10 July, 2020

COIVD-19: Setengah Juta Kematian, Malaysia kembali dua digit

Penularan Wabak COVID-19 berlaku di 213 negara dan wilayah di dunia yang merentasi serata benua. 
Peningkatan kes Wabak COVID-19 di dunia hari ini (10 Julai) telah mencecah 12,404,709 kes setakat siang tadi . Dengan melihat kepada perkembangan semenjak 29 Mei adalah berjumlah 6,026,418 kes. Pada ketika itu, jumlah yang sembuh 2,656,144 kes dan jumlah yang masih aktif (sedang dirawat di hospital) berjumlah 3,003,852 kes serta kematian seramai 366,422 orang. Sementara pada hari ini (10 Julai) keseluruhan kes berjumlah 12,404,709, jumlah yang sembuh 7,235,445 kes dan jumlah yang masih aktif (sedang dirawat di hospital) berjumlah 4,611,521 kes serta kematian seramai 557,743 orang.

Berdasarkan laporan Woldometers, berlaku dalam tempoh sekitar sebulan setengah (29 Mei hingga 10 Julai) peningkatan kes-kes berkaitan COVID-19 adalah kes positif sebanyak 6,378,291, pesakit yang sembuh 4,579,301 orang dan jumlah dirawat di hospital bertambah 1,607,669 orang dan kematian bertambah 191,321 orang.

Penyumbang terbesar peningkatan kes-kes COVID-19 ini adalah dari dua negara benua Amerika – US (3,222,123 kes) dan Brazil (1,762,263 kes) – kekal sebagai negara tertinggi di dunia semenjak 23 Mei lalu. Sehingga 9 Julai, di dua negara tersebut berlaku peningkatan kes baharu 103,974.

Penularan yang sama dan agak ketara berlaku di dua negara Eropah, Rusia (713,936 kes) dan Sepanyol (300,136 kes) dan di dua negara Amerika Latin, Peru (316,448 kes) dan Chile (306,216 kes). Sementara dari negara Asia, India dan mencatatkan kes ketiga di dunia serta tertinggi di Asia dengan  jumlah 798,161kes.

Jika dianalisis kumulatif keseluruhan kes mengikut benua, sehingga hari ini: Amerika Utara berjumlah 3,777,171 kes; Asia 2,817,873 kes; Amerika Selatan 2,736,465 kes; Eropah 2,542,127 kes; Afrika 546,417 kes dan paling sedikit ialah Oceania 11,021 kes sahaja. Ternyata dua benua Amerika itu adalah mewakili 6,513,636 kes atau 52.51% daripada 12,404, 709 kes di dunia. Sementara Asia dan Eropah dengan jumlah kes yang hampir sama yang masing-masingnya mewakili 22.72% dan 22.06%. Berdasarkan pola taburan kes di serata benua ini, terbukti COVID-19 adalah pandemik seprtimana ditegaskan oleh World Health Organization (WHO).

Wabak COVID-19 di Malaysia

Hari ini (10 Julai), rekod penularan Wabak COVID-19 di Malaysia telah berubah, dari nada lega kepada berhati-hati berikutan pertambahan kes baharu yang turut melibatkan Warganegara. Semalam, dengan satu digit, enam (6) kes baharu yang tiada kes dalam kalangan tempatan, tetapi hari ini kembali dua digit, 13 kes baharu yang melibatkan lima (5) daripadanya dalam kalangan tempatan dan 8 merupakan bawaan import. Ini bermakna, selama dua hari sebelum ini, tiada penularan dalam negara, namun hari ini me jadi lima (5) kes adalah daripada penuaran dalam negara.

  
Rekod hari ini, daripada 5 kes tempatan, masing-masingnya dua (2) Warganegara dari Sarawak dan Kuala Lumpur serta satu (1) kes lagi Bukan Warganegara adalah hasil penularan tempatan/dalam negara. Sementara, bagi lapan (8) kes bawaan import didapati satu (1) kes daripada kalangan Bukan Warganegara dan tiga (3) kes dari Indonesia, satu (1) kes pemastautin tetap dari Pakistan, dan masing-masing satu (1) kes Warganegara yang balik dari Indonesia, Rusia dan United Kingdom. 
Jelas sekali, bawaan import kes COVID-19 adalah daripada negara yang berisiko kerana negara seperti India dan Indonesia serta Rusia, sehingga kini negara-negara ini mencatatkan kes positif di antara yang tertinggi di dunia, khususnya India dan Rusia (lihat rekod seperti mana pada ulasan pada awal posting).  
Sehubungan itu, perkembangan harian Wabak COVID-19 di serata dunia, seharusnya kita mengambil iktibar dan komitmen bersama-sama bagi menunaikan amalan kendiri demi memastikan penularan Wabak COVID-19 ini dapat dihentikan, ins sya Allah. 

Wassalam.

No comments: