27 June, 2020

COVID-19: Sifar kes pada Julai, Kedah dapat satu kes import

Malaysia hari ini (26 Jun) telah menambah lagi enam (6) kes baharu dengan 23 kes yang berjaya dirawatpulih dan discaj dari wad hospital. Apa yang mengejutkan, negeri Kedah semenjak sekian hari pelaksanaan tempoh PKPP, hari ini telah menerima 1 kes baharu dari kluster import seperti juga Kelantan.  Bezanya dari segi tarikh dan asal negara yang import.
 
Di Kelantan berlaku pada hari semalam (25 Jun) iaitu pelajar yang balik dari Mesir, sementara di Kedah berlaku pada hari ini iaitu individu lelaki berumur 12 tahun warganegara yang balik dari Thailand telah dikesan positif RTK-Ag di PMA Bukit Kayu Hitam, tidak bergejala dan kini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
 
Dari segi pembahagian kes import adalah melibatkan 4 warganegara dan satu (1) bukan warganegara Bukan Warganegara. Satu (1) kes adalah akibat penularan tempatan daripada kalangan Warganegara. Maka keseluruhan kes positif berjumlah 8,606 kes.

Informasi lain yang dilaporkan oleh KKM ialah jumlah pesakit yang dirawatpulih seramai 23 orang dan mereka telah discaj menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 96.37% atau kumulatifnya 8,294 kes.

Sementara laporan mengikut negerinya dalam masa dua hari lepas, seperti mana jadual di bawah.
 Alhamdulillah, hari ini tiada kematian direkodkan menjadi kes kematian kekal sebanyak 121 kes. Dua (2) daripadanya adalah kes yang dirawat di ICU. 
Secara mamnya, meninjau kepada pola kes yang berjaya dirawatpulih adalah konsisten pada angka 30 hingga 40 kes, maka pada awal Julai nanti negara kita akan menyaksikan kosong/sifar kes positif Wabak COVID-19.
Bersama-samalah kita fikirkan dan masanya sudah tiba untuk kita lebih-berhati-hati agar norma baharu terus diamalkan, khususnya penjarakan sosial dan amalan kendiri bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19.  Ins sya Allah.

Wassalam.

No comments: