06 April, 2009

Bukit Gantang: PR menang?

Berdasarkan mood pengundi yang disokong oleh rakyat Perak dari pelbagai kaum, Pakatan Rakyat boleh diisytihar menang!! Kenyataan ini boleh dikongsi bersama berasaskan senario yang wujud di Bukit Gantang.
Berdasarkan sambutan pada penamaan calon yang menyebelahi PR apabila perarakan itu disertai kira-kira 50 ribu rakyat yang datang menzahirkan sokongan tinggi terhadap YB Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludddin (Ir. Mohd Nizar) selaku calon. Pada pusingan awal ini, majoriti mood rakyat yang disokong oleh senario hangat politik Perak sejak berlaku rampasan mandat rakyat pada 5-6 Februari lalu boleh diratingkan sebagai menang PR.
Kesannya rakyat telah bangkit (dalam perarakan calon PR) bagi menyatakan bangkangan terhadap tindakan anti sistem yang dimulakan oleh Dato' Seri Mohd Najib yang menggunakan taktik permainan kotor.
Apabila berlakunya pilihan raya kecil Bukit Gantang, maka ruang terbuka luas bagi rakyat membuktikan mandat rakyat pada pilihan raya umum 2008 adalah masih kekal. Justeru itu, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang membuktikan bahawa rakyat tidak merestui kerjatangan Mohd Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 Mac lalu.
Selanjutnya, bagi membuktikan bantahan rakyat Perak terhadap permainan kotor rampasan mandat rakyat itu, ia telah diterjemahkan melalui sambutan hangat kempen calon PR dan isu-isu yang disampaikan kepada setiap pengundi. Ia disusuli dengan sambutan luar biasa kehadiran kali pertama Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS ke Bukit Gantang, diikuti dengan Penasihat Umum KeADILan yang ceramahnya berdepan dengan halangan polis atas alasan akan membawa kesesakan teruk trafik.
Mood tersebut berkekalan sebaik sahaja Ir. Mohd Nizar diamanahkan sebagai calon yang berdepan dengan calon BN dan Bebas. Calon BN mahupun Bebas adalah memiliki populariti yang jauh tercorok berbanding Ir. Mohd Nizar. Setiap kali kempen peribadi anjuran calon PAS secara langsung mahupun tidak adalah mendapat publisiti percuma beberapa media perdana (kerana melaporkan isu-isu manipulatif seperti peristiwa tazkirah di Masjid Simpang). Begitu juga media berbahasa Mandarin turut melapor secara terperinci pergerakan kempen calon PR itu.
Kesemua senario itu, membawa kepada ramalan awal perjalanan kempen adalah berpihak kepada PR, maka PR layak menang.
Sehinggalah Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin dan Dr. Zambry Menteri Besar 'rampasan mandat rakyat' begitu tertekan. Begitu pula, Naib Presiden UMNO Satu, Zahid terpaksa berkempen secara 'unIslamic' menggunakan hiburan 'panas' (disertai tarian gadis terdedah) untuk meraikan kumpulan pengundi muda Cina!! Gambar Malaysiaikini membuktikan. Walaupun itu adalah melanggari nilai-nilai masyarakat Melayu Bukit Gantang, ia terpaksa dilakukan demi meraih simpati pengundi Cina yang sedang menolak calon BN yang mirip wajah Dr. Zambry itu. Begitu pula di dalam usaha memenangi jiwa 'agama' pengundi Melayu, Muhyidin telah terpaksa menjadi imam solat di salah sebuah masjid diikuti dengan majlis sumbangan 'wang' untuk pengerusi-pengerusi masjid (bukan rasuah kerana ia dibuat atas nama agensi kerajaan, walaupun tujuannya untuk meraih undi). Sedangkan berapa lama dah UMNO memerintah Perak, dan berapa banyak pungutan zakat dibuat dan sudah jutaan ringgit projek pembangunan masjid diluluskan dalam bajet kerajaan... masjid yang ada terus diabai sehingga