25 March, 2009

Polis mula menggempur Bukit Selambau

Provokasi polis dalam kempen pilihan raya jelas berlaku sebelum ini seperti di Lunas, Ijok dan Kuala Terengganu. Kini berulang sudah di Bukit Selambau apabila serangan peluru gas dan pancutan air digunakan untuk menghuru-harakan majlis ceramah ketua pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar di Bukit Selambau pada 23 Mac lalu. Polis didapati telah membuka khemah-pondok lebih awal di Bukit Selambau (gambar pondok polis terletak di Lagenda Hieght) berbanding di Bukit Gantang. Mungkin pihak polis terlalu sensitif dengan parti KeADILan dan Anwar. Sebagaimana berlaku juga, larangan polis terhadap ceramah Anwar di Bukit Gantang yang dijangka diadakan di pekan Simpang di Dataran Tok Guru telah terpaksa berpindah ke ceruk kampung Bukit Gantang gara-gara halangan FRU dan pihak polis.

Sesungguhnya, Tuhan Yang Esa maha berkuasa, tiada kuasa yang lebih hebat daripadaNya. manusia hanya berkuasa dengan kudrat yang terhad. Apapun, manusia mesti bertindak adil dengan kuasa yang dipinjamkan hanya sementara itu.

No comments: