17 April, 2020

COVID-19: Noor Hisham Wira Bertaraf Dunia


Pengiktirafan khas: Noor Hisham 
Wira Bertaraf Dunia

Stesen televisyen, China Global TV Network menganugerahkan pengiktirafan khas kepada Dr Noor Hisham sebagai individu berpengaruh di Malaysia apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dengan penuh pengalaman. Turut diberi pengiktirafan di atas pengaruh yang serupa ialah pakar kesihatan Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan  dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Mengulas di sebalik anugerah itu, China Global TV Network, mereka bukan menteri kabinet tetapi berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi COVID-19.

Sambutan kepada penghargaan itu ialah Menteri Kesihtan Malaysia, Dr Adham Baba: "Satu penghargaan dan penghormatan yang tinggi kepada bidang perubatan negara apabila Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) diiktiraf oleh China Global Television Network sebagai antara 3 orang doktor terbaik dunia dalam menangani situasi COVID-19. Saya sebagai Menteri Kesihatan Malaysia dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbangga dengan pencapaian KPK. Tahniah dari kami semua" (Facebook ADHAM BABA).
Selain itu, keupayaan menjadi sumber maklumat paling telus serta meredakan keadaan panik orang ramai terhadap penularan COVID-19 di negara masing-masing menyebabkan ketiga-tiga tokoh perubatan itu menerima pujian menggunung sejak beberapa minggu ini (Sinar Harian, 15 April 2020).
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan (Astro Awani, 15 April 2020).
Dr. Noor Hisham sendiri ketika ditanya perasaannya di sebalik pengiktirafan tersebut, mengangapnya sebagai pengiktirafan kepada Malaysia. Ia merupakan tanda kerjasama semua kementerian menjayakan MCO dan ia bukan untuk saya tetapi untuk Negara (Sidang Media Dr. Noor Hisham, 15 April 2020 )
Negara berbangga, memiliki kepakaran seperti Dr Noor Hisham yang sepanjang masa dilihat konsisten melaksanakan tanggengjawab bagi mengekang Wabak COVID-19. Kita boleh sifatkan beliau sebagai Wira Malaysia bertaraf dunia. 





















Kenali Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah: 
Wira Kesihatan Malaysia


Dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 21 April 1963, Dr Noor Hisham Abdullah mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.
Dr Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney Australia.

Beliau merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

Selain itu, Dr. Noor Hisham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau menyumbangkan banyak buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab buku teks tentang pembedahan endokrin
Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan telah memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk lima tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021.

Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.

Pada 2020, beliau dan Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Adham Baba bertanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 yang menular di Malaysia.

Pencapaian dan anugerah
  1.   Anugerah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) - 5 Jun 2004
  2.  Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - 2 Jun 2007
  3.  Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) - 17 Mei 2010
  4.  Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) - 17 Mei 2013
  5.  Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.) - 26 Ogos 2013
  6.  Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - 5 April 2014


Anugerah lain:
  1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 - Hospital Kuala Lumpur(HKL)
  2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 -Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)


Kelulusan dan pencapaian
  1.  Medical Doctor M.D (UKM) - 1988      
  2. Master of Surgery M.S (UKM) - 1994
  3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery - 1997
  4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) - 1998
  5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004     
  6. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008.


Lantikan khas
  1. Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong – 2008
  2. Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo – 2010
  3. British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010;
  4. 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan - 2011
  5. Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
  6. 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
  7. Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur - 2012
  8. General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012
  9. Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
  10.  Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013.


Wassalam.



No comments: