07 May, 2020

COVID-19: Malaysia boleh kongsi pengalaman terbaik Taiwan

The small cases of COVID-19 in Taiwan
"Malaysia shall sharing"

Tiada yang terbaik sikap kita dalam mendepani cabaran Wabak COVID-19, melainkan kita sedia berkongsi dengan negara yang berpengalaman berjaya mengekang penulatannya. Sehingga kini, terdekat dengan kita ialah Thailand dan terjauh sedikit ialah Taiwan. 

Sehubungan itu, posting kali ini sukacitanya mari kita meninjau ke arah TAIWAN yang mempunyai infomasi mantap yang mutakhir ini mempunyai kelok mendatar kes COVID-19. Di sana terdapat kelebihan tersendiri di dalam mengatur langkah dan tindakan serta persiapan awal sehungga mencapai prestasi merawat pulih pesakitnya pada kadar 77.22% dengan hanya enam (6) kematian. Sama-sama kita meneliti kekuatan Negara Taiwan yang duduknya dibirai Tanah Besar China.



Jumlah jangkitan COVID-19 Taiwan pada masa ini sebanyak 439, walaupun pulau ini berdekatan dengan punca wabak itu di Negara China. Para pakar mengatakan tindakan awal telah membantu menghentikan krisis kesihatan awam.
Lebih dari dua bulan setelah coronavirus yang baru muncul dari bandar Wuhan di China, lebih daripada 1.4 juta orang di puluhan negara di seluruh dunia telah dijangkiti.
Jangkitan COVID-19, bagaimanapun, telah menyelamatkan Taiwan, walaupun pulau itu dekat dengan asal usul virus.
Ketika wabak pertama kali bermula pada bulan Januari, beberapa pakar meramalkan bahawa Taiwan akan mempunyai jumlah kes tertinggi di luar daratan China.
Walau bagaimanapun, sementara China daratan memiliki lebih dari 80.000 kes COVID-19 hingga kini (6 Mei 2020), Taiwan kekal dengan jumlah kes antara yang terendah. Beberapa pakar kesihatan antarabangsa memberi penghargaan berikutan persiapan pantas dan langkah intervensi awal Taiwan.

Taiwan mengambil tindakan awal (early action)
"Oleh kerana pengalaman perit yang dipelajari Taiwan semasa wabak SARS pada tahun 2003, negara ini lebih bersedia dalam menghadapi wabak koronavirus berbanding negara lain," kata Dr Chunhuei Chi, seorang profesor kesihatan awam di Oregon State University, Amerika Syarikat.
Kerajaan Taiwan megambil langkah larangan perjalanan ke atas pelancong dari China, Hong Kong dan Macau sebaik sahaja jumlah kes koronavirus mulai meningkat di Negara China. Ia termasuklah berusaha mencukupkan bekalan topeng dan menguatkuasakan pemakaian kepada rakyatnya seawal akhir Januari, Kerajaan Taiwan mengawal bekalan topeng muka yang ada untuk kegunaan yang mencukupi bagi warganegaranya dan memastikan bekalan itu boleh dibeli dengan mudah di farmasi seluruh Taiwan. Dasar dan kuatkuasa sebegini telah dipakai di negara-negara lain seperti Korea Selatan, Eropah termasuk di Malaysia.
"Taiwan memanfaatkan kekuatan sektor pembuatannya dan melabur sekitar $6.8 juta (€ 6 juta) untuk menggerakkan 60 pusat pengeluaran topeng baru dan telah memgupayakan pengeluaran topeng harian Taiwan dari 1.8 juta topeng menjadi 8 juta topeng – di sananya menyebut 'Topeng Ajaib Taiwan" (Taiwan’s Mask Miracle)
Kerajaan Taiwan juga memberikan sokongan bagi mereka yang dikuarantin. Pemimpin tempatan turut sama membantu menyediakan beg keperluan asas seperti makanan atau buku kepada individu yang dikuarantin. Langkah kuarantin telah  dikuatkuasakan dan pihak kerajaannya juga melancarkan program kesejahteraan yang memberikan elaun harian $30 kepada mereka yang terkena kuarantin selama dua minggu (14 hari) seperti juga di Malaysia. Sekaligus menjadi dorongan dan sikap terbuka rakyatnya untuk tampil dengan rela hati bagi melaporkan kes-kes jangkitan demi mendapat insentif tersebut.
Sebenarnya Taiwan sebuah Kerajaan demokratis yang menyayangi rakyat melalui pendekatan kuarantin untuk mengekang Wabak COVID-19, dan ini sangat berbeza dengan negara yang mengabaikan hak rakyat. Justeru keadilan untuk rakyat dengan memanfaatkan sumber negara dan kemajuan teknologinya dengan tepat sesuai dengan masanya demi pengawalan wabak secara mesra.

Taiwan melawan disinformasi
Semasa Taiwan begitu terfokus mengekakng Wabak COVID-19, berlaku lonjakan pelbagai salah lapor mengenai COVID-19 dipentas-pentas media sosial. Bercampur dengan sikap sesetengah pihak yang mempunyai maklumat tentang COVID-19 dari negara China sehingga berlaku para penyelidiknya mengambil langkah memerangi kembali kempen penyimpangan maklumat dari Tanah Besar China.
Antaranya, muncul Taiwan FactCheck Centre, sebuah NGO yang memfokuskan usaha memerangi maklumat yang tidak benar – langkah pantas memberitahu masyarakat umum mengenai kempen-kempen disinformasi yang kebanyakannya ditujukan kepada inisiatif pihak Kerajaan Taiwan. Ia semacam suatu “gelombang kempen disinformasi”  yang menggunakan krisis kesihatan sebagai cara baru untuk menyerang kestabilan Taiwan, sebagaimana disahkan oleh Nick Monaco, pengarah makmal perisik digital di Institute for the Future. Namun polisi komunikasi yang telus antara kerajaan dan masyarakat sivil di Taiwan cukup membantu negaranya menangkis kempen maklumat.
Hal yang sama telah diambil oleh Kerajaan Malaysia pada setiap hari TV1 mengadakan slot menangkis “Berita Palsu” sebagai kempen tindak balas memurnikan kekalutan masyarakat ekoran PKP bagi mengawal kemungkinan penyularan Wabak COVID-19.
Langkah sebegini ditangani menerusi Pusat Pemeriksaan Fakta Taiwan dapat melawan khabar angin yang tersebar luas telah berjaya meredakan masyarakat untuk terus berdisiplin bersatu mengekang penularan Wabak COVID-19.

Penyelidikan perubatan Taiwan
Satu lagi kekuatan Taiwan ialah telah melabur sekian lama di dalam bidang penyelidikan bioperubatan (biomedic). Dalam beberapa dekad terakhir ini telah berjaya melahirkan pasukan penyelidik kompeten dalam melakukan ujian diagnostik pantas untuk pengesahan jangkitan COIVD-19.
Mereka memiliki Academia Sinica Taiwan (AST) yang berjaya menguji antibodi bagi digunakan dalam mengenal pasti protein yang menyebabkan koronavirus – bertujuan untuk menghasilkan keputusan ujian dalam masa singkat dan dapat memendekkan jangka waktu diagnosis dengan hanya mengambil masa 20 minit.
Ketua Penyelidik AST,  Dr. Yang An-Suei, membuktikan pada 8 Mac berjaya menghasil dan melancarkan kit ujian pantas COVID-19 di Taiwan. Kejayaan ini telah mendorong Taiwan terus berkongsi pengalamannya memerangi wabak COVID-19 dengan negara-negara lain secara tulus. Mereka berkongsi strategi pencegahan wabak melalui telekonferensi dan bersedia membantu negara-negara yang tidak memiliki kemampuan perubatan untuk memproses sampel dari pesakit.
Mungkin Malaysia boleh mengambil peluang dan memanfaatkan pengalaman Taiwan ini secara terbuka dan ini boleh mengimbangi langkah yang telah diambil, iaitu berkongsi pengalaman dengan pakar dari China pada bulan lepas.
Keupayaan Taiwan ini harus dilihat sebagai sesuatu yang diperlukan dan melakukan perkongsian pengalaman, meskipun mereka tidak memerlukan kita untuk berkongsi dengan ita untuk mengekang Wabak COVID-19 di tempat kita.

Teknologi untuk pengesanan awal (early detection)
Kerajaan Taiwan juga telah menggunakan teknologi data untuk membantu pegawai perubatan bagi mengenal pasti dan mengesan pesakit yang sedang diuji dan individu berisiko tinggi.
Menurut Dr. Jason Wang, seorang pakar dasar kesihatan awam di Universiti Stanford, Amerika Syarikat (disiarkan dalam Journal of the American Medical Association) mendapati penggunaan teknologi data Taiwan untuk mengesan lokasi mereka yang berada di bawah kuarantin berasas SOP yang jelas.
"Pemerintah akan menghubungi anda dan berusaha mengesan lokasi di mana anda berada, sehingga berjaya membawa mereka yang terkait dengan jangkitan dibawa menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. Di samping pihak Taiwan juga dikatakan berjaya menghalang mana-mana individu keluar dari lokasi kuarantinnya." 


Taiwan's coronavirus response is among 
the best globally

Berikutan James Griffiths dari CNN (5 April 2020) menganggapkan Taiwan adalah antara negara yang terbaik mengawal COVID-19 bertaraf dunia (the best globally). Menurutnya, pada 25 Januari, ketika dunia mula sedar mengenai bahaya novel coronavirus (sebelum dijenamakan COVID-19) tersebar dengan cepat ke luar dari Wuhan, China didapati Australia dan Taiwan telah mencatatkan empat jangkitan baru. Lalu pihak berkuasanya telah mengambil tindakan cepat iaitu langkah kawalan ketat terhadap sesiapa yang memasuki negera mereka, dan juga memastikan sesiapa yang pernah ada hubungan perdagangan dan pengangkutan yang kerap dengan Negara China. Namun apa yang terjadi, sepuluh minggu selepas itu, Australia mengalami penularan Wabak COVID-19 hampir 5,000 kes positif, sementara Taiwan mempunyai kurang dari 400 kes positif.

Persoalannya bukanlah apa yang Australia lakukan salah, begitu juga 20 negara mempunyai lebih banyak kes daripada Australia, dan tujuh negara mempunyai lebih dari 10 kali lebih banyak kes COVID-19- tetapi bagaimana Taiwan dapat mengawal virus itu ketika bahagian lain di dunia tidak berupaya melakukan.

Taiwan mengambil pengajaran daripada pengalaman sukar
Semasa wabak sindrom pernafasan akut (SARS) yang teruk pada tahun 2003, Taiwan adalah antara wilayah yang paling teruk, bersama dengan Hong Kong dan Selatan China. Lebih daripada 150,000 orang dikuarantin di suatu pulau itu terletak 180 kilometer (110 batu) di kawasan pesisir pantai Tenggara China.Ketika itu, 181 orang telah mati.
Mereka mengambil pengajaran daripada Waak SARS itu dan sekarang mereka memanfaatkan tentang bagaimana untuk mengekang Wabak COVID-19. Satu daripada pengajaran yang diambil ialah keperluan bertindak lebih cepat terhadap dan menganggapkan suatu bahaya dengan lebih serius. Lalu langkah yang telah diambil seawalnya oleh Kerajaan Taiwan berbanding dengan negara lain di dunia. Ia melibatkan koordinasi dan keseriusan bukan sahaja di peringkat kerajaan dan masyarakat, malahan turut diperketatkan kawalan sempadan dan amalan pergerakan sosial, pembudayaan rutin aspek pemakaian topeng muka seawal Januari di serata Taiwan.

Sistem Kesihatan bertaraf dunia
Demikian pula, Taiwan mempunyai Sistem Kesihatan bertaraf dunia dan  dengan liputan meluas ke segenap pelusuk negara. Ketika berita tentang coronavirus mulai muncul dari Wuhan menjelang Tahun Baru Cina, para pegawai di Pusat Komando Kesihatan Nasional (NHCC) Taiwan yang ditubuhkan semasa meneghadapi Wabak SARS telah bertindak pantas untuk menanggapi potensi ancaman.
Menurut laporan Journal of the American Medical Association (JAMA), Taiwan dengan cepat menghasilkan dan melaksanakan senarai sekurang-kurangnya 124 item tindakan dalam lima minggu terakhir untuk melindungi kesihatan awam. Ia diperkuatkan oleh dasar dan tindakan ketat mengawal sempadan.
Ketika itu, kebanyakan negara masih berdilemma dan berdebat sama ada akan mengambil langkah dan tindakan tegas.
Sementara itu, kajian yang dilakukan pihak Johns Hopkins University (Januari Lalu), mengatakan Taiwan adalah salah satu kawasan yang paling berisiko di luar Tanah Besar China - kerana jarak yang dekat dari segi komunikasi dan hubungan pengangkutan.
Menyedari keadaan iti, Kerajaan Taiwan telah mengambil langkah awal untuk melarang perjalanan individu atau kumpula pelancong dari kebanyakan tempat di China, menghentikan kapal pesiaran berlabuh di mana-mana pelabuhannya, dan mengenakan hukuman yang keras bagi sesiapa yang didapati ingkar perintah kuarantin di rumah.
Pada masa yang sama, berusaha meningkatkan penghasilan topeng muka untuk menjamin keperluan tempatan dan melancarkan saringan/pengujian koronavirus di seluruh Taiwan - termasuk menguji semula orang yang sebelumnya tidak mengalami radang paru-paru - dan mengumumkan hukuman berat kepada sesiapa yang menyebarkan maklumat palsu mengenai COVID-19.
Justeru itu, apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Taiwan, ramai pakar dalam bidang berkaitan menyifatkan tindakan cepatnya dan keberkesanan tindakan dalam mengekang dan mencegah Wabak COVID-19 berskala besar, maka seharusnya ia dijadikan panduan bagi negara lain.
Apa yang pasti Taiwan telah belajar dari pengalaman SARS tahun 2003 dan mewujudkan mekanisme pengawalan kesihatan masyarakat secara pantas serta berjaya mengekang krisisnya. Pasukan perubatan yang terlatih dan berpengalaman berjaya mengesan, menguji dan merawatpulih, sekaligus terdapat struktur pengurusan kecemasan yang efektif mengatasi penularan wabak.
Ternyata Taiwan sebuah negara demokrasi dan bukan seperti China yang autokratik sahaja mampu menghadapi penularan Wabak COVID-19. Hasilnya dapat disaksikan bahawa Taiwan berada dalam kedudukan yang kuat setelah berminggu-minggu melarang eksport topeng muka untuk memastikan bekalan domestik. Kini mungkin mereka boleh menyumbangkan pengalaman dan kepakaran untuk negara-negara lain yang terjejas teruk. Maka, ada baiknya Negara kita boleh mengambil pendekatan yang sewajarnya bagi melestarikan situasi penularan Wabak COVID-19 kepada kesejahteraan sosial dengan norma yang aman kepada kita semua. 

Hebatnya kalau kita boleh mengambil pendekatan terbuka untuk mempastikan penularan Wabak COVID-19 ini dapat dihentikan. Namun, seharusnya kita tidak lupa, hakikat wabak ini adalah satu test design daripada Allah SWT bagi menguji sejauh mana kita berikhtiar dengan segala keupayaan dan pada masa yang sama kita terus mengharapkan pertolongan-Nya agar memberi kejayaan di atas segala-gala ikhtiar kita. Oleh itu, teruslah kita berdoa dan bermunajat memohon penyelesaian daripada Yang Maha Kuasa.
WalLahu'alam.

  

No comments: