Perkembangan Wabak COVID-19 di seluruh dunia masih meletakkan situasi kita dalam keadaan tidak bebas. Realitinya masih menular. Dengan jumlah kes seluruh dunia mencecah lebih 3.5 juta, kira-kira satu petiga sahaja yang telah dirawatpulih dan masih terdapat 2.1 juta dalam proses rawatan. Keadaan ini sudah tentu kita masih dalam pengaruh Wabak COVID-19 yang sedang menular. Lebih-lebih lagi Amerika Syarikat masih bergelut dengan penularan dan dengan beban rawatan di hospital berjumlah 941,670 (79.21%) pesakit. Begitu pula, Britain (UK) dalam tempoh terkahir ini masih gagal mengisytiharkan jumlah pesakit yang berjaya dirawatpulih, sedangkan jumlah pesakit dirawat di hospital berjumlah 157,809 orang. Keseluruhan daripada lapan negara tertinggi kes Wabak COVID-19, hanya Turkey dari rantau Asia yang mempunyai rekod ke-18 tertinggi bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan negara-negera Eropah. Kesemua negara yang mengidap COVID-19 yang tertinggi di dunia ini dikatakan kerana negara tersebut mempunyai ramai penduduk senior citizen (warga emas) dan mereka didapati amat berisiko serta mudah dijangkiti ekoran daya imuniti yang lemah.
Begitu pula, rekod penularan di peringkat Asia, meletakkan kita merasa situasi yang masih terikat dengan "wabak penularan" di merata negara. Jumlah kes kumulatif bagi Asia berjumlah 563,577 keseluruhan kes, bermakna 15.72% daripada juemlah kumulatif dunia. Negara Turkey mendahului negara-negara rantau Asia dengan jumlah 126,045 (22.37%) keseluruhan kes.
Dalam senarai tujuh negara Asia yang tertinggi kumulatif keseluruhan kes COVID-19, Singapura adalah negara dari Asia Tenggara yang ke-7 dan prestasi dirawatpulih pula adalah pada kadar 7.5% adalah sesuatu yang membimbangkan. Singapura adalah antara negara terendah prestasi rawatpulih bersama-sama dengan Pakistan (27.69%) dan Arab Saudi (15.30%).
Negara China pula sebagai negera terawal menular Wabak COVID-19 telah dilihat sebagai tertinggi jumlah berjaya rawatpulih (93.83%) dengan baki yang sedang dirawat hanya 481 pesakit atau hanya 0.58%. Kini China menjadi negara rujukan dunia bagi berkongsi pengalaman pendekatan dan peralatan bagi mengekang penularan dan merawat COVID-19.
Sementara itu, Singapura pula mewakili negara dari rantau Asia Tenggara yang menduduki tangga ke-7 daripada senarai negara tertinggi Wabak COVID-19 di Asia. Selain itu, Indonesia di ranking ke-12, Filipina ke-15 dan Malaysia rangking ke-16 tertinggi di Asia.
Walau bagaimanapun, bandingan jumlah kumulatif kes, didapati Filipina dan Malaysia masih di bawah 10 ribu. Terdapat 14 negara yang telah mencecah 10 ribu keseluruhan kumulatif kes. Pola pertambahan di kebanyakan negara Asia ini adalah berkaitan rawat dengan kegagalan negara berkenaan membuat pengessanan dan pengawalan atau pencegahan awal, di samping tindakan yang didapati kurang tegas untuk mengekang penularan. Sedangkan rekod penuaran bermula dari China pada penghujung tahun 2019 dan kebanyakan negara mengambil langkah lockdown atau kawalan pergerakan pada Mac 2020. Dalam tempoh itu (Januari - Mac) telah berlaku penularan meluas berikutan pergerakan pelancong serta individu dari China sebagai kluster utama penyumbang Wabak COVID-19. Hal ini telah dibuktikan berlaku di Singapura, Indonesia dan termasuklah Malaysia yang menyumbang penularan adalah kluster import. Justeru iti, pendekatan yang disepakti oleh kebanyakan negara adalah menutup pintu masuk/sempadan negara dari sebarang kemasukan kluster import - tidak membenar kemasukan warga asing dan warga negara sendiri yang pulang pula diwajibkan menjalani saringan, kuarantin selama 14 hari dan memberi raeatan segera bagi mereka yang disahkan positif.
Sehingga kini, Malaysia seperti juga negara-negara Asia lain masih menghadapi situasi penularan Wabak COVID-19. Situasi ini masih meletakkan Malaysia bukan negara yang selamat dan tidak mudah untuk bebas daripada penularan. Berdasarkan rekod tiga hari pertama bulan Mei ini, terbukti pertambahan kes baharu meningkat, dan mulai hari ini (4 Mei) jumlah kes baharu menurun, tiada kes kematian dan jumlah yang dipulihrawat seramai 71 orang. Berdasarkan perkembangan ini, kita masih belum selesa untuk berada dalam situasi bebas Wabak COVID-19. Hakikatnya selagi angkat satu digit bagi kes baharu dan 1,764 kes lagi sedang dirawat bukanlah bacaan sebenar untuk mengatakan kita sedang berada perkembangan mendatar. Apa yang pasti Negara kita sedang dan masih menular. Tambahan lagi, kita masih mempunyai belasan ribu kes yang sedang dikuarantin, maka kemungkinan kes baharu masih besar.
Sehubungan itu, langkah Kerajaan mengenakan kuatkuasa PKPt4 sekarang adalah suatu proses mendidik dan mendorong masyarakat untuk terus berdisiplin dengan sikap bersama-sama menjaga diri sendiri daripada dijangkiti Wabak COVID-19. Meskipun mulai ini, PKP telah memasuki fasa PKP Bersyarat dan ia bukan suatu kelonggaran yang menyebabkan kita bersikap mengabaikan urusan menjaga diri sendiri. Sebaliknya PKP Bersyarat harus dipraktikkan dengan penuh disiplin diri agar mematuhi panduan dan SOP yang telah disepakti mulai PKP tahap pertama lagi.
Semoga kita tidak serik untuk berdoa dan meletakkan pergantungan tinggi ke hadarat Allah SWT, hanya Dia sahaja yang menentukan Wabak COVID-19 akan beredar dari terus menggerunkan kita. Kita makhluk-Nya hanya mampu berusaha dan berikhtiar dari segi pengawalan, pencegahan, pemulihan dan perawatan. Sesungguhnya, komitmen tinggi para frontliners, pasukan perubatan dan kuatkuasa Kerajaan, kesemuanya merupakan usaha dan ikhtiar bagi menamatkan penularan Wabak COVID-19 sahaja. Hakikatnya, Allah SWT mempunyai perhitungan di sebalik Wabak COVID-19 ini. Kita bertanggungjawab menerimanya dengan redha dan sentiasalah kita berserah kepada-Nya dan berdoa agar Wabak COVID-19 ini diangkat oleh-Nya jua.
WalLahu'alam.
No comments:
Post a Comment