05 July, 2020

COVID-19: 10 turun kepada 5 kes baharu

Perkembangan dalam dua hari ini (4-5 Julai 2020) membuktikan usaha pemulihan bagi membebaskan Negara kita daripada Wabak COVID-19 sedang menuju ke titik penyudah. Ia dilihat logik berikutan jumlah kes baharu daripada 10 kes (4 Julai) telah menurun kepada lima (5) kes (5 Julai). 
    
Apapun, kes dirawatpulih (sembuh) baharu telah menurun daripada 15 kes turun kepada empat (4) kes sahaja. Kebiasaannya perkembangan kes berjaya dirawatpulih/sembuh lebih ramai berbanding dengan pertambahan kes baharu. Misalnya pada 1 Julai, 21 kes sembuh (1 kes baharu) - kes sembuh lebih tinggi 20 kes; pada 2 Julai, 62 kes sembuh (3 kes baharu) - kes sembuh lebih tinggi 59 kes; pada 3 Julai, 9 kes sembuh (5 kes baharu) - kes sembuh lebih tinggi  empat kes; dan pada 4 Julai, 15 kes sembuh (10 kes baharu) - kes sembuh lebih tinggi lima kes. Melainkan pada 5 Julai, menurun kepada empat (4) kes sembuh (5 kes baharu) - kes sembuh lebih rendah satu kes berbanding kes baharu.
Kesannya, jumlah kes yang sedang dirawat di wad hospital tidak berkurang dengan ketara. Pada 4 Julai kes sedang dirawat berjumlah 76 kes, maka pada 5 Julai telah bertambah satu kes yang sedang dirawat (76 kes + 5 kes baharu dan tolak 4 kes sembuh = 77 kes.
Hasilnya, jumlah kumulatif pesakit yang telah sembuh berbanding keseluruhan kes positif Wabak COVID-19 telah bertambah empat (4) kes sahaja daripada 4 Julai sebanyak 8,461 kepada 8,465 orang. Sementara jumlah keseluruhan kes telah bertambah (5 kes) daripada 8,658 kepada 8,663 kes. Begitu juga, tiada rekod kematian dalam tempoh semenjak 15 Jun sehingga sekarang, iaitu kekal 121 kes. Alhamdulillah.
Justeru itu, kita bersyukur Negara kita dengan prestasi kes sembuh mencapai 97.71%. Prestasi ini adalah lebih baik berbanding rekod sembuh peringkat Global (56.59%), dan Asia (67.38%) serta Singapura (90.27%). Semoga kita semua terus kekal dengan gaya norma baharu, demi memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Ins sya Allah kita bakal bebas.
 
Wassalam.



No comments: