12 April, 2020

COVID-19: Malaysia -The Best Health System

Dalam perkembangan harian Wabak COVID-19 di Malaysia sudah di penghujung PKP Tahap 2 ini, muncul laporan yang mengatakan Malaysia bertaraf sistem kesihatan terbaik dunia.

Menurut thecostaricanews.com, Malaysia adalah di antara enam negara di dunia yang diiktiraf dari segi The Best Health System di dunia tahun 2019. Selain Malaysia ialah Peranchis, Thailand, Ecuador, Costa Rica dan Mexico. Penjagaan Perubatan dilihat sebagai faktor paling utama dijadikan pertimbangan sebelum meneliti perkara lain yang lebih besar. 

Malaysia yang menduduki ranking tertinggi dengan skor 95 per 100 dilihat mempunyai sistem kesihatan yang terbaik. Sistem kesihatan itu juga dinilai adalah berkaitan perkhidmatan terbaik kepada golongan bersara dan orang awam yang berurusan dengan hospital atau doktor yang merawat.

Sebagaimana diterangkan oleh Jennifer Stevens, editor eksekutif International Living, yang menganjurkan pengiktirafan The Best Health System 2019 bahawa penjagaan perubatan di dalam negara adalah salah satu faktor yang paling penting diambilkira sebelum beralih ke luar negara. Tujuannya mungkin untuk mengakses penjagaan peringkat pertama dengan dengan kos yang lebih murah.
Selain itu, bil perubatan yang mampu dibayar, khidmat rawatan doktor datang ke rumah dan penjagaan perubatan terhadap pesara dengan harga yang munasabah. Ini realiti bagi kehidupan bagi mereka yang tinggal di negara yang mempunyai skor tertinggi dalam kategori Penjagaan Kesihatan Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.
Tinjauan oleh International Living mendapati 25 negara yang dikelaskan dan memenuhi syarat dalam Indeks Tahunan, kos, akses, dan kualiti penjagaan, insurans dan kos ubat-ubatan di komuniti yang disyorkan. Hakikat negara tersebut mengamalkan  penjagaan perubatan berkualiti dengan harga yang ditawarkan adalah adil dan seimbang.

Berpandukan amalan penjagaan kesihatan sedemikian, maka enam negara (seperti mana disebut diawalnya) yang memperoleh penilaian terbaik dalam kategori Penjagaan Kesihatan Terbaik di Dunia dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.
Realiti sistem kesihatan Malaysia, terdapat 13 hospital yang diiktiraf oleh Joint Commission International (JCI). Untuk rekod, JCI sebagai badan akreditasi penjagaan kesihatan telah mengeluarkan taraf akreditasi The Gold Seal of Approval® bermula dari pusat perubatan akademik dan hospital ke pusat penjagaan utama sebagai pengiktirafan dan sokongan usaha ke arah kecemerlangan.
Realitinya, hospital-hospital di Malaysia mempunyai doktor berkeupayaan dan berpengalaman kerana selain mereka adalah lulusan dalam negeri, tidak kurang juga sebahagiannya menerima latihan kepakaran dari luar negara termasuk dari United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia.
Demikian juga, hospital negara kita mengamalkan sistem kesihatan yang progresif dan kontemporari. Selain mempunyai teknologi perubatan canggih dan terkini, ia turut disokong dengan parasarana yang mampu melayani pesakit dalam semua keadaan. Meskipun ada pesakit merungut kerana jadual temu janji yang lama dan tempoh menunggu giliran agak memakan masa, namun tidak kurang pula, ada pesakit yang menukilkan pengalaman berurusan dengan layanan temu janji dan rawatan pesakit berlaku secara cekap dan pantas serta memuaskan. Di samping ada yang memuji kerana tidak memerlukan temu janji untuk berjumpa pakar, dan tanpa memerlukan rujukan dari doktor umum.
Demikian juga dari segi kos rawatan perubatan di Malaysia, sebahagiannya dibiayai pihak Kerajaan, melainkan pilihan pesakit untuk berubat di hospital berbayar atau swasta. Harga yang tidak mahal juga disokong oleh ahli farmasi, termasuklah kakitangan perubatan terlatih dan berpengalaman serta berhemah. Kebanyakan mereka adalah terkenal dengan peramahnya dan dilihat mempamerkan minat mendalam dalam memberi khidmat.
Demikian sedikit sebanyak latar belakang prestasi hospital-hospital sebagai pusat penjagaan kesihatan yang merupakan benteng utama di dalam mengekang Wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia hari ini.












Perkembangan hari ini berbanding semalam (11-12 April 2020), Wabak COVID-19 di Malaysia seperti yang dilaporkan oelh KKM dan perbandingan dengan 11 negara Islam seperti dilaporkan oleh https://www.worldometers.info/coronavirus/? menunjukkan data-data yang pertambahan semua kes dalam keadaan konstan. Paling penting dilihat ialah pertambahan jumlah pesakit yang pulih pada hari ini (12 April) berbanding semalam (11 April) ialah 113 orang.  Pertambahan ini adalah mewakili 45.01% jumlah pulih (2,108) daripada keseluruhan kes (4,683). Hari semalamnya jumlah yang pulih seramai 1,995. Namun jumlah kes positif hari ini sebanyak 37 kes berbanding semalam 16 kes. Walau bagaimanapun kes kumulatif (4,683) bertambah 153 kes berbanding semalam (4,530) adalah lebih besar, iaitu 184 kes. 

Apapun perkembangan di Malaysia ini, masih dilihat agak baik berbanding beberapa negara Islam lain seperti Turkey yang menunjukkan pertambahan 4,501 kes positif, Arab Saudi 280 kes dan Indonesia 723 kes.  Dalam hal ini, usaha yang lebih gigih dan serius di dalam mengekang atau memutuskan rantaian Wabak COVID-19 masih menjadi keutamaan di Malaysia, malah di negara=negara lain peringkat global.

Semoga Allah merahmati kalian warga pusat penjagaan kesihatan seluruh Negara – wira yang menyelamatkan Negara di saf hadapan (frontliners).

Wassalam.

No comments: