22 April, 2020

COVID-19: Malaysia Lebih Baik, SIngapura Cecah 10K

Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia hari ini 22 April, mengesahkan penurunan jumlah kes baharu dan pertambahan jumlah kes yang pulih. Nilai penurunan ini adalah berpandukan pertambahan kes baharu dalam dua angka yang mengecil, iaitu 50 kes dan dengan jumlah kes keseluruhannya bertambah daripada semalam 5,482 kes kepada 5,532 kes pada hari ini (22 April).












Amat berbeza dengan dua negara jiran, Singapura dan Indonesia yang menunjukkan perkembangan kes baharu masih membimbang dan menggerunkan. Bagi Singapura, pertambahannya berlaku pada angka seribu lebih (1,016) menyebabkan jumlah kes keseluruhannya bertambah kepada 10,141 kes.

Begitu pula di Indonesia, menunjukkan perkembangan kes baharu masih pada angka ratusan (283) menyebabkan jumlah kes keseluruhannya bertambah kepada 7,418 kes.













Di Malaysia, pola penurunan banyak disebabkan tindakan berkesan bermula dengan langkah PKP yang sedang berada pada tahap 3, diikuti dengan langkah Kerajaan melaksanakan peraturan kuarantin kepada kluster yang balik dari luar negara dan dibantu kuat oleh keupayaan pasukan perubatan yang berjaya mengekang daripada menular Wabak COVID-19 dalam kalangan generasi baru serta keyakinan di atas keupayaan memulih pesakit yang sedang dirawat mencecah 62.40%, yakni seramai 3,452 daripada jumlahkeseluruhan kes (5,532). Maka secara psikososialnya, pola menurun Wabak COVID-19 amat mempengaruhi masyarakat untuk terus berdisiplin mengekang penularan ketika saat umat Islam akan menyambut Ramadhan.

Penurunan yang berlaku di Malaysia dilihat amat berbeza, malah lebih baik jika dibandingkan dengan Singapura dan Indonesia. Di Singapura dengan jumlah kes melebihi 10 ribu dan kes baharu yang ribuan (1,041 kes) serta jumlah yang sudah dipulihrawat (total recovered) hanya 839 orang, dan Indonesia melebihi tujuh ribu dan kes baharu yang ratusan (283) serta jumlah yang sudah dipulihrawat 913 orang - informasi ini membuktikan pola penularannya semakin mendongak berbanding di Malaysia dianggap menurun dengan melihat jumlah kes sekitar lima ribu dan pola kes baharu selama enam hari terkahir hanya puluhan kes serta jumlah yang sudah dipulihrawat sudah mencecah 3,452 orang. 

Begitu pula bila dilihat kepada jumlah yang sedang dirawat (active cases) di Malaysia (1,987 kes/35.92% daripada keseluruhan kes), berbanding dengan Singapura (9,291 kes/91.62%) dan Indonesia (5,870 kes/79.13%). Bahkan, antara Singapura dengan Indonesia daripada segi keupayaan perubatan (berdasarkan jumlah kes yang pulih)  di Indonesia adalah lebih baik (913 daripada jumlah yang dipulihrawat/15.55%) berbanding Singapura jumlah kes yang dipulihrawat (839/9.03%). Justeru pola penularan di Singapura dengan penduduk sekitar 5.7 juta adalah dilihat lebih kritikal, berbanding Indonesia yang penduduknya sekitar 271 juta. 

Di dalam situasi pola penurunan di Malaysia, ternyata model pengurusan dan sistem perubatan KKM dilihat lebih berkesan di dalam mengekang Wabak COVID-19 ini. Hal ini dilengkapkan lagi oleh pengurusan pihak MKN di dalam mengendali kepatuhan warga negara Malaysia terhadap arahan PKP yang sedang memasuki Tahap 3 bermula 18 Mac dan akan tamat 28 April (42 hari). 

Hal ini mungkin tidak berlaku secara terbaik di Singapura dan Indonesia (merujuk kepada dua nota ulasan sebelum ini - posting 20 April dan 21 April) memandangkan di sana berlaku kurang serius dalam mengawal penularan Wabak COVID-19 dari awalnya.  

Sehubungan pola penurunan Wabak COVID-19 di Malaysia hari ini, maka besarlah harapan Kerajaan agar isu-isu kepatuhan kepada usaha mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19 sedia mendapat kerjasama sebaiknya daripada semua lapiran masyarakat. Komitmen untuk bersama-sama menjayakan arahan PKP, mengawal pergarakan sosial, sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa menguikuti panduan kesihatan adalah menyumbang kepada kejayaan dan kemenangan bagi memastikan Negara terbebas daripada Wabak COVID-19, ins sya Allah.

Semoga doa kita semua, agar Allah SWT mengangkat Wabak COVID-19 dari terus menular akan dimakbulkan.
  
Wassalam.

No comments: