22 June, 2020

COVID-19: Asia menular, Malaysia melandai

Perkembangan Wabak COVID-19 di rantau Asia dan enam negara tertinggi melepasi jumlah 100 ribu kumulatif kes positif adalah status menular. Rekod tiga hari terakhir (19-21 Jun) menunjukkan keseluruahn kes bagi Asia daripada 1.816 juta kepada 1.9 juta dengan kes baharu melebihi 110 ribu dalam tiga hari ini. Penyumbang terbesar bagi kes Wabak COVID di Asia adalah enam negara - India, Iran, Turkey, Pakistan, Arab Saudi dan Bangladesh - kesemua negara ini mengalami pertambahan kes baharu melebihi seribu kes sehari, iaitu yang tertinggi India dengan kes baharu sebanyak 15,181 kes (21 Jun).  
Justeru perkembangan di India begitu menular di sebabkan jumlah penduduknya yang melebihi 1,379,604,102 orang dan penduduk yang terjangkit COVID-19 berjumlah melebih 426 ribu. Rekod ini adalah jauh lebih besar mengatasi negara-negara lain. 
 

Malaysia melandai
Perkembangan Wabak COVID-19 selama 13 hari tempoh PKPP, Malaysia berlaku dalam situasi mendongak pada awalnya. Sehinggalah mulai 16 Jun, kes baharu COVID-19 mulai melandai. Walaupun begitu di antara 16-22 Jun, berlaku situasi naik-turun sehinggalah 21-22 Jun ia kembali melandai.


Suatu perkembangan menarik dalam tempoh 13 hari PKPP ini ialah terdapat pertambahan kes baharu hanya satu digit, iaitu pada 10, 14 dan 18 Jun. Kemudian perkembangan harian lainya berlaku dalam dua digit. Kesan daripadanya, jumlah kumulatif kes yang berjaya dirawatpulih bertambah kepada 8,177 dan jumlah pesakit positif/sedang dirawat menurun kepada 289 orang. AlhamduliLah realtinya penularan Wabak COVID-19 di Negara kita sedang menuju titik penamat dalam situasi melandai.  

Perkembangan pada 22 Jun
Laporan KKM pada hari ini (22 Jun 2020) , terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,587 kes
Sementara itu, berlaku 21 kes pesakit yang berjaya dirawatpulih menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 289 kes
Rekod 15 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes daripada nya adalah kes import melibatkan Warganegara Malaysia yang belaik daripada luar negara. Bagi 13 kes lagi adalah penularan di dalam negara dalam kalangan Bukan Warganegara.
Perincian kes jangkitan dalam negara (13 kes) di kalangan Bukan Warganegara adalah seperti berikut:
  • Selangor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Selayang;
  • Negeri Sembilan: 12 kes daripada Kluster Pedas. 
Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Demikian pula, kita bersyukur kerana tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah kekal sebanyak 121 kes. Teruskan komitmen kita dalam mematuhi SOP sepanjang PKPP ini dan bersama-samalah kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pasukan perubatan dan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada lagi penularan Wabak COVID-19 ini. 
Wassalam.

No comments: