Malaysia pula mengalami perkembangan yang berubah-ubah jumlah kes penularan Wabak COVID-19. Namun pola menurun dari segi kes yang dirawat berlaku dan diikuti dengan bertambahnya jumlah yang pulih. Dalam tempoh lima hari pertama (15-19 April) tempoh PKPt3, keseluruhan kes ialah 5,389, kemudian 2,103 kes sedang dirawat dan 3,197 pesakit yang berjaya dirawatpulih serta 89 kematian.
Perkembangan dari 15 April sehingga hari ini (19 April), pertambahan kes baharu masih berlaku (kumulatif +402 kes), namun jumlah pesakit yang pulih juga semakin bertambah dari 2,647 kepada 3,197 orang atau bertambah 550 peaskit yang pulih dalam masa lima hari. Perbezaan bagi pertambahan kes baharu berbanding pesakit yang pulih adalah 148 kes. Suatu angka yang boleh dianggap pola menurun penularan Wabak COVID-19 di Malaysia.
.
Kronologi ringkas Wabak COVID-19 di Malaysia
Sejarah penularan Wabak COVID-19 di Malaysia bolehlah dirujuk pada 23 Januari apabila tiga kes dikesan dan dibuat pemeriksaan, tetapi keputusan negatif. Kesedaran pengesanan kes ini ekoran berlaku penularan ketara virus tersebut di Wuhan, China.
Pada 24 Januari, lapan kes telah disahkan ada kontak dari Singapura sebagai kes pertama yang dikesan
di Johor Bahru dan dikuarantin.
Pada 25 Januari
pihak KKM mengesahkan kes pertama tersebut adalah melibat tiga warga negara
China dari Singapura yang memasuki Malaysia (melalui Johor). Ekoran daripada
itu, KKM menasihatkan supaya tidak mengadakan perjalanan ke China jika tidak ada
keperluaan.
Pada 31 Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.
Pada 12 Februari, WHO mengumumkan COVID-19 (ganti kepada sebutan coronavirus 2019), yang
bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.
Pada hari ini juga Malaysia mendapati ujian
terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam dan mendapati sah positif COVID-19 kes ke-18.
Berikutnya pada 11 Mac, sebanyak 20 kes baharu positif
COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat
kepada 149.
Pada 12 Mac pula, negara mencatatkan jumlah
kumulatif Wabak COVID-19 kes 158 pada tarikh ini WHO mengisytiharkan COVID-19
sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain
China. Pada tarikh ini juga KKM mulai mengesan kes
ke-131 mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid
Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.
Pada 16 Mac, ketika Negara
mencatatkan positif COVID-19 meningkat kepada 553 kes Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) (Tahap 1) selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
Kemudian pada 25 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum
pelanjutan tempoh PKP (Tahap 2) dari 1
April hingga 14 April, ekoran daripada pola pertambahan kes WABAK COVID-19 sedang mendongak.
Berikutnya, pada 10 April 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengumumkan perlanjutan tempoh PKP (Tahap 3) dua minggu lagi, iaitu dari
15 April hingga 28 April.Berdasarkan perkembangan hingga ke hari ini, pastinya kita masih mengharapkan pola menurun kes-kes baharu akan berlaku dan pesakit yang pulih akan semakin bertambah. Inilah harapan dan doa kita.
Keyakinan kita, sebenarnya Wabak COVID-19 yang menular seluruh dunia hari ini adalah ketentuan Allah. Maka kita sebagai hamba-Nya hendaklah terus memohon bantuan Allah agar Wabak COVID-19 ini tidak berpanjangan yang mengerunkan kehidupan ini. Hanya kepada Allah kita memohon dan berserah, kerana Allah Maha Kuasa atas setiap ketentuannya.
WalLahu'alam.
No comments:
Post a Comment