07 July, 2020

COVID-19: Prestasi Malaysia setaraf China

Perkembangan Wabak COVID-19 di Negara China bagi tiga hari terakhir ini (5-7 Julai 2020) adalah meletakkan negara tersebut sebagai berprestasi terbaik di dunia. Sebagaimana maklum, China adalah negara terawal merebak Wabak COVID-19, namun negara tersebut kekal sebagai menjadi negara terawal yang berjaya mengawal penularan Wabak COVID-19.
 
Data tersebut di atas, bagi Negara China, kumulatif kes positif 83,553 (5 Julai), 83,557 (6 Julai) dan 83,565 (7 Julai) dengan kes baharu pada satu digit (8 kes/4 kes/8 kes) dan jumlah yang sedang dirawat juga kecil (403 kes/405 kes/403 kes) mengikut urutan tarikh 5,6, dan 7 Julai.  Jumlah ini amat signifikan jika dibandingkan dengan kadar kebolehjangkitan atau kemungkinan berlakunya kes baharu. Paling signifikan apabila melihat kepada Prestasi Sembuh bagi negara China ialah 93.97% dalam masa tiga hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan tiga hari terakhir di Malaysia juga menunjukkan prestasi agak signifikan seumpama Negara China.
Data kumulatif kes positif di Negara kita ialah 8,663 (5 Julai), 8,668 (6 Julai) dan 8,674 (7 Julai) dengan kes baharu pada satu digit (5 kes/5 kes/6 kes) dan jumlah yang sedang dirawat juga kecil (77 kes/71 kes/72 kes) mengikut urutan tarikh 5,6, dan 7 Julai.  Jumlah ini amat signifikan jika dibandingkan dengan kadar kebolehjangkitan atau kemungkinan berlakunya kes baharu. Paling signifikan apabila melihat kepada prestasi sembuh bagi Malaysia ialah 97.71%; 97.78%; 97.77% dalam masa tiga hari ini.
Justeru itu, perbandingan pola penularan kes-kes Wabak COVID-19 di antara China dan Malaysia maka kelihatan hampir sama. Paling signifikan adalah peratus pesakit yang sembuh bagi Malaysia adalah melebihi 97.71%; 97.71%; 97.77% dan bagi China pula 93.97% dalam urutan tarikh 5-7 Julai. Maka dapat dikatakan prestasi langkah pengawalan Wabak COVID-19 Malaysia adalah setaraf China apabila mengukur dan membandingkan pada peratusan kes sembuh. Alhamdulillah. 
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mempermudahkan urusan di atas usaha Pasukan Perubatan memutuskan rantaian COVID-19.
Wassalam.








No comments: