Selama tempoh seminggu lalu, perkembangan Wabak COVID-19 di Thailand sudah menurun seperti digambarkan dalam posting awal pagi tadi. Menariknya, kelok perkembangan hariannya sudah melalui poin maksimum dan kini sudah menurun ketara.
Poin maksimum perkembangan kes harian berlaku antara penghulung Mac dan kini dilaporkan hanya 8 kes baharu sahaja. Is suatu kejayaan pengawalan daripada pelbagai langkah dan keputusan kerajaannya.
Fakta perubatan
Pusat berita Xinhua
melaporkan pada Rabu (6 Mei 2020) lalu, bersumberkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand, satu pasukan penyelidik perubatan
telah mencapai kemajuan dalam mengembangkan vaksin mencegah COVID-19 setelah ujian
makmal prototype terbukti berjaya.
Ketua pengarah Jabatan
Sains Perubatan di Kementerian Kesihatan Awam, Dr Opas Karnkawinpong mmaklumkan
pasukan penyelidik perubatan Thailand itu telah menguji ke atas tikus dengan
vaksin DNA prototype dan kemudiannya
menguji darah mereka untuk memeriksa sama ada tikus tersebut telah
mengembangkan antibodi. Hasilnya mendapati tikus tersebut telah mengembangkan
tahap antibodi yang memuaskan.
Tibanya nanti, langkah seterusnya adalah menguji prototype vaksin itu ke atas manusia
untuk memeriksa tahap tindak balas imun yang serupa dengan tikus. Semoga para
saintis Thailand mencapai kemajuan dan berjaya menghasilkan vaksin mencegah
COVID-19. Ins sya Allah.
Thailand berhati-hati dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19
Sehari (Selasa, 5 Mei 2020) sebelum pengumuman prototype vaksin cegah COVID-19, Rangkaian Berita Asia (ANN) melaporkan tidak ada kes Wabak COVID-19 yang
baru di 36 lokasi di Thailand dalam tempoh 14 hari terakhir ini. Ia suatu
petanda kejayaan membendung wabak itu. Meskipun ada yang menjangkakan jangkitan
baru berlaku pada sebelumnya (Isnin, 4 Mei).
Ia membolehkan pihak
berkuasa membenarkan enam jenis perniagaan dan aktiviti dimulakan semula pada
hari Ahad (3 Mei) dan membenarkan orang ramai keluar rumah. Apapun beberapa
pihak menganggap ia suatu langkah yang akan menyebabkan peningkatan jumlah kes COVID-19
yang baharu.
Sebelum itu keputusan membenarkan
perniagaan, para pegawai perubatan diarahkan membuat saringan dan ujian
terhadap orang ramai yang tidak bergejala di kebanyakan lokasi untuk mengesan jangkitan
COVID-19. Namun, hasil ujian seminggu itu lalu melibatkan lokasi-lokasi orang
ramai (sesak) seperti penjara dan tempat perlindungan pekerja di seluruh
negara, hasilnya negatif atau tiada lagi jangkitan.
Meskipun begitu, pihak
Bahagian Penyakit Berjangkit Thailand tetap bertindak memantau tanda-tanda kemungkinan
gelombang kedua jangkitan Wabak COVID-19, termasuk menguji mereka yang
mengalami masalah pernafasan. Pegawainya masih ditugaskan untuk meneruskan pemeriksaan
bagi memastikan orang ramai terus mengamalkan cara hidup sihat – menjaga langkah-langkah
kebersihan yang ketat untuk mencegah penularan virus.
Kemudian pada Khamis lalu (7 Mei 2020), Thailand
mencatat tiga (3) kes baharu COVID-19 dan tidak ada kes kematian. Ia berlaku
dalam situasi pihak berkuasa
Thailand masih mengekal langkah mengekang antaranya amalan jarak sosial di pusat
perkhidmatan pengangkutan termasuk Stesen BTS Bangkok.
Tiga kes baharu itu adalah
kesemuanya warga Thailand menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,992. Tiada kematian
yang dilaporkan, ia kekal dengan jumlah terkumpul adalah 55 orang.
Dr Taweesilp Visanuyothin,
jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, mengatakan satu kes baru adalah
seorang suri rumah Thailand berusia 59 tahun di wilayah sempadan Selatan Yala.
Dia didiagnosis selepas ujian pra-emptif dan didapati ada kontak dengan pesakit
sebelumnya yang kembali dari Malaysia. Dia tidak mempunyai gejala.
Dua kes baru yang lain
adalah lelaki Thailand, berusia 46 dan 51 tahun yang kembali dari Kazakhastan
Sabtu lalu. Mereka menaiki pesawat yang membawa 55 penumpang dan semua yang
kembali sudah dikuarantin.
Dalam tempoh 24 jam
terakhir (menjelang 7 Mei), 11 orang berjaya dirawatpulih dan discaj dari wad
hospital, menjadikan jumlah kes pulih/discaj seramai 2,772 orang.
Jumlah wilayah yang bebas (menjadi
zon hijau) kes COVID-19 baru dalam 28 hari terakhir kini meningkat menjadi 39
wilayah dan yang baru bebas termasuk Chiang Mai, Chaiyaphum, Lampang,
Phitsanulok dan Trang.
Setakat ini, sembilan
wilayah belum merekodkan kes: Ang Thong, Bung Kan, Chai Nat, Kamphaeng Phet,
Nan, Phichit, Ranong, Sing Buri dan Trat.
Kejayaan perubatan yang berjaya mengawal Wabak COVID-19
Pada 2 Februari doktor dari Rajavithi Hospital di Bangkok mengumumkan bahawa mereka telah melihat kejayaan dalam merawat kes-kes COVID-19 yang teruk menggunakan kombinasi ubat untuk selesema (oseltamivir) dan HIV (lopinavir dan ritonavir). Di sebalik kejayaan rawatan itu, berlaku tambahan kes baharu dengan peningkatan yang besar dalam temoh 48 jam. Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa pendekatan ini dapat diterapkan untuk semua kes.

Kronologi Penularan COVID-19 di Thailand
Wabak koronavirus 2019 (COVID-19) merupakan pandemik global yang dikesan di Thailand sejak 13 Januari 2020, iaitu kes import dari China.
Pada 13 Januari juga, Kementerian Kesihatan Awam mengumumkan kes yang disahkan pertama, seorang wanita Cina berusia 61 tahun yang merupakan penduduk Wuhan. Dia tidak pernah mengunjungi Pasar Borong Makanan Laut Huanan, tetapi dia pernah berkunjung ke pasar lain. Dia mengalami sakit tekak, demam, menggigil dan sakit kepala pada 5 Januari, terbang langsung bersama keluarganya dan kumpulan lawatan dari Wuhan ke Bandara Suvarnabhumi pada 8 Januari, di mana dia dikesan menggunakan pengawasan termal dan kemudian dimasukkan ke hospital. Empat hari kemudian dia didapati positif COVID-19. Kes kedua pula disahkan pada 17 Januari yang melibatkan seorang wanita berusia 74 tahun yang tiba di Bangkok dari Wuhan.
Bermula dari situ, kes-kes baharu dikesan pada 21 Januari, seroang lelaki berusia 18 tahun yang tiba di Chiang Mai dari Wuhan.
Pada esokya, 22 Januari berlaku dua kes tambahan, iaitu lelaki berusia 68 tahun yang juga pelancong China seperti kes sebelumnya. Kes keempat adalah kes pertama bagi warga negara Thailand, wabita berusia 73 tahun yang tiba dari Wuhan. Kes kelima disahkan pada 24 Januari yang melibatkan seorang wanita Cina berusia 33 tahun juga tiba dari Wuhan. Pada 25 Januari, di Daerah Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan kes seorang wanita Tionghua berusia 73 tahun juga tiba dari Wuhan . Berikutnya pada 26 Januari, terdapat lapan kes disahkan kesemuanya berbangsa Cina.
Kemudian pada 28 Januari, enam kes, dengan lima daripada keluarga yang sama di Wuhan dan satu lagi dari Chongqing. Berdasarkan perkembangan ini, Thailand telah mengetatkan pengimbasan dan pemeriksaan ke atas semua pelancong dari China. Pada 31 Januari, lima kes tambahan menjadikan kumulatif 19 kes yang sebahagian besar adalah mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke China.
Selepas itu, berlaku penularan atau jangkitan
pertama kepada penduduk tempatan disahkan pada 31 Januari. Kemudian sepanjang Februari jumah
jangkitan Wabak COVID-19 masih rendah, sekitar 40 kes.
Pada awal Februari, orang ramai memberi perhatian terhadap syarat dan langkah kawalan wabak, lalu menyebabkan permintaan tinggi dan kenaikan harga topeng muka. Ia memaksa kerajaan mengenakan kawalan harga dan campur tangan dalam pengedarannya. Namun begitu, masih berlalu kritikan dan menganggap dasar kerajaan tidak konsisten terhadap keperluan perjalanan antarabangsa dan kuarantin.
Keadaaan ketidaktentuan turut berlaku dalam memastikan langkah dan syarat mengawal wabak diterima. Di antaranya, ekoran penutupan perniagaan di Bangkok telah mendorong puluhan ribu pekerja balik kampung halaman. Ia memungkinkan keluarga mereka di kampung terdedah kepada jangkitan wabak COVID-19. Justeru pada peringkat langkah pengawalan, Thailand turut berhadapan dengan kegagalan terutama bagi mengkoordinasikan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Pada 2 Februari para doktor yang merawat pesakit COVID-19 di Rajavithi Hospital, Bangkok mengumumkan kejayaan dalam merawat kes-kes COVID-19 yang teruk menggunakan kombinasi ubat untuk selesema (oseltamivir) dan HIV (lopinavir dan ritonavir).
