11 April, 2009

Bukit Gantang: Orang Melayu tolak PAS

Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam!
Mengapakah berlaku begitu? Jawapan spontan ialah kerana di situ majoriti pengundi Melayu mengenali PAS bukan sebagai sebuah parti Islam. Sebaliknya PAS dilihat sebagai parti yang menampilkan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai orang yang terlibat dengan 'sembah derhaka' dan 'boneka orang Cina'. Atas dua faktor ini, populariti PAS merundum di semua kawasan daerah mengundi yang majoriti Melayu. Sementara itu, di kawasan daerah mengundi campuran dan majoriti Cina, PAS telah mencapai populariti yang melonjak! (Lihat jadual analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang di bawah).



Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!
Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.

17 comments:

auku said...

kalu kita tengok pun memang terdapat kemorosotan undi PAS di DUN melayu tetapi tak begitu mendadak, sekadar -5% maximum. UMNO nampak mendapat lebig ramai undi ornag melayu , agak agak +10%. Kita lihat undi melayu seakan 60% bn - 40% pas. beza 20%, bermaksud bukan banyak. Kalau orang pas hanya dapat 30% undi melayu tu kira depa rata rata ditolak orang masyarakat melayu. lagipun tempat ni tempat kuat UMNO. kalau kao buat penyelidkan di kelantan, dimana pas menang 60% undi orang melayu adakah tu bermaksud orang melayu dah tolak BN?
fikir fikirle

Ummu Zaidan said...

Ada 3 UPU Melayu yang PAS meningkat undi di Sepetang iaitu Sg. Limau, Kg. Jaha dan Kg. Menteri.

JPN kena tanya PAS Kawasan yang jaga UPU ini , gerak kerja yang mereka buat sehingga undi PAS boleh naik, majoriti BN kurang sedangkan UPU Melayu lain boleh merudum undi PAS.

JPN jangan malu kepada PAS Kawasan ini.

Tie said...

Pada pendapat makcik la, Pas dah kurang 'aura keislaman'nya. Ramai yang masih harapkan Pas berbalik ke pangkal jalan. Golongan Melayu kurang sedikit mengundi Pas kerana percaya bahawa Pas tidak dapat memainkan peranannya dlm PKR.

Kaum Cina memilih Pas kerana sebab yang sama. Mereka yakin dapat pergunakan Pas untuk kepentingan mereka kerana ketegasan dan kelantangan DAP.

Makcik benar2 harap Pas dapat berdiri sendiri...seperti dulu kerana kehadiran seseorang dlm Pkr telah dengan secara tidak langsung memburukkan imej Pas yang bersih sebelum ini.Moga2 perkara yang berlaku dapat diambil ikhtibar....

nagagua said...

buat orang pas yang mengaku bagus .cuba fikir tentang apa yang saya tulis ni .TANPA KETUANAN MELAYU DIMALAYSIA INI DIMANA LETAKNYA ISLAM YANG DIPERJUANGKAN.CUBA BANDINGKAN DENGAN NEGARA JIRAN KITA INDONESIA TENGUK MACAMMANA ORANG ISLAM YANG 80 PERATUS MENJADI PENDUDUKNYA TAK BERUPAYA MELETAK KAN ISLAM KETEMPAT YANG SEPATUTNYA.KERANA APA TERJADI DEMIKIAN .LU PIKIRLAH SENDIRI

Unknown said...

Assalamualaikum..
Saya nak komen sikit je. terutama kepada ulasan en nagagua. Adakah orang islam di dunia ni hanya orang melayu? orang cina, eropah, india, pakistan, german, amerika dan seluruh dunia ni kena convert jadi melayu terlebih dahulu sblm jadi org islam? susah kalau en naga berfikiran macam ni. Islam ni agama sejagat; untuk pelbagai bangsa dan warna kulit. Islam bukan untuk bangsa melayu semata-mata. bahkan islam diturunkan kepada Rasulullah yg berbangsa Arab. Sejarah tertulis bahawa Rasulullah dan khalifah selepas baginda berusaha menyebarkan dakwah islam, berpolitik (syura), menjalankan ekonomi, perundangan dan sahsiah mengikut tertib dan ulasan berpandukan Alquran dan sunnah. Baginda dan sahabat berjaya menyatukan pelbagai bangsa, warna kulit dan darjat TANPA menggunakan istilah KETUANAN ARAB, atau KETUANAN PARSI atau KETUANAN ROM atau KETUANAN MELAYU yang cuba ditegakkan oleh pemimpin dan warga UMNO. Alhamdulillah, segala kesukaran dan kesabaran baginda dan sahabat, islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia termasuk lah di Malaysia (islam yang syumul, bukan ISLAM HADHARI). Sekilas, secara amnya, sebagai muslim kita sudah tentu terpanggil (getting clear) oleh kesederhanaan islam itu sendiri yang tidak meliputi perbezaan darjat, warna kulit, bangsa atau ketuanan Melayu itu sendiri.. Wallahualam.

Anonymous said...

Tie said...

Kaum Cina memilih Pas kerana sebab yang sama. Mereka yakin dapat pergunakan Pas untuk kepentingan mereka kerana ketegasan dan kelantangan DAP.

Saya ingin memberi sedikit pandangan sebagai orang Cina.

Saya sanggup undi PAS, bukan kerana niat keji ingin menjadikan PAS sebagai boneka DAP. Saya sanggup sokong PAS kerana sekarang saya percaya walaupun sebagai parti Islam, PAS berupaya bertindak adil terhadap kaum lain dan bukannya sekadar melaungkan slogan ketuanan melayu dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Saya sanggup undi PAS kerana saya percaya kepada ketelusan dan sifat peribadi orang yang takut pada tuhan. Saya memang tak faham Islam, tetapi saya hormat pada Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang yang betul-betul mempraktikkan ajaran agama dan bukan sekadar guna Islam sebagai alat politik.

Itu sahaja sebab saya sanggup undi PAS. Kalau PAS keluar dari PR pun, saya akan terus undi PAS jika diberi pilihan antara PAS dan BN.

Anonymous said...

PAS perlu bangun..jangan khayal dengan kemenangan ini..PAS menang pun sebab NIZAR..bukan Nizar menang sebab PAS!!Jadi kepada mana pemimpin PAS..jika anda hendak menjadi parti alternatif kepada UMNO buat lah sesuatu tentang hal ini..Tidak malukah PAS yg mengatakan ia mewakili undi Melayu tapi pada hakikatnya hanya dibawah 50% undi Melayu yg diperolehinya kecuali Kuala Terengganu..Oleh itu janganlah bermimipi lagi..keja kuat dan naikan pertausan sokongan org melayu kepada sekurangnya 55%.

Anonymous said...

Anonymous (April 13, 2009 3:10 PM), I'm a chinese too and I share your opinion exactly :)

Admin007 said...

Salam untuk semua, bagi saya Sebab orang Melayu kurang mengundi PAS bukanlah kerana PAS tetapi dengan pengaruh Pengundi Hantu yang digunakan oleh pihak UMNO, untuk makluman semua cuba lihat kenapa semasa PRU 12, ramai calon komponen BN (MCA.Gerakan,MIC,PPP) kalah teruk??? ini adalah kerana hanya pihak UMNO sahaja yang menggunakan bantuan pengundi Hantu.. dan bukannya sebab Melayu telah muak dengan PAS. Mungkin ada kebenaran terhadap sikap lepas tangan Pimpinan tinggi PAS tapi ianya tidak terlalu serius. Orang Melayu yang mengundi UMNO tu sebenarnya adalah Pengundi Hantu percayalah, saya sebagai bekas ahli UMNO pernah berbuat demikian di DUN Hulu Klang PRU 9..

Anonymous said...

Wahai orang melayu yang seagama denganku. Bukalah mata dan lepaskanlah fikiran sempit dan lapangkanlah dada dengan hakikat yang sebenar. Kemulian sesuatu bangsa itu BUKAN letaknya pada ketuanan bangsa itu sepertimana yang diwarwarkan oleh UMNO yang jelas mengamalkan "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Malah kemulian sesuatu bangsa itu (tidak kira samada dia cina, india, ataupun melayu dllnya.) terletak pada amalan agama dan keperibadian seharian sesuatu kaum itu dalam berteraksi sesama insan. Islam itu bukan hak orang melayu dan ianya adalah untuk semua, tidak kira bangsa, warna kulit, kaya ataupun miskin. Maka, sekiranya pemimpin itu seorang islam, beliau seharusnya menjalankan tugasnya dengan jujur dan adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan sebagainya. Ini adalah perintah dari Allah dan sekiranya kita menyeleweng kita akan dipersoalkan di akhirat nanti dan menerima padahnya. Ketika itu, tiada seorangpun yang dapat membantu kita (anak,bini,suami,saudara,PM,TPM,Tun,Dato Seri,Tan Sri. dan segala yang bermula dengan Duli,YAM,YM dan sbgnya.)kecuali amalan kita semasa berada di dunia yang fana ini.

Jadi janganlah kita mendewa-dewakan ketuanan melayu dalam masa yang sama perkara-perkara mungkar banyak dilakukan oleh orang melayu, pemimpin melayu, dan orang yang mendabit dada sebagai pejuang bangsa melayu.

Lihatlah dan tanyalah pada diri sendiri dengan jujur, berapa ramaikah anak bangsa melayu yang mengagih dadah dan terlibat dengan berbagai kemungkaran ? Kes-kes bayi dibuang di tong sampah, bangsa apakah ibunya ? Di akbar-akbar ramai kakitangan kerajaan, apatahlagi PDRM, yang sering dikaitkan dengan amalan rasuah, bangsa apakah mereka ini ? Malah parti UMNO yang dipelopori bangsa melayu penuh dengan bermacam-macam kemukaran. Fitnah-menfitnah diantara ahli2/pemimpin2, amalan rasuah untuk memancing undian untuk menjawat kedudukan dalam parti, semuanya adalah dalam UMNO. Malah, tidak keterlaluan kiranya seseorang itu mengatakan kekalahan atau kelemahan UMNO itu adalah dari UMNO itu sendiri. Budaya yang diamal oleh UMNo sudah jauh menyimpang dari tujuan asalnya. Untuk menghalalkan rasuah sesama mereka, perlakuan rasuah itu ditukar kepada politik wang dan mengubah undang/perlembagaan UMNO agar pesalah ini hanya akan diadili oleh jawatankuasa disiplin dalaman dan bukan BPR atau sekarang MACC ?

Saya tidak mengatakan PAS sesuatu parti yang tidak mempunyai kekurangan. Tapi sepanjang keujudannya sejak 1951, berapa banyak rasuah yang telah ditemui dalam PAS ? Pernahkah PAS dibawa ke mahkamah oleh ahlinya sehingga diharam oleh hakim atas amalan penipuan ? Malah, PAS (yang mendauliah Islam) kini sudah dapat diterima oleh bangsa cina dan india, walaupun telah diberi gambaran yang menakutkan saban hari oleh media perdana.

Cuba tanya diri dengan iklas. Mengapa bangsa cina dan india kini respect dan memberi kepercayaan kepada Tuan Guru Nik Aziz ? Sekiranya anda jujur .. pasti anda dapat tahu sebabnya. Lihatlah sebaliknya. MB dari UMNO apabila menjawat kerajaan, harta kekayaan menyusulinya. dan lebih ketara, tingkahlaku mereka bongkak dan sombong. Bila tiba pilihanraya .. lembut gusi dari gigi .. !

Anonymous said...

Sebenarnya kalau kita lihat keputusan PRU 12. UMNO masih kuat bertahan di kawasan majoriti Melayu khususnya di FELDA. Sekitar 40 kerusi selamat untuk UMNO.
Kalau PAS berupa mendekati, membelai dan menyakinkan warga Melayu di Kawasan Felda menjelang PRU 13 nanti. Alamatnya bungkuslah UMNO dan BN di Bumi Malaysia ini.

maka sempurnalah teori RAHMAN. Najib menjadi Pm paling singkat. Paling lama tok dalangnya Tun Mahathir selama 22 tahun.

amoi said...

Saya juga adalah salah seorang dari beratus ribu Malaysian Chinese yang menyokong PAS. Saya berani katakan seluruh ahli keluarga terdekat saya (ibubapa dan adik beradik) adalah penyokong PAS. kali pertama dan kedua saya mengundi (PRU 10 & 11), saya pangkah BN. boleh dikatakan propaganda BN telah berjaya mempengaruhi aliran saya pada masa itu.

namun begitu, saya melihat sendiri kesederhanaan pemimpin PAS, contohnya Tok Guru yang tidak pernah sombong dan hidup sederhana walaupun berada di kedudukan yang tinggi dan mampu bermewah. Tok Guru selalu hadir ke majlis2 yang dianjurkan di kuil2 penganut Buddha. Pemimpin2 PAS nampaknya lebih relevant.

Ini berbeza sama sekali dengan pemimpin UMNO yang kebanyakkannya berlagak sombong dan tidak memahami keperluan rakyat.Begitu juga pemimpin MCA yang saya kenal, mereka kabanyakkannya merasakan kedudukan mereka lebih tinggi daripada rakyat. mereka ini lupa bahawa tanpa rakyat, tiadalah mereka.

Oleh itu, kepada Makcik TIE dan rakan2 yang sependapat dengan makcik, saya minta buangkan prasangka bahawa kaum cina menyokong PAS dengan niat mempergunakan PAS. apa yang kita mahu adalah kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.
Kita cuma menyokong pihak yang dilihat mampu berlaku adil, tanpa mengira warna kulit. saya yakin seorang Muslim yang benar2 Muslim menyedari bahawa adalah wajib bagi mereka berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum, seperti yang disebut dalam Surah Al-Mumtahanah, Ayat ke 8.

kalau dulu kami (saya) orang2 cina selalu ditakut2kan oleh MCA bahawa PAS adalah parti Islam yang kejam. namun begitu, selepas saya mengenali PAS, saya dapati yang lebih kejam adalah melayu2 yang berkuasa, bukannya Islam. saya melihat sekarang pemimpin2 PAS dan ahli2nya adalah lebih approachable kepada non-muslim.

kita semua tanpa mengira kaum, adalah rakyat malaysia. Orang2 cina dan india yang lahir di sini hanya memiliki satu tanahair iaitu Malaysia. umpama inilah satu2nya rumah kami, tak mungkin kami tergamak melihat rumah kami dihancurkan.

Makcik Tie, percayalah...sesayang mana makcik kepada Malaysia, sebanyak itu juga kami sayang kepada negara ini.

Ah Kau said...

Saya Cina dan saya pun sokong PAS walaupun saya tidak setuju dengan konsep negara Islam.

Sekiranya PAS dapat menunjukkan bahawa konsep negara islam dapat meningkatkan mutu hidup saya, saya mungkin akan menyokong konsep negara islam. Umno memang tidak relevant.

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah. Sebagai seorang ahli PAS Kawasan Titiwangsa Cawangan Jalan Sungai Baru, Kg. Baru, Kuala Lumpur, saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada respon daripada Amoi April 13, 2009 11:08 PM dan juga Ah Kau April 14, 2009 12:09 AM (tertera di atas)yang mempunyai kepercayaan kepada PAS. Selaku ahli PAS yang memegang jawatan Setiausaha Cawangan, saya merasa syukur kerana usaha-usaha PAS kini mendapat respon yang positif bukan sahaja di kalangan orang melayu, malah daripada rakyat Malaysia yang berbangsa cina, india dan lain-lainnya. Suhubungan itu, saya mengingatkan kepada ahli-ahli PAS termasuk diri saya sendiri, supaya sentiasa berkhemah tinggi dan jujur dalam berinteraksi dengan kaum lain. Sebagai rakyat Malaysia berbangsa melayu yang menyanyangi kesejahteraan, kita hendaklah berlaku jujur dan adil dan tahu menghormati bangsa lain. Dalam kita meraikan kemenangan PAS di dalam peliharaya, janganlah kita merasa ego dan lupa akan tanggungjawab dan kepercayaan yang telah diberi oleh penyokong, melayu mahupun cina dan india. Contohilah pemimpin-pemimpin kita (PAS) dan jauhilah segala kemungkaran.

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Analisis yg tuan pamerkan memberi gambaran betapa masyarakat Melayu luar bandar di sekitar Taiping ini masih berfahaman feudal.
Apa lagi kalau di Lenggong, Grik, Padang Rengas dan Pasir Salak?
Orang Melayu masih kuat dengan budaya dan kepercayaan Hindu purba.
Ramai menajdi Imam dan Bilal, tapi bila soal kepercayaan dan kefahaman Islam masih ditakuk orang Melayu zaman Sultan Melaka.
Langkah berikut adalah merubah minda dan pemikiran mereka.

Anonymous said...

Buat Nagagua,
Analogi anda tentang ISlam d di Indonesia saah dan mengelirukan.
Pak Natsir mahukan hukum Islam tetapi ditolak oleh golongan nasionalis Sukarno yang sealiran dengan UMNO. Cuma mereka mahukan republik.
Yang jelas semuan negara Islam yang majoriti, Islam bukan tewas tetapi penjajah berjaya hancurkan Islam melalui orang yang mengaku Islam tetapi sentiasa menentang Islam.
Siapa menentang hudud dan perlembagaan ISlam di Malaysia?
Siapa yang menghalang pelaksanaan hukum ISlam di Kelantan dan Terengganu?
Mahathir inilah yang dipuja oleh UMNO KONONnya pejuang Melayu Islam.
Jangan salahkan PAS dalam soal ini kerana ramai pemimpin PAS dalam penajara sehingga mati. Dimanakah cakap tentang persaudaraan Islam jika Ghazali Shafie di dewan Rakayt tahun 78an hingga dia hilang kuasa tahun 80an mengatakan PAS lebih bahwa dari komunis?
Dimana UMNO pada masa itu?

anaklangkawi said...

Simple je.

PAS menang krn bukan melayu amat suka dgn perjuangan PAS, DAP & PKR dlm memperjuangankn hak sama rata beragama, hak keistimewaan bumiputra dicabar, raja2 dibuang & Islam sbg agama rasmi dicampak..

itu ja