04 April, 2020

COVID-19: Mati dan Pulih Bertambah

Perkembangan Wabak COVID-19 menampakkan data yang masih mendongak dalam empat hari pertama Tahap 2 PKP. Ia menggambarkan penularannya masih berlaku walaupun di pihak Kerajaan telah bersungguh-sungguh berusaha memutuskan rantaian wabak melalui kuatkuasa PKP. Pola mendongak seperti mana carta berikut:-


Data di bawah pula menunjukkan kumulatif kes (Positif, Negatif, Pending) ketika Tahap 1  PKP berakhir pada 31 Mac ialah berjumlah 40,483. Pada 1 April, hari pertama Tahap 2 PKP bertambah kepada 43,462, dan pada hari ini (4 April) bertambah lagi kepada 49,570 kes. 

Begitu pula, jumlah kematian dan discaj (pulih) bertambah lebih ramai berbanding semalam, iaitu masing-masingnya 4 kematian baru dan  yang pulih.

Carta-carta berikut adalah menunjukkan perkembangan yang mendongak bagi kes yang pulih daripada 827 kepada 915 kes  (bertambah 88 yang baru pulih). Ia menunjukkan jumlah yang pulih lebih baik berbanding sebelumnya seramai 60 orang. Walau bagaimanapun, jumlah kematian daripada 53 kepada 57 (bertambah empat kematian berbanding sebelumnya tiga kematian). 




Agak tidak mengembirakan pula ialah jumlah baru kes yang positif semakin bertambah, iaitu menyaksikan antara 2-3 April sebanyak 217 yang positif, menjadikan pada 3 April sebanyak 3,333 kes positif Wabak COVID-19. Sementara antara 3-4 April pula bertambah juga tetapi pada jumlah yang lebih kecil, iaitu 150 kes, menjadikan kes positif ialah 3,483 orang.  


Menjelaskan pola pekembangan sedemikian, 80 daripada 150 kes tersebut adalah berkait rapat puncanya dengan Perhimpunan di Sri Petaling. Ini menunjukkan Wabak COVID-19 adalah disumbang positif kerana kontak rapat dengan perhimpunan tersebut yang dilaporkan berjumlah 1,545 daripada 3,483 kes positif. 

Dalam hal ini, langkah PKP masih relevan diberi perhatian dan dipatuhi dengan semaksimumnya demi menjaga pergaulan dan mengelak diri daripada kontak dengan mana-mana individu yang tidak dipastikan sama ada kluster pembawa atau tidak.

Penularan Wabak COVID-19 yang tidak dipastikan bila akan berakhir adalah sesuatu yang memerlukan keseriusan dan kesedaran semua pihak. Berdasarkan perkembangan di serata dunia sudah mencecah 1,154,169 kes dengan 61,781 kes kematian. Jelas negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat (291,021 kes; 13,860 kes positif baru; 440 kematian) turut mengalami suasana penularan menggerunkan dengan kes kematian/positif yang belum pasti akan berakhir.


Semoga Allah SWT dapat menunjuki jalan penyelesaian. Maka bersama-samalah kita patuh kepada PKP dan kekal dengan disiplin duduk di rumah. 


WalLahu'alam.


No comments: