30 March, 2020

Menjelang Genap Fasa I PKP COVID-19: 156 Kes Baharu

Besok (31 Mac 2020) genap fasa I tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order). Ia bakal memasuki fasa II yang dilanjutkan  dari 1hb. sehingga 14hb. April 2020. Namun perkembangan kes baharu COVID-19 nampaknya semakin bertambah daripada 2,470 kepada 2,626 kes (+156). Ia bertambah enam kes berbanding sehari sebelumnya (+150).

Demikian pula, dengan jumlah pesakit yang dirawat dan telah kembali ke rahmatulLah  bertambah tiga lagi kematian menjadikan kumulatif kematian seramai 37 orang daripada sebelumnya 34 orang (+3).

Walau bagaimanapun, rekod kes wabak COVID-19 yang terkumpul (kes Positif, Negatif dan Pending) pada hari ini (30 Mac) berjumlah 39,663 kes, iaitu bertambah 1,989 berbanding sehari sebelumnya berjumlah 37,674 kes.

Data-data berikut adalah gambaran perkembangan penularan wabak COVID-19 di Malaysia bagi tarikh-tarikh 28-30 Mac 2020.


Semoga Allah SWT merahmati segala usaha pihak Kerajaan dan semua pihak menjayakan PKP.  Sementara pihak kita orang awam bertanggungjawab mematuhi segala panduan PKP dan cara-cara menjaga diri daripada dijangkiti virus global ini.

Banyakkan berdoa dan beristighfar, semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada para doktor dan petugas saf hadapan (frontliners) serta membebaskan kita semua daripada penularan wabak ini.
  

Wassalam.

No comments: