27 April, 2020

COVID-19: Dunia 3 juta kes, Singapura Tertinggi Asia Tenggara

Pada 7 April 2020 Wabak COVID-19 merebak di seluruh dunia (peringkat GLOBAL) dengan keseluruhan kes berjumlah 1,359,010. Seminggu selepas itu (14 April), jumlah keseluruhan kes bertambah kepada 1,997,860 dan pada 21 April bertambah lagi kepada 2,505,367 kes.

Kemudian perkembangan hari ini (27 April) jumlah keseluruhan kes telah meningkat kepada 3,005,752 kes. Daripada jumlah ini, hampir satu juta atau sebanyak 987,322 kes (32.85%) adalah berlaku di Amerika Syarikat.

Sementara jumlah yang telah dirawatpulih di peringkat Global pula ialah seramai 883,053 (29.38%) orang dan kes kematian berjumlah 207,265 (6.90%) orang. 


Dalam kes yang serupa, dunia menyaksikan Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah turut mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu di Amerika Syarikat 55,415 (5.61%) orang, lebih rendah sedikit daripada peratus di peringkat Gobal (6.90%). Sementara itu, Sepanyol 23,190 (10.23%), Peranchis 22,856 (14.10%) dan Italy 26,644 (13.48%) adalah negara-negara Eropah yang mengalami kematian tertinggi melebihi peratus kematian di peringkat Global. 

Berbanding dengan China sebagai negara pertama penyebar Wabak COVID-19 mengalami kes kematian sebanyak 4,633 (5.59%) daripada keseluruhan 82,830 kes, iaitu jauh lebih rendah. 

Apapun, dalam kalangan negara Eropah, jumlah dirawatpulih yang tertinggi berlaku di Germany, iaitu 114,500 kes (72.57%) berbanding 157,779 kes. Sementara Amerika Syarikat masih menunjukkan keupayaan dirawatpulih hanya 118,781 (12.03%) berbanding jumlah keseluruhan 987,322 kes.

Merujuk kepada data Inter-region (27 April) pula, Wabak COVID-19 di peringkat Global - kes di Asia telah meningkat daripada semalam sebanyak 467,856 kes, bertambah sebanyak 61,961 kes baharu menjadikan kumulatif 474,581 kes. Di Asia Tenggara pula turut meningkat daripada semalam, 39,482 kes kepada 40,742 kes (+1,260 kes).   


Penyumbang terbesar pertambahan data Wabak COVID-19 di Asia Tenggara adalah ekoran penularan kes baharu di Singapura sebanyak +799 kes, Indonesia +214 kes dan Filipina +198 kes. Sementara Malaysia kekal mengalami pertambahan kes baharu pada dua angka, iaitu sebnayak +40 kes. Selain itu, Thailand turut bertambah kes baharu tetapi jumlah yang kecil, hanya 8 kes dan negara-negara lain tiada kes baharu direkodkan hari ini (27 April).   

Kemudian, berdasarkam perkembangan terkini antara negara Asia Tenggara, Singapura dilihat amat membimbangkan dan sebagai negara jiran sudah tentu berkemungkinan akan terdedah kepada penularan melalui pergerakan di sempadan. Tambahan sebelum ini pun, terdapat kluster import dari Singapura turut menyumbangkan kepada penularan Wabak COVID-19 di Johor. Dalam hal ini, langkah mengetatkan pintu masuk sempadan adalah pendekatan berkesan bagi mengelak sebarang kes kluster import terus berulang.


Sementara perkembangan dalam Negara semenjak tempoh PKPt3 (15 April) sehingga ke hari ini didapati pola penurunan kes yang sedang dirawat amat ketara dan mengembirakan. Pada 15 April,  2,342 pesakit sedang dirawat dan hari ini telah menurun kepada 1,764 pesakit (-578 pesakit). 

Hal yang mengembirakan juga bagi kumulatif kes pesakit yang dirawatpulih, iaitu pada 15 April berjumlah 2,647 orang dan hari ini bertambah kepada 3,957 (67.99%) orang. Peratus dirawatpulih ini lebih tinggi berbanding dengan peringkat Global (29.38%), Asia (48.20%) dan Asia Tenggara (25.02%). 

Turut terkawal ialah jumlah pesakit yang kritikal berhadapan dengan risiko kematian dan kita bersyukur kerana jumlahnya yang kekal rendah. Daripada kumulatif jumlah kematian pada 15 April, 83 kes dan hari ini 99 kes, bermakna purata kematian dalam tempoh 13 hari ialah pada kadar 1.23 sehari. Ini membuktikan keupayaan rawatan dan prasarana sokongan perubatan, termasuk di bilik rawatan rapi adalah meyakinkan.

Esok didoakan lebih mengembirakan

Walau bagaimanpun, berikutan keputusan membenarkan kira-kira 100 ribu pelajar IPTA seluruh negara dibenarkan pulang, maka kita mendoakan agar ia tidak mencetuskan penularan Wabak COVID-19 kepada generasi baharu. Dikatakan pihak MKN dan kementerian berkaitan telah menetapkan SOP kepulangan pelajar (berdasarkan pandangan KKM) hanya melibatkan pelajar kembali ke rumah di zon hijau sahaja. Jika SOP ini benar-benar dipraktikkan, maka kita yakin usaha mengekang dan memutus rantaian penularan Wabak COVID-19 akan berjaya menjelang tempoh PKPt4 akan datang. Ins sya Allah, segala pengurusan dipermudahkan oleh Allah SWT jua.


Wassalam.






No comments: