23 April, 2020

COVID-19: Global Terus Meningkat, Malaysia menuju Tahap 4

Pada awal malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perlanjiutan temph PKP sehingga 12 Mei 2020. Ia bermaksud, perjalanan kuat kuasa PKP sekarang dalam Tahap 3 akan disambung selama dua minggu lagi kepada Tahap 4 yang akan bermula pada 29 April sehingga 12 Mei. Maka keseluruhan daripada Tahap 1 sehingga Tahap 4 jumlah hari-hari bagi PKP cegah Wabak COVID-19 di Malaysia ialah selama lapan minggu atau (14 hari X 4 tahap) bersamaan 56 hari.

Sesungguhnya keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu merupakan sesuatu yang telah dijangka dan tepat berdasarkan perkembangan penularan Wabak COVID-19 sekarang ini masih meningkat. Paling ketara peningkatan jumlah kes sedang berlaku di peringkat inter-region sama ada peringkat GLOBAL, ASIA mahupun Asia Tenggara. Data berikut menggambarkan peningkatan yang dimaksudkan.



Paling ketara, data keseluruhan kes peringkat Global ialah 2,659.163 kes, sementara di peringkat Asia berjumlah 428,521 kes dan di peringkat Asia Tenggara pula berjumlah 35,050 kes. Seterusnya, bagi kes yang telah dirawatpulih (total recovered) di peringkat Global seramai 730,393 (27.47%), di rantau Asia 201,769 (47.08%) dan rantau Asia Tenggara 9,016 (25.72%). Ini bermakna jumlah dirawatpulih peringkat Global masih rendah, malah lebih rendah bagi rantau Asia Tenggara dibandingkan dengan peringkat Global dan Asia.

Sementara di peringkat rantau Asia Tenggara pula didapati, pola penularan masih berlaku dalam situasi carta yang mendongak. Data berikut menunjukkan Singapura masing menjuarai jumlah keseluruhan kes Wabak COVID-19. 

Sebagaimana diulas menerusi posting sebelum ini (21 April), Singapura adalah negara yang ternuka dan mudah terdedah kepada penularan Wabak COVID-19. Perkembangan hari ini telah menyaksikan 1,037 kes baharu dan jumlah yang setara dengan semalam 1,016 kes baharu menyebabkan jumah keseluruhan kes di Singapura bertambah daripada 10,141 kepada 11,178 kes. Pola pertambahan turut berlaku di Indonesia sebagai negara kedua tertinggi dan diikuti Filipina yang ketiga tertinggi. Sementara Malaysia sebagai negara keempat tertinggi, tetapi pertambahan kes baharu kekal berlaku dalam dua angka, iaitu 71 kes berbanding hari semalam hanya 50 kes. Negara-negara lain pertambahan kes baharu hanya berlaku di Thailand dengan 13 kes baharu dan Kemboja 2 kes baharu sahaja. Tiga negara lagi (Vietnam, Brunei, Myanmar dan Laos tiada sebarang tambahan kes baharu.

MALAYSIA memasuki PKP Tahap 4 (PKPt4)

Perkembangan di Malaysia selama tempoh sembilan hari edah PKP Tahap 3 (PKPt3) adalah mencatatkan setiap hari berlaku kes baharu Wabak COVID-19. Ia menyebabkan jumlah keseluruhan kes terus meningkat setiap hari. Begitu juga jumlah kematian turut berlaku hampir setiap hari. Data berikut menggambarkan perkembangan penularan Wabak COVID-19 di Malaysia. 















Walaupun begitu, sehingga ke hari ini Malaysia mencatatkan kemajuan di dalam mengekang dan mengawal penularan Wabak COVID-19 adalah terbaik berbanding dengan negara jiran. Hal ini dibuktikan dengan keupayaan pasukan perubatan berjaya merawat pulih seramai 3,542 pesakit (63.22%). Ini suatu pencapaian lebih besar berbanding jumlah yang pulih di peringkat Asia (47.08%) dan global (27.47%). Begitu pula daripada umlah yang sedang dirawat, setiap hari menunjukkan penurunan jumlah pesakit di wad. Dalam tempoh PKPt3 ini (15-23 April), didapati penurunan kumulatif jumlah yang sedang dirawat ialah seramai 376 orang. Jika dilihat kepada pertambahan kes baharu dalam tempoh yang sama pula, didapati pertambahan kumulatif ialah seramai 531 orang. Sementara bagi jumlah kumulatif pesakit yang sembuh pula ialah berjumlah 895 orang. Ini bermakna jumlah pesakit COVID-19 yang berjaya dipulihkan berbanding dengan pertambahan kes baharu adalah lebih besar. Ini suatu petanda yang baik ke arah kemungkinan semakin berkurangnya jumlah pesakit COVID-19 menjelang PKPt4 akan datang.
      
Secara umumnya, berdasarkan perkembangan ini apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan kemungkinan penularan Wabak COVID-19 dalam tempoh PKPt4 kita akan menyaksikan suatu penurunan yang berterusan. Jika perkiraaan secara mudah data penularan dan jumlah mereka yang sedang dalam kuarantin (lebih 15,000 orang), kemungkinan kes baharu akan lebih terkawal, memandangkan pihak KKM telah mengambil langkah membesarkan lagi pusat rawatan dan penjagaan lebih rapi ke atas mereka yang dikuarantin dan pesakit yang dirawat.   

Semoga segala langkah yang diambil dan kesungguhan Kerajaan dan kita semua bagi mengekang penularan Wabak COVID-19 ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT jua. Sesuai kita umat Islam sudah memasuki bulan ibadat Ramadhan Al-Mubarak 1441H ini, maka sama-sama kita berdoa bagi mendapat jalan penyelesaian atas Wabak COVID-19 ini agar Allah SWT dapat mengangkatnya daripada terus menggerunkan kita semua.



WalLahu'alam.

No comments: