26 June, 2020

COVID-19: Global 9.58j Malaysia 8.6k Kelantan 3 digit

Rekod Worldometer hari ini 25 Jun) menunjukkan Wabak COVID-19 peringkat Global  mencecah 9,578,704 kes. Daripada jumlah ini, 5,215,392 kes (54.44%) telah sembuh dan seramai 486,123 0rang (5.08%) telah meninggal dunia.  
Perkembangan terkini, data Wabak COVID-19 di Malaysia mencecah 8,600 kes selepas hari ke-15 tempoh PKPP. 
Daripada 8,600 kes yang disahkan positif ini, 4,381 jumlah pesakit yang diperiksa/kesan jangkitan akibat kontak rapat dengan pesakit sebelumnya; 3,375 kes dari kluster Perhimpunan Tabligh Sri Petaling, 234 kesan penularan dalam kalangan orang awam dan 610 kes adalah dalam kalangan mereka yang pulang dari luar negara (kes import). Justeru penular terbesar Wabak COVID-19 di Malaysia ialah hasil pemeriksaan atau saringan yang dibuat oleh pihak individu atau majikan atau pihak berkuasa atau KKM, iaitu 4,381 kes (50.94%) daripada keseluruhan kes (8,600 kes). Ia diikuti kluster Sri Petaling, iaitu 3,375 kes (39.24%), sumber import 610 kes (7.10%) dan 234 kes (2.72%) adalah penularan awam/tempatan.
Perkembangan selama 16 hari Wabak COVID-19 dalam tempoh PKPP menunjukkan penularan harian sedang melandai bagi kes-kes baharu. Sementara kumulatif kes pada permulaan PKPP (10 Jun) ialah 8,338 kes, seminggu berikutnya 8,5050 kes dan pada hari ke-16 mencecah 8,600 kes. Ini bermakna dalam tempoh 16 hari jumlah tambahan kumulatif keseluruhan kes ialah 262 kes.
Sementara bagi kes baharu semenjak PKPP (10-25 Jun), jumlah kumulatifnya 264 kes dengan pola yang turun-naik seperti mana kelok garisan berikut ini.
Pada permulaan kelok (10 Jun) jumlah kes baharu ialah palin rendah, 2 kes sahaja. Kemudian mendongak sehingga 13 Jun berjumlah 43 kes. Selepas itu menjunam kepada 8 kes (14 Jun)dan mendongak semula kepada 33 kes (15 Jun). Berikutnya belaku penurunan menjunam dan seterusnya turun naik dengan satu digit pada tiga hari terakhir (23, 24 dan 25 Jun).
Wabak COVID-19 seharian (25 Jun)
Pada hari ini, terdapat empat (4) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menambahkan kes positif COVID-19 di Malaysia daripada 8,596 kepada 8,600 kes. Sementara terdapat 40 kes yang dirawat telah berjaya diraewatpulih. Maka ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 daripada 244 (campur 4 kes baharu dan tolak 40 kes sembuh) kepada 208 kes (sedang menerima rawatan). Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Menurut KKM, empat (4) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Satu (1) kes penularan di dalam negara juga merupakan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Perincian kes baharu menurut sumbernya, satu (1) kes balik dari Singapura, satu (1) kes balik dari United Kingdom dan satu (1) kes balik dari Mesir. Satu (1) yang balik dari Mesir adalah pelajar yang berasal dan balik ke kampungnya di Kelantan. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Negeri Kelantan kepada 157 kes - kekal tiga (3) digit.

Alhamdulillah, hari ini tiada pertambahan kes kematian yang dilaporkan, maka jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Meskipun penularan Wabak COVID-19 di Malaysia agak terkawal berbanding negara jiran Indonesia (50,187 kes), Singapura (42,736 kes) dan Filipina (33,069 kes), namun tidak musthail jumlah kes baharu boleh meningkat lagi sekiranya kita tidak istiqamah dalam mengawal kendiri daripada punca-punca penularan. Besama-samalah kita jaga diri, tingkatkan amalan kendiri demi memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Ins sya Allah kita menuju titik penamat.

Wassalam.
  


 

No comments: