16 April, 2020

COVID-19: Antara Ketegasan dan Kepatuhan

Hari ke-2 PKP Tahap 3, Malaysia menyaksikan perkembangan Wabak COVID-19 dengan pola yang serupa dengan hari semalam, iaitu pertambahan jumlah keseluruhan kes daripada 5,072 kepada 5,182 orang (+110 kes). Ia suatu pertambahan yang lebih besar berbanding semalam (+85 kes).

Namun sesuatu yang diharap oleh banyak pihak ialah pertambahan jumlah pesakit yang pulih/discaj/sembuh sebanyak 2,766 orang, berbanding semalam 2,647 (+119). Jumlah yang discaj/sembuh ini merupakan 53.38% daripada jumlah keseluruhan kes. Kadar ini meletakkan Malaysia di antara yang negara yang mencapai prestasi kesembuhan tertinggi berbanding purata kesembuhan global 24.97% (526,770 daripada 2,109,709 keseluruhan kes). 

Malah kadar kesembuhan bagi Negara kita adalah lebih baik dibandingkan dengan negara-negara maju yang mengalami penularan teruk Wabak COVID-19 seperti Sepanyol (40.91%) dan Italy (23.06%) serta Peranchis (20.93%). Namun di Germany, kadar kesembuhan agak tinggi iaitu 56.80%. 


Meskipun begitu, berlaku pertambahan kes baharu seramai 110 kes (+25) berbanding semalam adalah yang terendah dalam tempoh seminggu iaitu 85 kes. Sudah tentu, pertambahan yang tidak mengembirakan apabila adanya satu kes kematian daripada kalangan pesakit yahg dirawat, Maka kumulatif kes kematian di Malaysia hari ini mencecah 84 kes.











Berdasarkan kumulatif keseluruhan kes berjumlah 5,182 tersebut, sesuatu ynag perlu diketahui ialah penyumbang terbesarnya daripada kluster Perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, iaitu 1,939 (37.42%). 

Berdasar data dikeluarkan KKM ini, penularannya sudah sampai kepada generasi kelima dengan keseluruhan jumlah yang diperiksa 27,330 orang. Kluster lain yang turut menyumbang adalah daripada majlis kenduri di Bangi, Persidangan Gereja di Sarawak dan kluster individu yang pulang dari Italy tinggal di Kuching. Turut menyumbang ialah kluster Sendayan, Seremban,  Negeri Sembilan dan Madrasah Sungai Lui Hulu Langat Selangor dan lain-lainnya.

 
Justeru semestinya menjadi keazaman kita semua, ingin melihat perkembangan Wabak COVID -19 ini dapat dihentikan seberapa segera. Namun, daripada laporan pihak MKN ekoran daripada arahan PKP Tahap 3, masih besar jumlah mereka yang tidak patuh. 

Foto Ehsan BERNAMA:
https://www.bernama.com/bm/am/news_perintah.php?id=1831972  
Dilaporkan lebih daripada setengah juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara pada hari semalam adalah sesuatu yang menuntut ketegasan PDRM sebagai agensi kuat kuasa PKP bagi mengurangkan pergerakan orang ramai bagi mengelak penularan berterusan Wabak COVID-19. Sementara di pihak masyarakat atau orang ramai memerlukan kepatuhan secara maksimum demi membuktikan sokongan terhadap inisiatif pihak Kerajaan bagi mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19. 

COVID-19: Global

Dalam ranking dunia, sehingga kini Amerika Syarikat (US) masih mendahului negara-negara lain. Namun pendekatan US semacam berbalah dengan WHO dengan tidak menyalurkan pembiayaan yang sebelum ini dilaksanakan. Ia sesuatu yang malang kepada WHO untuk berperanan dengan lebih berkesan bagi memerangi Wabak COVID-19.












Berdasarkan perkembangan data Wabak COVID-19 di tujuh buah negara ini, didapati kesemua Total Cases berjumlah 1,463,117 kes. Jumlah ini merupakan 69.35% daripada rekod global (2,109,709 orang). Natijahnya, Wabak COVID-19 yang penularannya tidak terbatas, yakni berlaku penularan yang merentasi sempadan negara, lautan, daratan, pergunungan, warna kulit, maju atau mundur. 

Semacam dunia sedang menangis kini, apabila aktiviti hidup normal telah bertukar kepada suatu gaya hidup yang terpaksa untuk mengawal pergerakan, memakai topeng muka dan sarung tangan serta sentiasa membersih tangan dengan sanitizer. Paling terkejut apabila semua pihak tanpa mengira siapa kita akan terkesan, setidak-tidaknya terkesan dari segi psikososial - psikologi hidup tertekan kerana mengawal diri daripada bebas bersosial (bergaul, bergerak dan berpergian kesana-kemari). Kita diarah mengutamakan kepentingan awam demi Negara. Kita secara tidak langsung menjadi insan yang berkorban demi kebaikan dan kebajikan umum. Penting disebut, kita hendaklah sentiasa membukti kepatuhan dengan  duduk di rumah, menjarakkan diri di khalayak, tiada bekerja di lapangan, sebaliknya kita diminta bekerja dari rumah serta berkomunikasi menerusi maya/media sosial. 

Bagi umat Islam seharusnya lebih baik kita bermuhasabah dalam mengisi ruang tempoh PKP Tahap 3 yang bakal berakhir 28 April nanti. Sebaiknya dapat diperbanyakkan amal ibadat seperti solat berjemaah sekeluarga, membaca Al-Quran secara jamai'i, berzikir dan bermunajat, qiam dan sentiasa memohon keampunan Allah SWT. Ins sya Allah kita mampu mendapat belas kasih-Nya dan membebaskan Negara kita daripada Wabak COVID-19 menjelang Ramadhan nanti.


Ssungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas perkara yang zahir dan batin. Wallahu'alam.  

 
  

No comments: