Mulai kelmarin polis dari pelbagai unit telah hadir bertugas di kawasan pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang. penempatan di khemah-khemah utama yang dibina adalah satu alaman seperti mana berlaku di Kuala Terengganu pada Januari lalu.
Tinjauan semalam didapati sebahagian jalan utama di Changkat Jering diparkirkan kenderaan polis sehingga menutup satu lorong jalan utama. Gambar berikut menerangkan keadaan tersebut.
Sementara tinjauan di sekitar bandar Taiping pula, di mana proses penamaan calon akan berlaku, didapati anggota polis telah ditempatkan bertugas di beberapa lokasi penting. Mungkin ia sebagai latihan menghadapi pagi esok yang dijangka akan sesak dengan penyokong parti-parti yang akan bertanding. Gambar berikut menerangkan keadaan tersebut.
Semuga hari esok akan ditakdirkan Tuhan Yang Esa berlaku cuaca yang baik bagi membolehkan parti-parti bertanding berarak dengan selesa. Dijangkakan pihak BN akan mengumpulkan pasukan perarakan seramai 10,000 orang dan PAS pula akan berarak dengan jumlah yang sama. Dan setakat ini belum pasti berapa calon yang akan bertanding. Sementara pihak tidak berparti dijangka akan turut berarak untuk mengiringi calon mereka. Salah seorang ustaz PAKIDA dijangka akan menyertai kumpulan tidak berparti esoknya. Oleh itu, menurut sumber polis, polis turut menyediakan ruang untuk kumpulan tidak berparti berkumpul di pusat penamaan calon.
1 comment:
kedatangan mereka seperti mengugut pengundi. ntah apa lagi yang akan mereka buat lepas ni. pilihanraya dah jadi macam medan perang.
Post a Comment