25 April, 2020

COVID-19: Turkey Ke-7 Tertinggi Di Dunia

Perkembangan terbaru Wabak COVID-19 peringkat GLOBAL telah mencatatkan Negara Turkey sedang menduduki tangga ke-7 tertinggi di dunia dengan jumlah keseluruhan kes mencecah 101,790 pada 24 April, yakni kali pertama mencecah lebih 100 ribu. Jumlah tersebut telah bertambah lagi pada hari ini (25 April) kepada 104,912 kes.



Sebelum ini  (19 April)Turkey menduduki tangga terkebawah (ke-8) daripada China (ke-7), tetapi perkembangan berikutanya (20 April) kali pertama Turkey mengalami penularan Wabak COVID-19 mengatasi China dengan jumlah 86,306kes. Sementara China (82,747 kes) terkebawah (ke-9) daripada Iran (83,5050 kes). 

Menurut sumber, punca Turkey mengalami pertambahan kes baharu (daripada 80 ribu kepada 100 ribu lebih dalam masa seminggu), ada kaitan dengan budaya sosial masyarakat di sana yang suka bersantai dan aktif bersosial (melepak di cafe dan taman), terutama dalam kalangan warga senior dan anak-anak muda. Akibatnya budaya social distancing dan mengurangkan kontak di publik berhadapan dengan cabaran dan memungkinkan penularan Wabak COVID-19 berlaku dengan cepat.

Perkembangan di Malaysia pula sehingga hari ini turut mencatatkan pertambahan sebanyak 51 kes baharu, di samping menunjukkan pemulihan yang semakin baik dengan kumulatif berjaya dirawatpulih mencecah 3,762 pesakit (65.52%). Walaupun begitu, hari ini terdapat dua lagi kematian menjadikan kumlulatifnya sebanyak 98 orang. Sementara jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,742 kes dan ekoran daripada semakin hari bertambahnya jumlah pesakit yang berjaya dirawatpulh, maka pesakit COVID-19 yang masih dirawat telah menurun kepada 1,882 orang.


Sehubungan itu, keupayaan Malaysia terserlah dengan beberapa langkah berkesan, di antaranya meletakkan syarat wajib menjalani kuarantin selama 14 hari kepada semua warga negara yang pulang dari negara luar. Sehingga kini, seramai 19,945 orang sedang menjalani kuarantin di 204 pusat. Langkah kuarantin secara wajib ini adalah di antara punca pihak KKM dapat mengesan dan merawat lebih awal mana-mana individu daripada menjadi pembawa atau penyebar COVID-19. Sehuingga kini dikatakan seramai 131 orang yanhg dikuarantin dikesan positif COVID-19 dan mereka segera dirawat. Pendaktan pengurusan perubatan sebegini sekaligus berjaya mengecilkan saiz kluster import sebagai pembawa. 

Kita percaya bahawa inisiatif Kerajaan secara bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai pendekatan setakat ini telah dapat mengekang dan memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus menular dengan cepat. Justeru kerjasama daripada masyarakat amat penting bagi mengurangkan lagi kes-kes ingkar PKPt3 yang akan berakhir tidak lama lagi (28 April) dan akan diteruskan kepada Tahap 4 sehingga 12 Mei yang akan datang. Jika kerjasama semua lapisan masyarakat dapat dipertingkatkan, maka kes-kes baharu dan jumlah pesakit yang dirawat akan lebih ramai lagi dapat dipulihkan.

Bersempena semangat dan ibadat bulan Ramadhan ini, bersama-samalah kita untuk mengukuhkan lagi kehidupan sosial dengan kebiasaan baharu (new normal) - mengutamakan kebersihan diri, aktif duduk di rumah dan menguruskan keperluan hidup secara bersistem serta hidup dengan penuh kepatuhan. Oleh itu, kita bakal mencorakkan keintiman keluarga, kebersihan persekitaran dan menjadi insan bersyukur di atas pengajaran yang diperolehi daripada kesan Wabak COVID-19 ini.

Semoga Allah SWT, mengurniakan kesejahteraan hidup untuk warga Malaysia dengan mengangkat Wabak COVID-19 ini  dari terus menggerunkan kita semua.
  


Wassalam.






No comments: