28 May, 2020

COVID-19: Di sebalik angka 10 Terbaik Malaysia

Alhamdulillah, hari ini (28 Mei) mencatatkan perkembangan terbaik Malaysia dengan 10 kes baharu Wabak COVID-19. Malah penularan pada dua angka ini merupakan yang terendah sepanjang PKPB yang bermula 4 Mei lalu. 
Sekadar mengingatkan rekod lalu, selama 25 hari tempoh PKPB ini, rekod dua angka kes baharu di bawah 20 kes ialah pada 12 Mei (16 kes), 16 Mei (17 kes) dan semalam, 27 Mei (15 kes). 
Bermula semalam (27 Mei) telah berlaku penurunan menjunam penularan Wabak COVID-19 dengan kes baharu daripada 187 kes (25 Mei) kepada 15 kes pada 27 Mei dan pada hari ini (28 Mei) ia menurun lagi kepada 10 kes. Justeru pola menurun menjunam adalah seperti dalam kelok garisan di atas.


 
Laporan KKM hari ini dengan 10 kes baharu telah menabahkan kumulatif kes COVID-19 kepada 7,629 kes, diikuti 86 pesakit yang dirawatpulih menjadikan kumulatif telah sembuh berjumlah 6,169 orang. Sementara pesakit yang sedang dirawat berjumlah 1,345 orang, dan tiada kematian dalam kalangan yang dirawat mahupun yang dikuarantin. 

Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan ia berlaku akibat penularan tempatan yang melibatkan lima (5) kes dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Dari segi taburannya, dua (2) kes di Selangor, tujuh (7) kes di Kuala Lumpur dan satu (1) kes di Pahang.

Semoga kita rakyat Malaysia mampu mencorakkan kehidupan yang bebas daripada Wabak COVID-19 dalam masa terdekat.  Caranya ialah kita hendaklah sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar penularan ini diangkat segera. 
Dalam pada itu, tanggungjawab bsrsama kita hendaklah sentiasa mengamalkan  norma baharu dengan mengelak diri daripada 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation), sentiasa amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) dan terus patuh kepada S.O.P - 
  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Ins sya Allah, kita mengharapkan kerjasama secara menyeluruh agar keazaman untuk bebas daripada Wabak COVID-19 ini menjadi keutamaan. Ini penting bagi mengembalikan beerapa tegahan PKPB dapat diringankan. Paling utama kita umat Islam ialah untuk kembali kepada Masjid, memgimarahkan kuliah dan kelas pengajian serta solat berjemaah lima waktu, termasuk Solat Jumaat yang tergantung kepada orang ramai semenjak 18 Mac (telah melewati 11 kali Jumaat termasuk esok, 29 Mei). 
Begitu pula, anak-anak dan guru-guru perlu dapat kembali ke sekolah. Maka dengan situasi 10 kes baharu ini, dirasakan sudah sampai masanya pihak KKM dan MKN dapat melonggar amalan "bersyarat" yang menghalang kesemua ini. 
Dari segi keutamaannya, memberi kelonggaran untuk kembali ke Masjid dan mengimarahkan adalah amat penting demi mengisi nilai-nilai kerohanian dan mengubat jiwa yang terkesan akibat PKPB.   
 Wassalam.

No comments: