07 April, 2020

COVID-19: Dunia - Amerika Syarikat Tertinggi

Perkembangan Wabak COVID-19 di seluruh dunia, sebagaimana direkodkan oleh Worldometers (atas talian: https://www.worldometers.info/coronavirus/) daripada 211 negara seantero dunia, enam negara tertinggi masih didahului oleh Amerika Syarikat diikuti oleh Sepanyol, Italy, Germany, Peranchis dan China. Empat negara teratas ini adalah mencatatkan jumlah ratusan ribu kes positif COVID-19, sementara dua negara berikut adalah berjumlah puluhan ribu. Data-data berkaitan setiap enam negara ini ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Data di atas, secara perbandingannya antara tempoh semalam dengan hari ini, negara mengalami pertambahan penularan Wabak Covid-19 semacam tanpa kawalan ialah di Amerika Syarikat (+27,592). Sementara Sepanyol (+1,964), Italy (+1,941) dan Peranchis (+3,271) mengalami pertambahan jauh lebih kecil berbanding Amerika Syarikat. 

Walau bagaimanapun, Germany telah mengalami kes positif yang berkurang agak signifiken (-4,457). Ia menggambarkan Germany mampu menguruskan kes positif secara terkawal.

Menurut sumber theguardian.com: Kelebihan Germany ialah melakukan pengesanan profesional apabila menerima laporan kontak kes pertama, diikuti dengan langkah menyediakan klinik lebih awal untuk berhadapan dengan kemungkinan wabak. Ia diikuti dengan pemeriksaan kesihatan ke atas orang awam yang menghadapi gejala meskipun gejalanya ringan sejak awalnya. Ia bermaksud sejumlah kes yang disahkan positif secara lebih tepat bagi mengekang penyebaran virus berlaku. Meskipun, Germany berhadapan dengan penularan dalam gelombang besar peringkat awal, ia sesuatu yang telah dijangkakan, maka persiapan langkah mengekang dipersiapkan secara efektif.

Menurut Germany’s National Association of Statutory Health Insurance Physicians, negara ini mempunyai kapasiti sekitar 12,000 ujian Covid-19 setiap hari. Sementara itu, Presiden kepada Robert Koch Institute (RKI), Lothar Wieler, mendakwa kapasiti tertinggi boleh mencapai 160,000 ujian setiap minggu. 

Maka boleh dikatakan Germany mempunyai persiapan perubatan untuk mengekang Wabak COVID-19.
Laporan sehingga 7 April 2020
Dalam kategori negara-negara umat Islam pula, daripada 112 negara tertinggi kes COVID-19, Iran adalah teramai dengan kes positif berjumlah 62,589 dan sedang dirawat berjumlah 31,678. Ia mengatasi Turkey (30,217 kes positif dan sedang dirawat 28,242 kes). Malaysia menduduki tempat ke-4 selepas Pakistan.

Malaysia mencatatkan 3,963 kes positif dengan 1,321 telah pulih dan 2,579 oramg sedang dirawat. Sementara Pakistan, 
dengan 4,004 kes positif, dengan hanya 429 yang pulih dan 3,521 orang sedang dirawat. Maka dalam bandingan ini, ternyata keupayaan perubatan di Malaysia boleh dianggap lebih baik berbanding Pakistan. Malahan, daripada segi nisbah yang pulih berbanding dengan kes yang positif, Malaysia mempunyai peratus berjaya dirawat-pulih lebih tinggi (33.33%) mengatasi Pakistan (10.71%), Arab Saudi (20.02%), Mesir (19.59%) dan terendah Turkey (0.44%).

Berdasarkan rekod prestasi ini, dapat dikatakan dalam kalangan negara Islam yang mempunyai kes positif melebihi 1,000 ke atas. Malaysia antara yang terbaik dengan jumlah 2,579 (65.08%) sedang dirawat.


Apapun, Iran yang memiliki kepakaran teknologi tinggi, termasuk persenjataan nuklear, berhadapan dengan Wabak COVID-19 dengan penularan melampau mencecah 62,859 (tertinggi dalam kalangan negara Islam). Ia berlaku disebabkan rakyat Iran yang mengadakan perayaan tahun baru Iran dalam tempoh wabak sedang melanda China. Natijahnya, Iran berjaya mencapai peratus pulihnya sekitar 27,039 (43.20%) dan jumlah yang sedang dirawat 31,678 (50.39%). 


Semoga pengalaman daripada pelbagai negara di dunia, termasuk kalangan negara Islam, kita Malaysia lebih bersedia untuk menyekat penularan Wabak COVID-19. Meskipun cabarannya agak besar, terutama di dalam mempastikan masyarakat dapat mematuhi PKP dan mengamal cara hidup yang sihat serta melakukan penjarakkan sosial, kita yakin kesungguhan pihak Kerajaan hari ini akan dipatuhi sebaiknya oleh semua pihak.


Bersempena hari ini, 7 April adalah Hari Kesihatan Sedunia, ins sya Allah warga negara Malaysia terus cemerlang dalam mempastikan langkah PKP disambut baik dan berjaya memutuskan rangkaian Wabak COVID-19 dalam jangka masa yang lebih cepat.


Wassalam.

No comments: