28 June, 2020

COVID-19: Hanya 187 kes belum sembuh

Perkembangan Wabak COVID-19 selama 18 hari tempoh PKPP (10-27 Jun), Malaysia berlaku dalam situasi mendongak pada awalnya. Sehinggalah mulai 16 Jun, kes baharu COVID-19 mulai melandai. Walaupun begitu di antara 16-19 Jun, berlaku situasi kelok naik-turun sehinggalah 20 Jun mendongak kembali dan selepas itu, mulai 21-23 Jun mulai melandai. Kemudian selepas itu,26-17  Jun berlaku pula kenaikan, tetapi masih dalam dua digit. Ini menandakan penularan Wabak COVID-19 adalah terkawal.

Suatu perkembangan menarik dalam tempoh 18 hari (10-27 Jun) PKPP ini, bahawa perkembangan harian pola pertambahan kes baharu hanya berlaku dalam satu dan dua digit. Diikuti pada setiap hari dalam satu digit pada 23-26 Jun dan pada 27 Jun kembali menaik kepada dua digit (10 kes).

Kesan daripadanya, jumlah kumulatif kes yang berjaya dirawatpulih bertambah kepada 8,308 kes dan jumlah pesakit positif/sedang dirawat atau jumlah kes yang belum sembuh telah berkurang kepada 187 orang. AlhamduliLah realtinya penularan Wabak COVID-19 di Negara kita sedang menuju titik penamat dalam situasi melandai. Meskipun selepas empat hari pola kes baharu harian dengan satu digit, namun hari ini (27 Jun) telah bertambah 10 kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes

Laporan KKM pada hari ini juga, daripada 10 kes baharu yang telah dilaporkan telah menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 187 kes yang belum sembuh/sedang dirawat. 

Rekod 10 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes daripadanya adalah kes import melibatkan seorang Warganegara Malaysia yang balik dan tiga (3) bukan Warganegara yang datang atas urusan kerja. Baki lagi enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan Bukan Warganegara Malaysia. Masing-masingnya, Selangor, satu (1) kes saringan pra pembedahan; Kuala Lumpur, tiga (3) kes daripada saringan pelajar tahfiz.

Sementara bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara Malaysia (2 kes) adalah Negeri Sembilan, satu (1) kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap; dan Sabah, satu (1) kes saringan tempat kerja kontraktor.

AlhamdulilLah, pada hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Oleh kerana itu, disini saya menyeru agar teruskan komitmen untuk mematuhi SOP sepanjang PKPP ini dan bersama-samalah kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pasukan perubatan dan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada lagi penularan Wabak COVID-19 ini. 

Wassalam.

No comments: