02 April, 2009
Ruang kempen makin sempit: KDN campurtangan!!
Setiap kali pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum pihak parti daripada Pakatan Rakyat berdepan dengan pelbagai larangan dan peraturan berkempen. Sedangkan parti Barisan Nasional (pakatan 14 parti perkauman) mendapat ruang selesa dan liputan percuma oleh radio, TV dan media cetak milik kerajaan. Dalam keadaan demikian, Pakatan Rakyat hanya mampu menggunakan ruang kempen milik 'rakyat' iaitu pentas ceramah dan rumah-rumah ahli. Dalam limitasi itu, secara spesifik bagi perjalanan tiga piihan raya kecil kali ini: Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (3B), pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak mencampuri urusan parti-parti bertanding dan hak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dengan mengadakan peraturan tambahan untuk menyempitkan ruang kempen pembangkang. Jelas sekali tindakan tersebut sebagai tindakan terdesak dan gangguan demokrasi yang menyokong pihak Barisan Nasional yang tersempit dengan isu Althantuyaa dan kemelut politik Perak!!
Dalam hal ini, jelas sekali pihak polis telah dijadikan plaster untuk menampal lubang kempen Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan adalah bernilai ketidakadilan di sisi peraturan pilihan raya. Persaolannya, apakah taktik ini akan mematikan bicara rakyat terhadap kedua-dua isu tersebut? Sesungguhnya Tuhan Yang Esa tetap melihat dan memahami apa yang dilakukan dan diniatkan atas segala-gala tindakan. Apakah Tuhan memberi pahala kepada Menteri KDN dalam perkara ini. Dari segi nilai sejagat, tindakan KDN itu adalah bercanggah, harapnya Tuhan dapat melihatnya secara adil; apakah itu tindakan benar atau zalim?
Labels:
KDN,
kempen,
pilihan raya kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment