08 July, 2020

COVID-19: 30 Negara Tertinggi Asia, Malaysia Tertinggi Peratus Sembuh

Hari ini (8 Julai) kita amati data-data perkembangan Wabak COVID-19 di negara rantau Asia yang mengalami penularan tertinggi, iaitu 30 buah negara dengan jumlah keseluruhan kes terendah di Thailand dan India yang tertinggi. Menariknya lagi apabila merujuk kepada jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh, didapati kadarnya berbeza-beza. Bagi keseluruhan rantau Asia 1.85 juta pesakit COVID-19 yang telah sembuh.

Amat menarik lagi, apabila bilangan pesakit (recovered) dikadarkan dengan keseluruhan kes positif COVID-19, maka Malaysia terbaik kerana menduduki ranking tertinggi kadar sembuh iaaitu sebanyak 97.80 %. Terdapat enam negara di Asia yang mencapai kadar sembuh 90% ke atas, iaitu selain Malaysia ialah Thailand ke-2, 96.15%, diikuti nagara Qatar 94.64%, China 93.99%, Singapura 90.52%, dan Korea Selatan 90.38%.
Sesunguhnya perkembangan hari ini di Malaysia seakan-akan mengesahkan bahawa Wabak COVID-19 akan tamat dalam masa terdekat. Hari ini kes baharu hanya tiga (3) kes yang kesemuanya berpunca dari kes import. Sementara jumlah pesakit sembuh adalah lima (5) kes dan jumlah yang sedang dirawat di hospital seramai 70 orang. 
Sekiranya perkembangan ini berlaku secara mendatar dan setara, maka Negara kita akan mencapai angka sifar kes baharu dan sifar juga kes yang dirawat di hospital pada awal Ogos. Ini bermakna tiada lagi penularan Wabak COVID-19 sekitar Ogos nanti, ins sya Allah. Semoga Allah memperkenankan apa yang kami hajat - tiada lagi Wabak COVID-19.
Wallahu'alam.



No comments: