24 April, 2020

COVID-19: Malaysia dan Inter-region masih meningkat

Perkembangan GLOBAL menyaksikan peningkatan yang mendongak mencecah 2.753 juta kes Wabak COVID-19. Berbanding semalam dengan jumlah 2,659 juta kes. Dalam masa sehari telah bertambah 94,263 kes.


Di peringkat Asia pula turut bertambah daripada semalam daripada 428,521 kepada 441,847 kes (+13,326). Sementara peringkat Asia Tenggara juga bertambah daripada 35,050 kepada  36,711  (+1,661). Bagi rantau Asia Tenggara, sejumlah besar pertambahan itu disebabkan pertambahan kes yang agak besar di Singapura (+897), Indonesia (+436) dan Filipina (+211).



Sementara negara-negara lain di Asia Tenggara, pola pertambahannya agak kecil, iaitu Malaysia 88 kes, Thailand 15 kes, Myanmar tujuh kes dan Vietnam dua kes sahaja. Tiga negara lain di Asia Tenggara tidak ada kes baharu yang direkod pada hari ini (24 April).

Meskipun begitu, pola pertambahan kes baharu hari ini berbanding semalam menunjukkan penurunan bagi Singapura (-140 kes) dan Filipina (-60 kes) serta Kemboja (-5 kes).

Secara amya tujuh daripada 10 negara Asia Tenggara mencatatkan berlaku kes-kes baharu - Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Vietnam.

Bagiamanapun, dua negara menunjukkan prestasi pengawalan Wabak COVID-19 agak baik apabila mencatatkan jumlah kumulatif pesakit yang pulih melebih 60% daripada keseluruhan kes. Indonesia menunjukkan kadar peskait pulih tertinggi, iaitu 87.25% dan diikuti Malaysia 64.36%.

Sementara bagi Singapura (7.6%),  Indonesia (12.20%) dan Filipina (10.60%) didapati jumlah sembuh masih rendah dan lebih rendah daripada kadar purata peringkat Asia Tenggara (47.08%). 

Hal ini berlaku mungkin berpunca daripada tahap kesediaan pasukan perubatan, kemudahan peralatan rawatan dan makmalnya tidak seperti di Malaysia. Di Malaysia, dilaporkan setiap kes yang ada kaitan dengan pembawa Wabak COVID-19 hendaklah menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari, di samping turut diadakan program sanitasi dengan kerjasama PBT di semua premis awam utama. Sekadar rekod, setakat semalam KKM telah membuka 204 buah pusat kuarantin yang terletak di setiap negeri dan sebanyak 3,844 operasi sanitasi telah dilaksanakan.

Maka semasa dikuarantin telah berlaku perawatan awal mereka yang disyaki positif atau terkait dengan pembawa COVID-19. Justeru jumlah pesakit yang diwadkan semakin mengecil - semalam 1,966 kes dirawat dan hari ini jumlah itu berkurang kepada 1,932 kes (-34 kes).

Sehubungan itu, perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia semenjak tempoh PKPt3 (15-24 April) mendapati jumlah pesakit yang pulih telah bertambah setiap hari. Dalam masa 10 hari tempoh PKPt3 ini telah bertambah jumlah discaj ialah seramai 1,016 orang (daripada 15 April berjumlah 2,647 dan pada 24 April berjumlah 3,663 orang) atau purata yang sembuh setiap hari seramai ialah 10.16 orang sehari.


Berdasarkan data-data di atas, secara kumulatifnya jumlah keseluruhan kes COVID-19 bakal mencecahkan 6,000 menjelang tamat tempoh PKP t3 (28 April). Begitu juga jumlah kumulatif pesakit yang dirawatpulih dijangka mencecah empat ribu orang. Jika dinisbahkan pertambahan jumlah pesakit sedang dirawat berbanding dengan pertambahan kes baharu, maka satu kes baharu bertambah brsamaan 1.14 pesakit yang diraeat berjaya dipulihkan - kumulatif kes baharu (704) berbanding kumulatif dirawatpulih (1,016)  = 1:1.44. Justeru Malaysia berkemungkinan akan menunjukkan pola menurun kes baharu dan bertambah jumlah dirawatpulih apabila memasuki PKPt4 nanti atau selepas 1 Mei nanti.

Berdasarkan kemungkinan tersebut, amatlah wajar tempoh PKP cegah COVID-19 dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Sebenarnya penularan Wabak COVID-19 tidak mudah untuk diramal. Kemungkinan penularan boleh terjadi apabila berlaku kontak secara beramai-ramai dengan mereka yang dikatakan positif . Oleh itu, amatlah tepat kuat kuasa PKP dengan mengamalkan kebiasaan yang baru (new normal) seperti duduk di rumah, amalkan cara hidup bersiha - sentiasa basuh tangan dengan sabung atau sanitizer, memakai topeng muka dan faceshields serta sering menjarak sosial.

Sehubungan itu, kita hendaklah terus istiqamah dengan peraturan PKP dan sentiasa mengamalkan panduan kesihatan demi untuk memutuskan rantaian WabakCOVID-19 dengan kadar yang sesegera mungkin.   

Kepada Allah kita berdoa dan bertawakal agar kita terus dikurniakan ketabahan dalam menyesuaikan kehidupan berasaskan perkembangan dan kebiasaan baharu.


Wassalam.


No comments: