18 April, 2020

COVID-19: Malaysia/Asia Tenggara/Global Menurun?

Perkembangan di peringkat GLOBAL masih menyaksikan pertambahan di dalam kebanyakan kes Wabak COVID-19. Peringkat dunia/global menunjukkan keseluruhan kes bertambah 78,500 lagi (17-18 April). Begitu juga jumlah yang dirawat dan pulih bertambah 24,544 orang dan jumlah sedang dirawat (active cases) turut bertambah 45,441 kes.
 Amerika Syarikat (US) masih menjadi negara tertinggi kes Wabak COVID-19 dengan jumlah 710,271 kes berbanding semalam (17 April) sebanyak 678,210 (+32,062). Namun perkembangan berbeza di Peranchis yang menyaksikan berkurangnya keseluruhan kes daripada semalam (165,027 kes)  kepada hari ini (147,989 kes), berkurang sebanyak 17,058 kes. Agak berlainan pula di China apabila berlaku pola pertambahan bagi kes yang sedang dirawat (+942) dan keseluruhan kes turut bertambah 27 kes serta jumlah pulih pula merosot -915 kes.

Dalam perkembangan di China menampakkan semacam berlaku kemungkinan pesakit yang sudah dikatakan pulih kemudian kembali semula aktif virus. Hal ini mungkin terjadi apabila berlaku pendedahan semula bekas pesakit dengan kluster pembawa baru apabila mereka kembali ke dalam masyarakat. Ia boleh berlaku sekiranya ketidakpatuhan kepada amalan memutuskan rantaian COVID-19, seperti mengamalkan tanpa penjarakan sosial (social distancing), tanpa pembersihan diri dan tanpa pemakaian topeng muka.

Sementara satu perkembangan menarik (tetapi tidak mengembirakan) bagi beberapa negara ASIA  TENGGARA, khususnya Singapura, Indonesia dan Filipina. Tiga negara ini menyaksikan pertambahan keseluruahn kes. Singapura misalnya, pada 17 April jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,050 iaitu lebih rendah daripada Malaysia (5,251), tetapi pada hari ini menyaksikan pertambahan kepada 5,992 (+942 kes). Ia sekaligus mengatasi Malaysia (5,305 kes) pada hari ini (+54). Hal ini merekodkan perkembangan dalam dua hari ini (17--18 April) adalah Singapura sebagai Negara di Asia Tenggara yang mendapat pertambahan 319 kes baharu dan menyebabkan pertambahan kes yang sedang dirawat (+915 orang).

Kita di Malaysia hendaklah bersyukur dan terus berdoa agar pola mengecil jumlah penularan Wabak COVID-19 di dalam semua kes. Bagi keseluruhan kes bertambah 54 kes, kes baharu hanya bertambah 15 kes, kematian bertambah 2 kes. Sementara yang lebih baik bagi Malaysia ialah jumlah pesakit yang pulih bertambah lagi sebanyak 135 dan sekaligus jumlah yang sedang dirawat pun berkurang -83 kes. Menariknya kadar pesakit yang dirawat pulih ialah seramai 3,102 atau 58.47% darpada keseluruhan kes (5,304). Realiti ini menunjukkan inisiatif perubatan dan keupayaan merawat yang terbaik berlaku di Negara kita. Ia turut disokong oleh kesungguhan dan kerjasama yang amat baik kesemua pihak khususnya KKM dan MKN serta pelbagai kementerian yang terlibat.

Sama-samalah kita mengambil perhatian serius dan sedaya upaya hendaklah sentiasa mematuhi panduan kesihatan dan arahan PKP yang kini memasuki tahap 3 (hari ke-32). Semoga Allah SWT merestui amalan baik kita yang mematuhi PKPt3 cegah WABAK COVID-19 ini. Ins sya Allah.


WalLahu'alam

No comments: