17 April, 2020

COVID-19: Asia/Malaysia Pola Menurun Kes Baharu

Perkembangan dalam masa dua hari menunjukkan Wabak COVID-19 di Asia termasuk Malaysia menunjukkan pola menurun kes-kes baharu. Berdasarkan laporan hari semalam (16 April) Asia dengan jumlah keseluruhan kes ialah 345,970 dan hari ini (17 April) 350,799 (+4,829 kes). Namun begitu, bagi kes-kes baharu berlaku penurunan daripada 12,773 kepada 4,829 (-7,944).


Pola yang sama juga berlaku di Malaysia, laporan hari semalam (16 April) keseluruhan kes ialah 5,182 dan hari ini (17 April) 5,251 (+69 kes). 

Namun begitu, bagi kes-kes baharu berlaku penurunan daripada 110 kepada 69 (-41). Pola menurun bagi baharu turut berlaku di Singapura (-105) dan Indonesia (-162), Thailand (-1) dan Myanmar (-11).

Justeru dalam konteks Asia Tenggara secara khususnya, 10 negara di rantau ini menunjukkan perkembangan keseluruhan kes agak besar di Singapura (+623), diikuti Filpina (+362) dan Indonesia (+263). Dalam hal ini, Malaysia menunjukkan pertambahan yang kecil bagi keseluruhan kes, iaitu 69 kes sahaja. Sementara perbandingan rekod pesakit yang berjaya dirawat dan discaj pula, sekali lagi Malaysia membuktikan keupayaan pasukan perubatan yang baik dan berjaya merawat pesakit. Rekodnya hari berbanding semalam, jumlah yang pulih bertambah 201 orang. Ini meletakkan Malaysia lebih tinggi jumlah bertambahnya pesakit yang pulih (Filipina +172 dan Thailand +96 orang.   

Oleh sebab itu, bagi rantau Asia Tenggara, dalam tempoh dua hari ini (16-17 April), lima daripada 10 negara yang merekodkan jumlah keseluruhan kes Wabak COVID-19 yang tertinggi Indonesia 5,923, diikuti Filipina 5,878, Malaysia 5,251, Singapura 5.050 dan Thailand 2,700. Lima negara lagi dengan jumlah di bawah 500 kes, iaitu Vietnam 268, Brunei 136, Kemboja 122, Myanmar 85 dan Laos 19 kes. Berkemungkinan lima negara Asia Tenggara yang mempunyai kes terendah disebabkan kemasukan kluster pembawa Wabak COVID-19 dapat dikawal lebih awal. Malahan boleh dikatakan punca atau pembawa wabak asal tidak tertumpu di negara-negara ini.

Memasuki hari ke-3 tempoh PKP Tahap 3 (PKPt3) ini, kita berkeyakinan Malaysia mampu untuk menyelesaikan penularan Wabak COVID-19 menjelang 28 April. Hal ini boleh dicapai dengan adanya usaha MKN ke arah mempertingatkan komitmen pematuhan dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi menerusi pendekatan undang-undang seperti saman dan mendakwa di mahkamah kepada mereka yang ingkar merupakan ketegasan yang perlu disokong oleh kepatuhan. Ini amat penting bagi memastikan usaha memetuskan rantaian COVID-19 dapat dicapai.

Ins sya Allah, kita semua terus berdoa dan memohon kepada Allah agar Wabak COVID-19 diangkat oleh-Nya keluar dari Negara ini.



WalLahu'alam.


No comments: