01 May, 2020

COVID-19: Malaysia terima khidmat China

Hari ini (1 Mei 2020) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan suatu sesi penutupan Lawatan Kerja oleh sepasukan pakar perubatan dari Wilayah Guangdong, Republik Rakyat China (RRC). Ia telah dihadiri sama Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba.

Tujuannya, untuk berkongsi maklumat dan pengalaman antara Malaysia dan RRC dalam pengesanan, pengawasan dan rawatan COVID-19. Pasukan Pakar Perubatan RRC tersebut telah memuji tindakan segera Negara kita dalam menangani Wabak COVID-19. Mereka turut menekankan kepada Malaysia supaya mempertimbangkan beberapa aspek dalam pengurusan mengekang Wabak COVID-19 seperti:-
(i) Mencegah peningkatan kes tempatan dan import;
(ii) Menerus dan memperkembangkan liputan ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR);
(iii) Memastikan keselamatan "tiga barisan petugas hadapan (frontliners)” – hub pengangkutan, hospital dan komuniti;
(iv) Penyesuaian pelaksanaan PKP selaras dengan perkembangan semasa pandemik;
(v) Penggunaan teknologi bagi pengesanan tahap kesihatan individu;
(vi) Pembukaan semula perniagaan; dan

(vii) Pemulihan aktiviti sekolah secara berperingkat.

Peristiwa itu adalah suatu realiti pengiktirafan dan kerjasama erat Malaysia-China, terutama dari segi langkah-langkah Negara kita di dalam menangani Wabak COVID-19 semenjak emoat bilan yang lalu.

Sementara itu, perkembangan Wabak COVID-19 di peringkat Global, Asia dan Asia Tenggara serta Negara kita terus menyaksikan pertambahan kes-kes yang agak ketara. 

Perkembangan  semalam dan hari ini (30 Aprli-1 Mei) menyaksikan pertambahan bagi keseluruhan kes peringkat Global sebanyak 86.964 kes, Asia 12,778 kes dan Asia Tenggara 1,726 kes. Kesan pertambahan ini menyebakan berlaku pula pertambahan kes aktif (sedang dirawat), iaitu peringkat Global telah meningkat sebanyak 44,014 kes, Asia 3,639 kes dan Asia Tenggara 1,463 kes.    
Sementara itu, perkembangan di Negara kita pada hari ini (1 Mei) menyaksikan Malaysia kekal sebagai nagara keempat dalam kalangan negara Asia Tenggara. Singapura di tempat teratas, diikuti Indonesia dan Filipina. Selepas Malaysia ialah Thailand yang dilihat seperti juga Malaysia agak baik prestasi pengawalan dan perubatan Wabak COVID-19.

Singapura masih menunjukkan pertambahan sebanyak 932 kes baharu diikuti jumlah yang sedang rawat seramai 15,842 orang dan jumlah yang pulih terlalu rendah, iaitu sebanyak 1,244. Pola yang sama dihadapi di Indonesia dan Filipina. 

Justeru Malaysia dan Thailand menunjukkan prestasi yang baik dengan kes baharu yang rendah masing-masingnya 69 kes dan 6 kes sahaja. Paling baik adalah prestasi jumlah pesakit yang berjaya dirawatpulih telah meningkat dengan jayanya di Malaysia daripada semalam 4,171 kepada hari ini 4,210 (+39). Begitu juga di Thailand turut meningkat daripada semalam 2,684 kepada hari ini 2,719 (+35).

Berikutnya merupakan data perkembangan terperinci pola perkembangan bagi Malaysia semenjak tempoh PKPt3 (15-28 April) dan tiga hari pertama PKPt4 (29 April-12 Mei).
Permulaan bagi PKPt4, Negara mempunyai keseluruhan kes berjumlah 5,945 , kemudian pada hari ini (1 Mei) telah brtambah kepada 6,071 (+126 kes). Ini menyebabkan jumlah yang sedang dirawat kembali bertambah 29 kes menjadikan jumlah kumulatif hari ini (1 Mei) dengan jumlah pada hari pertama PKPt4 (29 April) adalah sama iaitu, berjumlah 1,758 orang. 

Secara umumnya, pertambahan Wabak COVID-19 di Malaysia daripada 15 April semingga hari ini 1 Mei adalah agak baik dan positif, terutama dari segi keupayaan merawatpulih pesakit> Boleh dikatakan pada setiap hari jumlah yang pulih/discaj dari hospital bertambah, misalnya pada hari pertama PKPt4 seramai 55 pesakit yang pulih, diikuti hari kedua seramai 84 orang dan hari ini seramai 39 orang. Jumlah kumulatif yang telah pulih ialah sebanyak 4,210 orang (69.35 %). Prestasi ini lebih baik berbanding Singapura, Indonesia dan Filipina. 

Berdasarkan prestasi ini meletakkan kita pada tahap keyakinan yang tinggi untuk Malaysia menamatkan kuatkuasa  PKPt4 dengan sasaran memuaskan pada 12 Mei nanti. Paling penting bagi mencapai sasaran ini ialah semua lapisan masyarakat perlu bersedia dan sanggup menerap budaya dan kebiasaan cara hidup yang sedaya upaya dapat memutuskan rantaian Wabak COVID-19 di dalam aktiviti seharian. Di antara yang utama ialah mengurangkan diri kita melakukan kontak sosial termasuklah ketika menjalani ibadat bulan Ramadhan ini. 

Semoga Allah SWT melimpahi kesabaran dan kesejahteraan hidup kita semua agar Wabak COVID-19 terangkat dari terus-menerus menggerunkan kita semua. 

Wassalam.

No comments: