang telah pulih turut meningkat daripada 240,198 (4 April) kepada 272,009 orang (6 April), iaitu bertambah sebanyak 31,811 orang . Lihat data pebandingan berikut:-

Terkehadapan ialah Amerika Syarikat menunjukkan jumlah kes tertinggi mencecah 336,906 kes dengan 309,305 kes yang positif/aktif.

Diikuti dengan Sepanyol 135,031 kes (81,540 positif), Italy 128,948 kes (91,246 positif), Germany 100,232 kes (69,941 positif), dan menghampiri ke 100 ribu ialah Peranchis dengan 92,839 kes (68,578 positif). Ini merupakan lima negara yang mengalami Wabak COVID-19 tertinggi di dunia.

Dalam keadaan begitu, Negara China sebagai penular awal sedang mengalami perkembangan yang mendatar mencatatkan kedudukan ke-6, iaitu sebanyak 81,708 kes dan mencatatkan kejayaan pemulihan sebanyak 77,078 kes yang berjaya dipulihOleh sebab itu, jumlah yang positif hanya 1,299 kes sahaja. 

Data-data berikut menunjukkan perkembangan kes Wabak COVID-19 di lima negara tertinggi di dunia (setakat 6 April 2020), sebagaimana dicatatkan oleh https://www.worldometers.info/coronavirus/#countries dalam perkembangan seharian di seantero dunia. 


Menurut catatan tersebut, Malaysia adalah negara yang menduduki tangga ke-30, sekaligus menjadi negara rantau Asia Tenggara yang tertingi. Rekod Malaysia ialah sebanyak 3,793 kes positif terkini, sebagaimana diumumkan  Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam Sidang Media oleh Ketua Pengarah, Datuk Noor Hisham Abdullah pada sebelah petang tadi.
Berikut pula merupakan data-data perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia yang menunjukkan pertambahan lagi sebanyak 131 kes positif baru. Namun ia menurun sedikit berbanding semalam berjumlah 197 kes positif baru. Perkembangan itu, menjadikan kumulatif kes positif pada hari ini ialah 3,793 berbanding semalam 3,662 (+131).












Data di atas juga menunjukkan jumlah pesakit yang pulih semakin bertambah baik pada hari ini (6 April) seramai 236 orang berbanding semalam hanya 90 orang. Ini membuktikan keupayaan para doktor dan kakitangan perubatan yang merawat kes COVID-19 ini. Jika angka pesakit yang pulih ini  dijadikan asas kemajuan perawatan, maka perkembangan dalam seminggu terakhir ini, rekod yang pulih pada hari ini (236 orang) adalah terbaik berbanding pada 1 April lepas mencatatkan 122 yang pulih. Di samping itu, kes kematian juga adalah terrendah dalam tempoh seminggu dengan hanya 1 kematian berbanding 5 kes pada 1 April lepas. Ini juga sebagai petanda pesakit COVID-19 adalah di dalam pengawasan rapi, termasuk yang dirawat di ICU berjumlah 102 orang pada hari ini.

Secara keseluruhannya, fokus kita adalah kepada jumlah pesakit COVID-19 yang pulih yang menampakkan petanda semakin baik. Jika dilihat kepada pola yang pulih, graf barnya mendongak agak baik pada jumlah 1,241 kes berbanding 1,005 kes semalam.

Ringkasan perkembangan Wabak COVID-13 di Malaysia pada hari ini adalah seperti mana infografik di bawah.
Signifiken daripada perkembangan yang dilaporkan, apa yang penting diambil perhatian ialah negara masih dalam edah kuat kuasa PKP bertujuan membendung dan memutuskan rantaian penularan Wabak COVID-19. Justeru budaya harian yang diarahkan hendaklah kekal patuh dengan berada di rumah. Ini kerana kesan wabak akan berpanjangan selagi mana tahap kepatuhan PKP tidak berlaku sepenuhnya dalam kalangan masyarakat. Berkemungkinan budaya beramai-ramai (mendedah diri kepada jangkitan virus) perlu dielakkan dalam tempoh lama atau sehingga enam bulan, walaupun selepas ini tempoh PKP telah ditarik balik. Asasnya virus yang menular secara global ini tidak dipastikan mati atau tidak membiak, melainkan pembawanya tidak terlibat di dalam mana-mana perhimpunan ramai. Apa yang dilaporkan setakat ini cara membendung wabak COVID-19 ini hanya mengelak daripada berhubungan dengan kluster pembawa. 

Bersama-samalah kita berikhtiar setakat yang mampu, selain itu kita hendaklah secara terus menerus memohon dengan penuh istiqamah kepada Allah agar membebas dan menyelamatkan negara kita daripada Wabak COVID-15. Ins sya Allah.

Wallahu'alam.

No comments: