08 April, 2020

COVID-19: Malaysia tiga negara Islam tertinggi

Kemaskini kes COVID-19 di seluruh dunia berjumlah 1,441,589 kes, dengan 308,549 telah sembuh dan 82,933 kematian.*
*Sumber: https://www.worldometers.info/coronavirus/? (Updated: April 08, 2020, 09:37 GMT)

The Guardian pula melaporkan semenjak pertama kali kes COVID-19 dicatatkan pada penghujung tahun lepas di China, kemudian telah merebak ke seluruh dunia, dan telah diisytiharkan pandemik atau wabak penyakit yang oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menjelang awal musim bunga tahun ini, Eropah telah menjadi kawasan yang paling teruk terjejas, dengan Itali dan Sepanyol mengalami penularan melampau.

Setakat ini, 80% pesakit kes COVID-19 bermula dengan sakit-sakit ringan yang menyebabkan demam dan radang paru-paru (pneumonia), dan kebanyakan kes ini memerlukan rawatan awal bagi pemulihan segera. Bagamanapun bagi orang tua dan mereka yang sudah mengidap penyakit asas seperti masalah diabetes atau jantung dan paru-paru adalah yang paling mudah mudarat apabila terkena virus COVID-19. 

Di Amerika Syarikat, kes yang disahkan pada hari ini (8 April) berjumlah 400,549 kes positif, 21,711 telah pulih serta 12,857 kematian. 

Di Britain pula Perdana Menteri, Boris Johnson dilapor 'stable' dalam pengawasan rapi dan tidak menggunakan ventilator. Laporan Downing Street menjelaskan ia hanya dipasang dengan alat bantu pernafasan (oxygen support) dan dalam keadaan bersemangat. Ia sudah dua malam dalam rawatan rapi. Sementara sainstis meramalkan Britain salah sebuah negara Eropah yang akan dilanda teruk COVID-19. Perkembangan terkini, Britain mengalami 55,242 kes positif dengan 3,634 kes baru dan 6,159 kes kematian. Sementara kes yang pulih agak kecil, 135 kes sahaja.

Di Sepanyol pula, berjumlah 146,690 kes positif, kes baru 4,748, kes pulih pula 48,021 dan 14,555 kematian.  Perkembangan yang menular ini memaksa Sepanyol melaksanakan penutupan sempadan di semua pintu negara di daratan, laut dan lapangan terbang untuk kemasukan, kecuali sempadan tanah dengan Andorra, dengan pengecualian terhad. Ia me,iputi sempadan datratan dengan Portugal, Perancis, dan Maghribi (Ceuta dan Melilla) dan sempadan laut di Kepulauan Canary dan Balearic, serta pelabuhan laut di tanah besar Sepanyol, dengan pengecualian terhad.

Perkembangan hari ini (8 April) di Negara-negara Islam pula, daripada 12 negara, Iran masih tertinggi jumlah kes COVID-19, iaitu 67,286 yang diikuti Turkey 34,109 dan Malaysia di tangga ke-3 dengan jumlah 4,119 dan Pakistan ke-4 dengan jumlah 4,072.



Pada hari semalam (7 April) Malaysia (3 963) tempat ke-4 selepas Pakistan (4,004) . Namun pada hari ini (8 April), Malaysia (4,119) mengatasinya berikutan berlaku tambahan kes positif 156 orang berbanding Pakistan (4,072) hanya bertambah 68 kes. Kedudukan Malaysia dan Pakistan ternyata jauh lebih rendah berbanding dengan Iran (67,286) dan Turkey (34,109), sebaliknya lebih hampir dengan Indonesia (2,956) dan Arab Saudi (2,795).

Apapun Malaysia mencatatkan rekod lebih baik berdasarkan jumlah yang sedang dirawat telah berkurang daripada 2,579 kepada 2,567 kes (-12) berbanding Pakistan yang bertambah daripada 3,521 kepada 3,547 kes (+26). Hal ini ada kaitan dengan keupayaan pasukan perubatan Malaysia yang berjaya memulihkan pesakit COVID-19 daripada 1,321 kepada 1,487 orang (bertambah 166 orang). Berbanding Pakistan yang hanya 429 kepada 467 orang (bertambah 38 orang). Walau bagaimanapun, jumlah yang positif di Malaysia bertambah 156 kes baru, sedangkan di Pakistan hanya 68 kes. 

Justeru, perkembangan hari ini mula menunjukkan pemulihan yang menyakinkan dan masyarakat Malaysia semakin tinggi komitmen untuk patuh kepada PKP cegah Wabak COVID-19. Ini ditambah lagi dengan inisiatif Kerajaan membuka lebih banyak pusat kuarantin bagi membendung kontak sosial - memutuskan rantaian kluster pembawa dengan orang ramai mahupun ahli keluarga mereka.

Terbaharu pula, Kerajaan turut mengumumkan tambahan pusat kuarantin melibatkan hotel-hotel. Setakat hari ini jumlah hotel keseluruhannya 112 dan daripada itu 67 sudah diwartakan. Ia ditambah lagi dengan kesediaan Kerajaan sedia menanggung pada kadar RM150 sehari termasuk makan dan minun bagi setiap mereka yang dikuarantinkan di hotel tersebut.

Apa yang pasti, Kerajaan sanggup berbelanja besar (termasuk Pakej Rangsangan Tambahan yang diumumkan Perdana Menteri) atas semata-mata bagi mengembalikan nilai-nilai kesejahteraan hidup pelbagai lapisan rakyat. Semoga kerjasama semua pihak bersama membendung Wabak COVID-19 ini mencapai kejayaan, ins sya Allah. 


























Walahu'alam. 

No comments: