23 June, 2020

COVID-19: Dunia 9.23 juta, Asia 1.96 juta - India teruk

Rekod Wabak COVID-19 di Dunia hari ini (23 Jun) mencatatkan kes positif keseluruhannya berjumlah 9,233,897 kes. Sementara penularan kes baharu harian mulai menurun daripada 123,118 kes pada 14 Jun dan semalam 139,607 kes serta hari ini 51,322 kes baharu (rekod hari ini adalah kemaskini setakat jam 12.30 tengah hari) Perkembangan kes baharu ini mulai menurun, berbanding awal Jun jumlah kes hariannya melei 100 ribu. Hal ini menampakkan kemungkinan penularan mulai menurun.
Rekod tertinggi di Dunia masih lagi USA (2,388,153 kes) dan Brazil (1,111,348 kes). Sementara negara lain yang berada tangga di bawahnya ialah Rusia (592,280 kes), India (440,450 kes) dan UK (305,289 kes). Menariknya di sini ialah USA dan Brazil masih tidak mahu mengalah, dan terus mendahului negara-negara lain. Menarik juga ialah kedudukan India dari rantau Asia telah berjaya menduduki tangga keempat tertinggi di dunia. Ini membuktikan India dominator berhadapan dengan Wabak COVID-19.
Rekod di Asia pula menunjukkan perkembangan Wabak COVID-19 dari 10-23 Jun 2020 mengesahkan daripada jumlah keseluruhan kes 1.56 juta (10 Jun) kepada 1.96 juta pada 23 Jun, Ia bermakna dalam tempoh 11 hari kebelakangan ini di Asia mencecah 400 ribu kes baharu dengan purata hariannya sekitar 36,000 kes sehari. Sementara negara yang paling tinggi rekod kes Wabak COVID-19 adalah India (rekod kes positif 440,450). Kenapa India? Di antara sebabnya, berkait rapatnya dengan jumlah penduduknya yang padat, pendisiplinan sosial yang tidak menjarak diri, budaya kendiri jaga diri agak lemah dan sistem perubatannya yang bermasalah berikutan penularan harian melebihi belasan ribu. Untuk rekod, COVID-19 di India hari ini berlaku tambahan kes baharu sebanyak 13,540, jumlah dirawatpulih 248,137 kes atau 56.34% daripada keseluruhan kes positif. diikuti dengan 14,015 kematian dan seramai 178,298 kes pesakit sedang dirawat di hospital.

Satu Digit Malaysia, Alhamdulillah.


Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia membuktikan Pasukan Perubatan dan saf hadapan yang kental dan berkesan. Kini Negara kita menerima tiga (3) kes baharu adalah mengulangi rekod pada 10 Jun (2  kes). Apa yang utama ialah baki pesakit yang sedang dirawat berjumlah 283 kes. Ia bermakna nilai kebolehjangkitan sedia diuruskan dengan teliti agar tiada lagi penularan kes baharu. Kelok garisan di atas menunjukkan pola melandai bermula semula selepas 19 Jun dan hari ini polanya menjunam. AlhamdulilLah. 
Bersama-samalah kita bersyukur dan beristighfar banyak-banyak agar Wabak COVID-19 terus reda dan mencapai kosong digit.
 Tiada penerangan foto disediakan.
WalLahu'alam.

No comments: