Khabar pada awal pagi tadi, antara jam 1.00 pagi hingga 7.00 pagi berlaku kes penahanan empat bas yang disyaki membawa pengundi luar memasuki Kuala Trong, DUN Trong. Empat buah bas itu kemudian diparkirkan berdekatan markaz BN. Pihak petugas keselamatan PAS kemudian mengadu kepada polis untuk memastikan penumpang bas berkenaan, adakah bas itu membawa pengundi yang akan menyamardan mengundi di pusat-pusat pengundian. Begitu pula, hasil sekatan jalan (oleh petugas keselamatan PAS) mendapati ada kereta-kereta yang bergerak masuk ke DUN Trong pada jam 4.00 pagi membawa orang yang disyaki (semuanya penumpang wanita) memiliki kad pengenalan beralamat di Negeri Sembilan. Selepas jam 7.00 pagi tadi, bas tadi telah dikawal oleh polis dan keselamatan PAS berjaya dihala keluar dari kawasan pilihan raya, DUN Trong.
Persoalannya, siapakah sebenarnya penumpang bas berkenaan. Jika benar mereka adalah orang yang telah dilatih untuk menyamar sebagai pengundi dan akan masuk mengundi menggunakan kad pengenalan diri yang khusus, sudah pasti inilah taktik akhir BN untuk menang di Bukit Gantang. Taktik ini boleh berlaku kerana sistem kawalan pengundian SPR adalah lemah dan mudah diambil peluang oleh pengundi menyamar.
Mungkin caranya adalah penumpang bas tersebut akan ditempatkan di luar, kemudian mereka akan membawa masuk semula pengundi menyamar itu menggunakan kereta/van peribadi menuju terus pusat-pusat mengundi sasaran. Mereka itu lebih awal telah dibekalkan kad pengenalan diri yang sama dengan butiran identiti pengundi yang tidak dikenali/disahkan tidak keluar mengundi yang ada di dalam senarai pemilih bagi satu-satu saluran!! Justeru itu, jika pemeriksaan rapi tidak dibuat dan langkah scanning dengan cara memaksa pengundi menyamar itu supaya mengisi Borang 11 (Akuan), sudah pasti pengundi menyamar itu akan selesa dan berjaya mengundi.
Sehubungan itu, polling agent perlulah bekerjasama dengan ketua tempat mengundi untuk melakukan scanning terhadap pengundi yang disyakki. Langkah sedemikian penting bagi menjamin proses pengundian dan prinsip demokrasi yang telus berjaya diamalkan.
Sesungguhnya, bagi mereka yang tidak memikirkan persoalan dosa dan pahala akan menggunakan apa cara sekalipun, termasuk melanggari perintah Tuhan Yang Esa. Tindakan menggunakan pengundi menyamar adalah tindakan berdosa, kerana ia melibatkan penyelewengan dan bercanggah dengan prinsip kebenaran serta membawa kesan menzalimi pihak lain. Semuga pilihan raya kecil Bukit Gantang kali ini akan berjalan lancar dan tidak berlaku apa yang dikhabarkan.
No comments:
Post a Comment