Namun pada pertengahan Mac, Thailand telah mengalami peningkatan mendadak berikutan
beberapa kluster transmisi daripada pertandingan Muay Thai di Stadium Tinju
Lumpinee, 6 Mac. Seminggu berikutnya, kes baharu disahkan meningkat lebih daripada
seratus sehari.
Ekoran daripadanya pihak berkuasa Thailand telah
menguatkuasakan penutupan tempat awam dan aktiviti perniagaan di Bangkok dan
beberapa wilayah lain.
Apabila penularan Wabak COVID-19 yang dianggap mendadak (dalam seminggu purata
kes baharu sekitar 150 sehari), maka Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengisytiharkan keadaan darurat berkuatkuasa
pada 26 Mac. Selepas itu, perintah
berkurung diumumkan berkuatkuasa malam 3 April 2020.
Rekod awal penularan
Pendirian Kerajaan
Thailand mengenai Wabak COVID-19 semenjak awalnya ditumpukan kepada pengawasan
dan penelusuran kontak antara individu berpandukan model respons tiga tahap
Jabatan Pengendalian Penyakit. Pemeriksaan suhu setiap individu yang pulang
dari luar negara, kemudian individu yang bergejala akan menjalani pengujian
coronavirus semasa ketibaan di lapangan terbang antarabangsa, dan selepas itu individu
yang mempunyai sejarah perjalanan atau kontak gejala COVID-19 terus dibawa ke hospital
untuk rawatan sebagai pesakit.
Dalam pada itu, langkah-langkah
bagi membendung orang awam terdedahkan kepada kemungkinan jangkitan COVID-19 dilaksanakan
melalui penyiasatan terhadap kelompok yang terdedah wabak, memberi kesedaran
dan pendidikan awam ditumpukan kepada kumpulan berisiko agar mengamalkan kebersihan
(terutama mencuci tangan) dan mengelakkan daripada menyertai perhimpunan ramai
(termasuk memakai topeng muka jika terpaksa menyertai). Sementara mana-mana warga
negara yang pulang dari negara berisiko tinggi dikehendaki menjalani kuarantin
diri.
Berikutnya, dikuatkuasakan
larangan perjalanan mulai 5 Mac setelah
adanya negara yang diisytiharkan sebagai "zon yang dijangkiti penyakit."
Lalu dikuatkuasakan wajib kurantin terhadap mana-mana pelancong yang yang
datang dari negera yang berrisiko tinggi Wabak COVID-19. Selanjut pada 19 Mac, mana-mana
pelancongan antarabangsa (warga asing) yang masuk hendaklah mengemukakan sijil
perubatan dan juga insurans kesihatan. Berikutan langkah dan kuatkuasa syarat
yang agak ketat itu ketika wabak baharu menular, Kerajaan Thailand telah
dikritik hebat.
Ini adalah antara
beberapa nota kronologi perkembangan penularan Wabak COVID-19 di Thailand
sebelum merebak pada bulan Mac.
Sementara perkembangan dalam Negara kita, hari ini (8 Mei) tiada rekod kematian dengan 68 kes baharu dan 88 orang yang berjaya dirawatpulih. Ia menjadikan jumlah kumulatif berjaya dirawat pulih sebanyak 4,864 orang dan yang masih dirawat seramai 1,564 orang. Oleh itu, keseluruhan kes 6,535.
Apa yang pasti, dalam tempoh PKPt4 dengan amalan new norms - pihak Kerajaan kita telah menguatkuasakan PKP Bersyarat yang membenar pergerakan meretasi sempadan dan aktiviti perniagaan dibuka, tetapi hendaklah berpandukan SOP yang ketat. Pihak Kesihatan turut terlibat di dalam Operasi Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Justeru setiap premis perniagaan akan diarah ditutup atau diberi amaran di bawah Peruntukan Seksyen 18, Akta 342 bagi memastikan premis-remis perniagaan yang beroperasi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Tujuan SOP yang ketat itu ialah bagi mempastikan setiap premis perniagaan hendaklah mengutamakan pelanggan agar terselamat daripada sebarang jangkitan COVID-19 - menyediakan sanitizer, penjarakan antara pelanggan, pemeriksaan suhu badan dan mencatatkan maklumat pelanggan serta jumlah pelanggan terkawal.
Sesungguhnya, walau apa jua ikhtiar kita bagi mengekang Wabak COVID-19 ini, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa apa jua yang dirancang dan dilaksanakan, di sananya Allah yang berkuasa untuk menentukan perancangan dan pelaksanaan itu akan berjaya.
WalLahu'alam.

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya (A-li'Imraan 3:54).
Namun kita seharusnya ingat, Wabak COVID-19 ini adalah dari Allah dan perginya wabak ini nanti adalah dengan kehendak Allah jua.
WalLahu'alam.
No comments:
Post a Comment