berlaku pilihan raya kecil barulah disalurkan sumbangan untuk pembangunan masjid! Pihak bukan BN mempersoalkan: Tindakkah itu satu cara memperalatkan masjid dan imam serta pengerusi masjid; menerima wang politik yang mirip kepada rasuah. Mungkin Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh mentafsirkan itu sebagai rasuah dari pemimpin UMNO untuk kelompok pengundi!! Sekiranya pengundi Melayu Bukit Gantang dalam memahami tindakan sumbangan wang politik itu adalah amalan rasuah dan amalan rasuah pengundi adalah tradisi kempen pilihan raya BN, maka fahaman ini akan menyebabkan pengundi Melayu bakal melakukan react dengan mengundi calon PAS Ir. Mohd Nizar layak berada dipihak menang!!
Meskipun calon PAS menerima serangan peribadi yang teruk dalam dua isu utama: penderhaka dan boneka Cina. Kedua-dua isu ini dinilai oleh pemerhati bebas sebagai chewgum yang terlekat dalam ketiadaan air liur sahaja. Ini bermakna pengundi muda yang bermaklumat tidak mudah dipengaruhi. Kerana dua isu ini adalah 'klasik' dan bersifat order lama. Hal ini memungkin pengundi muda kekal bersama PR yang statusnya majoriti mengundi PR. Rating ini adalah melayakkan PR menang!!
Bagaimana pula pengundi wanita? Apakah dengan peralihan pimpinan wanita UMNO, kekalahan Rafidah Aziz yang sekian lama membawa imej wanita Perak dalam arus nasional masih membawa kelebihan kepada calon BN. Apa yang berlaku, segelintir pengundi wanita diberitahu 'calon kite' adalah peminat pusat hiburan di Danok. Lalu pemerhati luar yang mendapat respon, betapa Danok itu adalah lokasinya di Thailand adalah pusat hiburan yang berat kepada 'kemaksiatan'. Apakah wanita Bukit Gantang boleh menerima seorang 'calon kite' yang memiliki kegemaran demikian? Persoalan ini terjurus kepada kain pemidang yang tertulis huruf besar "DANOK" berwarna biru (gambar). Ia boleh jadi satu isyarat daripada kumpulan wanita prihatin ditujukan kepada Ismail bukannya Kamarul bukan juga Ir. Mohd Nizar. Jika tafsiran ini tepat, sudah pasti pengundi wanita tidak akan berfikir banyak kali untuk tidak mengundi BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang!! Layaknya PR dapat memanangi hati wanita, kerana Ir. Mohd Nizar dilihat bebas dengan imej "DANOK".
Daripada analisis senario di atas, blog ini merumuskan: Dalam kempen yang normal, tanpa penglibatan ugutan pihak samseng terhadap pengundi Cina dan India, mahupun Melayu, maka PR menguasai kempen dan layaknya mencapai kemenangan. Namun Tuhan yang Esa adalah perancang mutlak, manusia sekadar merancang untuk mencapai segala tujuan. Tujuan itu tetap tercapai bila diizin-Nya.

2 comments:

anaklangkawi said...

Moga saudara mempunyai pahala yg amat banyak & mungkin berdepan dgn calon BN di akhirat kelak kerana dosa memfitnah..

Mungkin Nizar menang ttp saudara telah berdosa besar kerana memfitnah saudara se-islam kamu..

p/s: maaf. adalah menjadi kewajipan utk menegur sesama ummah..

wallahwaqlam..

Anonymous said...

anaklangkawi menegur secara ikhlas atau kerana anda penyokong BN. Tegur juga pemimpin BN yang memakai bini orang lain. Atau anda pura-pura tidak tahu.

Selalu orang cakap kalau tiada angin, pokok tidak akan bergoyang. Tidak tahulah kalau sesorang tu gila sangat goncangkan pokok tersebut.

Tidak salah menegur tetapi biarlah dengan cara yang ikhlas dan bukan kerana kebencian semata-mata kerana pemilik blog ini berat kepada pembangkang.

p/s : berkatalah dengan jujur walaupun kejujuran itu amat menyakitkan.