Kemenangan rakyat itulah penegasan yang layak diungkapkan sebaik sahaja selesainya tiga pilihan raya serentak: Bukt Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jika ia diibaratkan perlawanan bola, maka keputusannya dua berbalas salah. Gawang Barisan Nasional (BN) disumbat Pakatan Rakyat (PR) dua berbalas satu. Ia sesuatu yang menyeronokkan penonton yang ingin melihat suatu perlawanan yang bertaraf profesional. Kerana kali ini adalah kekalahan hatriks BN di peringkat kerusi parlimen dan perlawanan seri bagi kerusi dun (satu menang/Batang Ai=satu kalah/Bukit Selambau). Namun, beza pilihan raya kecil itu dengan perlawanan bola sepak ialah penontonnya. Rakyat adalah penonton bagi tiga pilihan raya yang bertindak sebagai hakim dan pemilik kuasa pemutus dan peminat bola pula adalah bertiket yang berbayar tanpa kuasa kerana pemilik kuasa adalah 'pengadil.' Realitinya, tiga pilihan raya kecil adalah menyaksikan keputusan penghakiman oleh rakyat yang telah mencipta suatu sejarah yang memeritkan BN - kerana suatu keperitan yang terkesan daripada siri kekalahan daripada pilihan umum 2008, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sesungguhnya nilai keperitan itu mungkin hanya terkesan kepada kepimpinan BN, hatta UMNO itu sendiri. Mahupun secara khusus adalah suatu keperitan yang paling terkesan dihalkum Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pemimpin baru yang memimpin BN dan kerajaan Barisan Nasional!!
Sesungguhnya, Tuhan Yang Esa telah menetapkan semua yang terjadi dalam rukun qadha' dan qadar yang di sebaliknya ada hikmah untuk rakyat Malaysia menghadapi masa depan politik baru.
No comments:
Post a Comment